PKR Tiada Kerja Lainkah Selain Anjur Forum Desak Tun Dr Mahathir Berundur?


oleh: Dr Kamarul
Pada hari Isnin, 13 Januari lalu, telah berlangsung satu forum bertajuk “Should Malaysia wait until November for transition?” (“Perlukah Malaysia menunggu hingga November untuk peralihan kuasa?” di Bookmark, APW Bangsar, Kuala Lumpur.



Forum yang membariskan empat Ahli Parlimen PKR, iaitu Wong Chen, William Leong, Chang Lih Kang dan Nik Nazmi Nik Ahmad ini adalah bertemakan desakan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad berundur pada Mei 2020, bukan pada November 2020.

Esok, hari Selasa, 21 Januari, di Restoran Amjad, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan berlangsung satu lagi forum membabitkan pendukung Datuk Seri Anwar Ibrahim dari golongan Otai Reformis 1998 bertajuk “Dr M Lepas Jawatan Mei 2020??”

Forum yang membariskan calon Menteri Besar Selangor yang ditolak merangkap Pengerusi Otai Reformis 1998, Dr Idris Ahmad, Shahbudin Husin, Dr Siti Aini Omar dan Mustapa Mansor ini juga dijangka akan mendesak Tun Dr Mahathir berundur pada Mei.

Kalau melihat kepada selang masa antara dua forum ini dilangsungkan, iaitu kira-kira seminggu, selepas ini kita mungkin akan menyaksikan forum sama seminggu sekali dari pendukung Datuk Seri Anwar untuk mendesak Tun Dr Mahathir berundur pada Mei.

Mengapa pendukung Datuk Seri Anwar masih terus-terusan mendesak Tun Dr Mahathir berundur pada Mei sedangkan Tun Dr Mahathir sendiri sudah berulangkali menyebut beliau sedia berundur bila-bila masa jika itu yang dimahukan oleh Majlis Presiden PH?

Sepatutnya apa yang perlu mereka lakukan ialah mendesak pemimpin-pemimpin PH yang menganggotai Majlis Presiden PH untuk membuat keputusan mengarahkan Tun Dr Mahathir berundur pada Mei jika itu yang mereka benar-benar mahukan.

Barulah ada keberanian namanya jika mereka bertindak begitu.

Amat bosan terpaksa mendengar soal ini didendangkan tiap masa.

Sepertinya pemimpin PKR tiada kerja lain selain bicara soal ini.

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2967563923287646

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget