NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Baru Akan Terbentuk Tahun Ini?

oleh: Dr. Kamarul

Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari KITA, UKM, bukanlah seorang ahli akademik biasa, tetapi beliau adalah bergelar Profesor Ulung.

Hari ini, dalam akhbar the Sunday Star, Datuk Dr Shamsul Amri memperkatakan mengenai kemungkinan terjadinya dua perkara ini dalam tahun ini:

(1) Terbentuknya kerajaan baru yang dianggotai oleh BERSATU, UMNO, PAS, puak Datuk Seri Azmin Ali dari PKR, parti-parti dari Sabah dan Sarawak serta parti-parti lain.

(2) Parti-parti yang tidak dijemput menyertai kerajaan baru seperti puak Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan DAP pula akan membentuk barisan pembangkang yang baru.

Untuk seorang seperti Datuk Dr Shamsul Amri membuat jangkaan begini sudah pastilah memerlukan satu keberanian yang agak luar biasa kerana ia melibatkan kewibawaan beliau sebagai seorang Profesor Ulung.

Soalnya ialah apakah Datuk Dr Shamsul Amri mempunyai maklumat atau pertimbangan yang cukup untuk keluar dengan kebarangkalian begini atau apakah beliau hanya setakat membuat serkap jarang sahaja?

Sama-sama kita tunggu hingga ke hujung tahun ini untuk melihat apakah jangkaan ini akan menjadi realiti atau tidak.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo