NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tolak Penjualan Plus


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak kerajaan supaya menolak penjualan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kepada pihak lain. PLUS dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad menerusi UEM Group Berhad (51%) dan Employees Provident Fund Berhad (49%). Sejak 10 tahun terakhir, PLUS tidak pernah menaikkan kadar tol dan kerajaan tidak perlu membayar pampasan kerana perjanjian konsesi telah diambil alih oleh syarikat pelaburan negara.

Berdasarkan perkembangan terbaru, Kementerian Kerja Raya telah membentangkan laporan hasil Kajian Hala Tuju Industri Lebuhraya Bertol kepada Jemaah Menteri pada 2 Oktober lalu. PAS berharap agar PLUS tidak dijual bagi memastikan kepentingan rakyat terus diutamakan. Sementara itu, PLUS juga turut memiliki subsidiari 100% Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd dan turut memiliki ekuiti sebanyak 20% dalam syarikat Touch ‘N Go Sdn Bhd.

PAS turut mengikuti perkembangan terkini tawaran daripada Maju Holdings Sdn Bhd semalam. Maju Holdings yang juga pemilik Maju Expressway Sdn Bhd (MEX) menawarkan RM 34.9 bilion kepada PLUS termasuk menyerap RM 2.7 bilion bagi pampasan tol. Maju Holdings juga bercadang untuk mengurangkan kadar tol sehingga 36 peratus. Walaupun kelihatan menarik, tetapi kerajaan perlu berhati-hati.

Sebagai rekod, Lebuhraya MEX (Plaza Tol Putrajaya dan Plaza Tol Salak Selatan) yang dibuka pada tahun 2007 mengumumkan kenaikan kadar tol pada tahun 2015 antara RM 0.20 sen hingga RM 3.00. Kadar di Plaza Tol Putrajaya naik daripada RM 2.50 kepada RM 3.50 (kenaikan RM 1.00). Malah, berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan pada bulan Disember 2018, MEX sepatutnya akan menaikkan lagi kadar di Plaza Tol Putrajaya berdasarkan perjanjian konsesi kepada RM 4.90 pada tahun 2019.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN

Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)
9 Safar 1440 | 8 Oktober 2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo