NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Kerajaan Negeri Teruskan Pemberian Geran MPKK



Selaras dengan perkembangan semasa berkaitan penubuhan MPKKP dan penamatan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan MPKK, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan MPKK lantikan Kerajaan Negeri terus berfungsi seperti biasa.

Selain dari peruntukan pembayaran elaun MPKK dari sumbangan Kerajaan Persekutuan yang dihentikan, Geran MPKK berjumlah RM10 ribu bagi setiap MPKK juga turut dihentikan.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa pemberian Geran MPKK kepada 1,046 MPKK seluruh negeri akan diteruskan melalui peruntukan dari Kerajaan Negeri sepenuhnya dengan jumlah yang sama RM10 ribu bagi setiap MPKK. Kaedah penyaluran dan perggunaan geran ini akan ditambah baik untuk memastikan ia dapat memberi manfaat yang terbaik kepada rakyat.

Dalam masa yang sama, pembayaran elaun kepada semua Jawatankuasa MPKK juga tidak akan terjejas dengan tindakan terbaru Kerajaan Persekutuan terhadap MPKK. Setiap tahun sejumlah RM40 juta diperlukan untuk tujuan pembayaran elaun MPKK. Untuk tujuan ini, RM27 juta ialah dana daripada Kerajaan Negeri manakala bakinya adalah sumbangan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif untuk menampung kekurangan RM13 juta lagi ekoran penamatan ini.

Saya menyeru kepada semua MPKK supaya meneruskan khidmat seperti biasa kepada rakyat dan terus berperanan sebaik mungkin dalam masyarakat.

Dr Azman Ibrahim
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu
22 Januari 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo