NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Murid PASTI Berkunjung Rumah Jiran Ucap Selamat Tahun Baru Cina

0

.
‘Happy Chinese New Year’, murid PASTI kunjung rumah ke rumah rai jiran

SHAH ALAM: Sekumpulan kanak-kanak cilik dari pusat asuhan Islam di sebuah kawasan perumahan sibuk berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada jiran-jiran mereka, ketika masyarakat Cina sedang membuat persiapan akhir menyambut hari kebesaran itu.

Semua murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Little Imtiyaz, seramai 69 semuanya, lengkap berpakaian serba hijau dan berkopiah, berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk temui seramai mungkin warga Casa Suria yang berketurunan Cina.

“Happy Chinese New Year uncle, aunty,” kata mereka beramai-ramai pada pagi hari sambil menyerahkan sagu hati – kek dan kuih yang dibeli oleh mereka sendiri.

Pengurus PASTI berkenaan, Farriz Abd Rahman berkata kegiatan ini bertujuan untuk melatih anak-anak kecil ini tentang hubungan dalam masyarakat dan bersedekah tanpa mengira kaum atau agama.

Katanya, kunjungan seperti ini diadakan setiap perayaan penting setiap tahun.

“Pada masa sama ia mendidik anak-anak tentang hak-hak berjiran tanpa melihat perbezaan kaum dan agama, dan pentingnya perpaduan dalam masyarakat,” katanya kepada FMT.

“Bila kita ajar dan minta mereka lakukan macam itu baru dia cepat faham. Tunjuk bagaimana cara nak serah hadiah kepada jiran, kalau sekadar cakap tanpa amal, mereka tak berapa faham.”
.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/21/happy-chinese-new-year-pelajar-pasti-kunjung-rumah-ke-rumah-rai-jiran/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo