NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pejabat Menteri Besar Kelantan: Tuduhan guna RM400 juta beli Mercedes fitnah



Ś¤Ų¬Ų§ŲØŲŖ Ł…Ł†ŲŖŲ±ŁŠ ŲØŲ³Ų± ŁƒŁ„Ł†ŲŖŁ†: ŲŖŁˆŲÆŁˆŁ‡Ł† Ś¬ŁˆŁ†Ų§ Ų±Ł…400 Ų¬ŁˆŲŖ ŲØŁ„ŁŠ Ł…Ų±Ś†ŲÆŁŠŲ³ ŁŲŖŁ†Ł‡


Tuduhan yang mengaitkan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan peruntukan khas RM400 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membeli kenderaan rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob seperti yang ditularkan adalah fitnah dan berniat jahat terhadap kerajaan negeri tersebut.

“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan Menteri Besar dan Exco negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang telah digunakan sejak 10 hingga 12 tahun yang lalu.

“Kenderaan rasmi Menteri Besar dengan nombor pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang merupakan kurniaan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penularan kenderaan mewah Mercedes Benz menjadi kenderaan rasmi Ahmad Yaakob dan ia menimbulkan pelbagai persoalan apabila dikaitkan dengan wang ‘one-off’ pemberian kerajaan Persekutuan Disember lalu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo