NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Kimanis : 10 Rumusan Daripada Kemenangan Menyeluruh BN - TSIS


oleh: DR. HJ. WAN MAT BIN SULAIMAN

Kemenangan calon BN, Datuk Mohamad Alamin, mengalahkan calon WARISAN, Datuk Karim Bujang, dalam PRK P176 Kimanis adalah satu kemenangan yang tidak boleh dipandang rendah kerana ia adalah satu kemenangan menyeluruh.

Majoriti yang diperolehi oleh calon BN dalam PRK P176 Kimanis adalah besar, iaitu 2029 undi, berbanding majoriti yang diperolehi oleh calon BN dalam PRU14, Datuk Seri Anifah Aman, iaitu 156 undi, atau pertambahan 1873 undi.

Lebih signifikan lagi, perincian undian yang diperolehi oleh calon BN dalam PRK P176 Kimanis mengikut Daerah Mengundi (DM) pula menunjukkan undian untuk calon BN bertambah di semua DM kecuali 3.

Kemenangan calon BN, Datuk Mohamad Alamin, mengalahkan calon WARISAN, Datuk Karim Bujang, dalam PRK P176 Kimanis adalah satu kemenangan yang tidak boleh dipandang rendah kerana ia adalah satu kemenangan menyeluruh.

Majoriti yang diperolehi oleh calon BN dalam PRK P176 Kimanis adalah besar, iaitu 2029 undi, berbanding majoriti yang diperolehi oleh calon BN dalam PRU14, Datuk Seri Anifah Aman, iaitu 156 undi, atau pertambahan 1873 undi.

Lebih signifikan lagi, perincian undian yang diperolehi oleh calon BN dalam PRK P176 Kimanis mengikut Daerah Mengundi (DM) pula menunjukkan undian untuk calon BN bertambah di semua DM kecuali 3.

DM di mana undian untuk calon BN dalam PRK P176 Kimanis bertambah berbanding undian dalam PRU14 ialah :

1. Batu Enam : Bertambah sebanyak 227 undi
2. Simpangan : Bertambah sebanyak 152 undi
3. Sinuka : Bertambah sebanyak 92 undi
4. Mawao : Bertambah sebanyak 91 undi
5. Kabang : Bertambah sebanyak 90 undi
6. Seladan : Bertambah sebanyak 71 undi
7. Kuala Pus : Bertambah sebanyak 69 undi
8. Bandau : Bertambah sebanyak 63 undi

9. Bongawan Estate : Bertambah sebanyak 49 undi
10. Lumat : Bertambah sebanyak 46 undi
11. Kimanis Mandahan : Bertambah sebanyak 39 undi
12. Membakut : Bertambah sebanyak 39 undi
13. Bongawan : Bertambah sebanyak 30 undi
14. Dindong : Bertambah sebanyak 14 undi
15. Kimanis Estate : Bertambah sebanyak 12 undi
16. Gadong : Bertambah sebanyak 4 undi

Hanya di tiga DM ini sahaja undian untuk calon BN dalam PRK P176 Kimanis berkurang berbanding undian dalam PRU14, iaitu :

1. Binsulok : Berkurang sebanyak 112 undi
2. Pimping : Berkurang sebanyak 5 undi
3. Brunei : Berkurang sebanyak 2 undi

Perincian undian yang diperolehi oleh calon WARISAN dalam PRK P176 Kimanis mengikut Daerah Mengundi (DM) pula menunjukkan undian untuk calon WARISAN berkurang di semua DM kecuali 5.

1. Batu Enam : Berkurang sebanyak 207 undi
2. Simpangan : Berkurang sebanyak 169 undi
3. Kabang : Berkurang sebanyak 130 undi
4. Bandau : Berkurang sebanyak 125 undi
5. Mawao : Berkurang sebanyak 75 undi
6. Pimping : Berkurang sebanyak 64 undi
7. Membakut : Berkurang sebanyak 64 undi
8. Bongawan : Berkurang sebanyak 60 undi
9. Brunei : Berkurang sebanyak 57 undi
10. Kuala Pus : Berkurang sebanyak 48 undi
11. Sinuka : Berkurang sebanyak 40 undi
12. Kimanis Estate : Berkurang sebanyak 39 undi
13. Bongawan Estate : Berkurang sebanyak 25 undi
14. Lumat : Berkurang sebanyak 16 undi

DM di mana undian untuk calon WARISAN dalam PRK P176 Kimanis bertambah berbanding undian dalam PRU14 ialah :

1. Binsulok : Bertambah sebanyak 68 undi
2. Kimanis Mandahan : Bertambah sebanyak 10 undi
3. Dindong : Bertambah sebanyak 10 undi
4. Gadong : Bertambah sebanyak 2 undi
5. Seladan : Bertambah sebanyak 2 undi

Lebih signifikan lagi, pertambahan undian yang diperolehi oleh calon BN dan pengurangan undian yang diperolehi oleh calon WARISAN dalam PRK P176 Kimanis adalah merentasi kaum di mana ia berlaku tanpa mengira sama ada DM itu adalah majoriti Bumiputera Islam (BI) atau Bumiputera Bukan Islam (BBI).

Ini dapat dilihat di dalam undian di lima DM dengan majoriti BI tertinggi, iaitu :

1. Binsulok, dengan 98.38% BI, di mana undian calon BN berkurang sebanyak 112 manakala undian calon WARISAN bertambah sebanyak 68

2. Brunei, dengan 97.56% BI, di mana undian calon BN berkurang sebanyak 2 manakala undian calon WARISAN berkurang sebanyak 57

3. Seladan, dengan 96.00% BI, di mana undian calon BN bertambah sebanyak 71 manakala undian calon WARISAN bertambah sebanyak 2

4. Pimping, dengan 91.04% BI, di mana undian calon BN berkurang sebanyak 5 manakala undian calon WARISAN berkurang sebanyak 64

5. Kimanis Estate, dengan 89.67% BI, di mana undian calon BN bertambah sebanyak 12 manakala undian calon WARISAN berkurang sebanyak 39

Ini juga dapat dilihat di dalam undian di lima DM dengan majoriti BBI tertinggi, iaitu :

1. Sinuka, dengan 83.92% BBI, di mana undian calon BN bertambah sebanyak 92 manakala undian calon WARISAN berkurang sebanyak 40

2. Kuala Pus, dengan 82.15% BBI, di mana undian calon BN bertambah sebanyak 69 manakala undian calon WARISAN berkurang sebanyak 48

3. Bandau, dengan 73.47% BBI, di mana undian calon BN bertambah sebanyak 63 manakala undian calon WARISAN berkurang sebanyak 125

4. Simpangan, dengan 72.96% BBI, di mana undian calon BN bertambah sebanyak 152 manakala undian calon WARISAN berkurang sebanyak 169 undi

5. Kabang, dengan 57.12% BBI, di mana undian calon BN bertambah sebanyak 90 manakala undian calon WARISAN berkurang sebanyak 130

Corak undian ini menunjukkan bahawa :

1. Di hampir semua kawasan majoriti BI undian calon BN bertambah manakala undian calon WARISAN berkurang. Hanya di Binsulok sahaja undian calon BN berkurang dengan signifikan, iaitu sebanyak 112 undi, manakala di Pimping dan di Brunei undian calon BN berkurang sangat sedikit, iaitu sebanyak 5 undi dan 2 undi. Pengurangan undian calon BN di tiga DM ini adalah diakibatkan oleh pengaruh peribadi ADUN Membakut, Datuk Mohd Ariffin Arif, yang menukar parti dari UMNO ke BERSATU kerana beliau berasal dari sini dan mempunyai ramai ahli keluarga di tiga DM ini.

2. Di semua kawasan majoriti BBI undian calon BN bertambah manakala undian calon WARISAN berkurang.

Rumusan dariPADA corak undian ini pula adalah bahawa :

1. UMNO Sabah belum jatuh nazak, malah masih kukuh. Tindakan pemimpin UMNO Sabah, termasuk ADUN Membakut, Datuk Mohd Ariffin Arif, menukar parti tidak menjejaskan akar umbi UMNO yang ramai masih setia dengan UMNO melainkan ahli keluarga beliau.

2. BN Sabah belum lumpuh sepenuhnya. Tindakan UPKO yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan HRS yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukim bergabung dengan WARISAN tidak mengubah corak politik Sabah.

3. Di sebalik usaha berlebihan untuk menonjolkan kepimpinan dan ketokohan Datuk Seri Shafie Apdal selaku Presiden WARISAN dan Ketua Menteri Sabah, beliau masih jauh dari mencapai tahap “big man” dalam politik Sabah. Di Kimanis, yang paling menonjol ialah bekas Ahli Parlimennya, iaitu Datuk Seri Anifah Aman (57.58%).

4. Kedudukan WARISAN selaku parti pemerintah tidak memberikan banyak kelebihan kepada calonnya kerana majoriti pengundi tidak terpengaruh dengan pemberian wang, sumbangan dan janji pembangunan (77.10%); terpengaruh dengan isu ekonomi (60.27%) dan isu negeri (45.12%). Ramai pengundi yang ditemui berpura-pura menyokong calon WARISAN, seperti dengan menampal poster dan memasang bendera WARISAN.

5. WARISAN menghadapi masalah untuk mendapat sokongan penuh rakan-rakannya dalam PH kerana persepsi WARISAN tamak, khususnya dari segi membolot kerusi pilihan raya, tidak memberikan jawatan kerajaan kepada pemimpin parti-parti komponen tertentu serta keutamaan berlebihan yang diberikan oleh WARISAN kepada kaum tertentu.

6. Kehadiran PAS di Kimanis sangat membantu kempen calon BN dan membuktikan pengundi tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa MN membawa corak politik yang ekstrim dan menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di Sabah.

7. Selain pengaruh peribadi Datuk Seri Anifah Aman, kehadiran pemimpin-pemimpin MCA, PBS, PBRS dan STAR juga membantu MN menampakkan ciri-ciri keinklusifan sekali gus membantu calon BN mendapatkan undi daripada pengundi BBI.

8. Peratus keluar mengundi yang sangat tinggi, iaitu 79.92%, menunjukkan pengundi mempunyai motivasi yang sangat tinggi untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka. Salah satu punca utamanya ialah sentimen amat negatif terhadap perlaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) di kalangan 64.31% pengundi. Sangat pelik sekali bila sebuah badan penyelidikan menyatakan hanya 32% respondennya menentang PSS.

9. Strategi WARISAN untuk meniupkan semangat kenegerian di kalangan pengundi Kimanis tidak menjadi kerana sebahagian besar daripada mereka berpendapat bahawa rakyat Sabah dilayan secara adil oleh kerajaan. Sebaliknya yang mereka persoalkan ialah kegagalan WARISAN untuk melayan semua kaum di Sabah secara adil.

10. Strategi mendedahkan salah laku dan penyelewengan pemimpin BN sebelum ini juga tidak menjadi kerana sebahagian besar daripada pengundi Kimanis tidak terpengaruh dengannya, begitu juga strategi menyalahkan pemimpin BN atas masalah yang dihadapi oleh WARISAN, seperti isu PSS, yang tidak diterima oleh pengundi.

Kesimpulannya, keputusan PRK Kimanis menjadi satu petanda yang amat jelas bahawa PH-WARISAN menghadapi masalah yang amat besar untuk mengekalkan sokongan yang diperolehinya dalam PRU14. Berdasarkan corak undian yang ada, momentum gelombang sokongan kepada MN yang berlaku di Semenanjung Malaysia telah menular ke Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja kerusi Parlimen milik

PH-WARISAN yang akan tergugat, tetapi PH-WARISAN juga dijangka tidak akan mampu mengekalkan kekuasaannya di Sabah kerana jika PRU dilangsungkan sekarang, BN akan merampas kembali DUN Bongawan dengan majoriti 1161 undi melalui pertambahan 743 undi calonnya dan pengurangan 664 undi calon WARISAN elain merampas kembali DUN Membakut dengan majoriti 880 undi melalui pertambahan 224 undi calonnya dan pengurangan 363 undi calon WARISAN.

Keputusan PRK Kimanis menjadi satu lonjakan besar dalam keberdayaan MN untuk menguasai politik Malaysia. Keputusan ini pastinya akan menarik lebih banyak parti-parti pembangkang tempatan di Sabah dan Sarawak, selain di Semenanjung Malaysia, untuk bersama-sama dengan UMNO dan PAS untuk memperkuatkan lagi MN.

DR. HJ. WAN MAT BIN SULAIMAN ialah Ketua Pegawai Eksekutif TSIS

Sumber: https://www.tsis.my/wp-content/uploads/2020/01/PRK-P176-Kimanis-10-Rumusan-daripada-Kemenangan-BN.pdf



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo