NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Kimanis: Bekas Adun calon BN


PRK KIMANIS | BN mempertaruhkan bekas Adun Bongawan, Mohamad Alamin sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang dijadualkan pada 18 Jan.

Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin berkata, Mohamad Alimin, 48 dipilih selepas kaji selidik dijalankan di kalangan akar umbi bagi memilih calon terbaik untuk mewakili BN.

Mohamad, yang juga Ketua Umno bahagian Kimanis memenangi kerusi DUN Bongawan pada pilihan raya umum (PRU) 2013 tetapi gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU berikutnya.

Bapa alamin berketurunan Kadazan Dusun manakala ibunya seorang Melayu Brunei.

Kimanis merupakan kerusi separa bandar dengan majoriti 63.16 peratus adalah Bumiputera Islam manakala 30.67 peratus Bumiputera bukan Islam.

Mohamad merupakan seorang peguam yang bertugas di Kota Kinabalu, iaitu 60km dari Kimanis. Beliau dilantik sebagai Ketua Umno bahagian Kimanis tahun ini selepas Anifah keluar parti.

Sementara itu, sumber dari Parti Warisan Sabah memberitahu Malaysiakini bahawa dua pemimpin bahagian dari parti itu sedang mengintai untuk bertanding di kerusi Kimanis.

Salah seorangnya adalah ketua bahagian Kimanis, Karim Bujang, yang memfailkan petisyen pilihan raya selepas beliau ditewaskan calon BN, Anifah Aman pada PRU 2018.

Calon lain ialah Daud Yusuf, bekas Adun Bongawan dan pembantu menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Daud juga merupakan Ketua Penerangan Warisan Bahagian Kimanis.

Bongawan merupakan salah satu daripada dua kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah parlimen Kimanis.

Satu sumber mmeberitahu Malaysiakini bahawa Warisan belum membuat keputusan bilakah akan mengumumkan calon mereka.

The New Straits Times (NST) hari ini memetik Karim menafikan bahawa Bersatu masih berminat untuk bertanding di Kimanis.

Timbalan Ketua Bersatu Sabah Masidi Manjun berkata, parti itu memutuskan untuk memberi laluan kepada Warisan bertanding di Kimanis.

Anifah memenangi kerusi Kimanis dengan yang majoriti tipis sebanyak 156 undi pada PRU ke-14.

Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah di kerusi Parlimen Kimanis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 4 Jan, pengundian awal pada 14 Jan, manakala hari mengundi pada 18 Jan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo