Tahniah Kelantan, Perbelanjaan ‘Surplus’ RM45 Juta 2019 – Syahir Sulaiman



“Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi; tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan” (Al-A’raf: 96)

Setinggi tahniah diucapkan kepada Kerajaan Kelantan, di atas kejayaan mencatatkan lebihan (surplus) perbelanjaan sebenar berbanding belanjawan sebanyak RM45 juta pada 2019, buat tiga tahun berturut-turut.

Pencapaian yang boleh dianggap mustahil dan sukar ini dinyatakan dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 dan Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan (2019-2023) yang telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Negeri Kelantan.

Lebihan 2019.

Pencapaian Kelantan merekodkan lebihan (surplus) perbelanjaan sebenar (actual vs budget) pada tahun 2019 telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun terdahulu, iaitu:

2017 - lebihan RM38.2 juta
2018 - lebihan RM40.4 juta
2019 - lebihan RM45.0 juta

Kejayaan ini pastinya terhasil daripada keberkatan dan kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan dalam melaksanakan agenda ‘Merakyatkan Membangun Bersama Islam’ yang diterapkan sejak Mei 2013, berdasarkan Pelan Strategik ‘Kelantan Melangkah Ke Hadapan’ (KMK 2016 - 2025) secara bersepadu dan berhemah.

Malah rekod lebihan yang dicatatkan bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 ini turut menafikan tohmahan negatif yang sering dilemparkan kepada Kerajaan Kelantan, seterusnya menempelak sindiran Menteri Kewangan yang pernah menyatakan, “Kelantan sebuah negeri yang gagal dan muflis, dan tidak mampu mengurus ekonomi dengan baik”.

Cabaran 2020.

Berbalik kepada Amanat Tahun Baharu 2020, YAB Menteri Besar Negeri Kelantan telah menggariskan beberapa misi dan halatuju yang ingin dicapai dalam tempoh 5 tahun secara ‘berpasukan’, dengan keterlibatan penjawat awam, NGO, sektor swasta dan rakyat keseluruhannya.

Melalui Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan (PMK 2019-2023), agenda pembangunan akan dilaksanakan secara lestari dan mengambil pendekatan penambahbaikan (Islah) meliputi empat teras utama iaitu:

1. Ekonomi & Inovasi – strategi pertumbuhan hijau (Bandar Baru Tunjong, Kawasan Khas Tok Bali, Industri Bio-Plastik Kelantan, Infrastruktur Big Data & Revolusi Industri 4.0)

2. Sosial – kualiti hidup rakyat dan komuniti hijau (KelantanKu Bersih, Pendidikan Kelantan, Kebajikan Kelantan)

3. Alam Sekitar – kelestarian sumber alam dan pengurangan impak perubahan iklim (Pelancongan Hijau Lojing, Taman Pemeliharaan Rafflesia, kawalan Hutang Simpan Kekal)

4. Urus Tadbir – pengurusan pintar bagi meningkat prestasi dan integriti (Sistem Penyampaian Kerajaan Digital, Kelantan Pay, E-Nikah, E-Qaryah, Portal Sistem Hasil Tanah)

Semoga setiap perancangan yang digariskan ini akan didokong dan dijayakan dengan penuh rasa tanggungjawab kepada Allah, serta bebas daripada unsur penyelewengan, salah guna kuasa, ketirisan dan rasuah, berlandaskan firman Allah SWT yang dibacakan oleh YAB Menteri Besar di akhir pertemuan:

“Yusuf berkata: Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi; Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirnya" (Yusuf: 55)

- Syahir Sulaiman, anak Kelantan di perantauan
- 4 Januari 2020

Bacaan lanjut:

http://upknkelantan.com/majlis-amanat-menteri-besar-dan-perhimpunan-penjawat-awam-negeri-kelantan-2020/

http://upknkelantan.com/download/belanjawan_kelantan_2020.pdf

https://www.sinarharian.com.my/article/56557/BERITA/Nasional/Kelantan-tidak-mampu-urus-ekonomi-dengan-baik-Guan-Eng

https://www.bharian.com.my/node/245601
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget