Kemenangan BN bukti rakyat tolak fitnah terhadap gabungan PAS UMNO


Oleh : Mustaman Bin Mustain
18 Januari 2020

KIMANIS : Kemenangan bergaya BN dalam PRK Parlimen Kimanis yang diumumkan malam ini menjelaskan bahawa fitnah serta tuduhan tidak berasas kepada PAS dan UMNO yang dianggap sebagai rasis, pelampau agama serta ekstrem telah ditolak oleh rakyat.

Rakyat Sabah tidak mudah terpengaruh dengan dakyah jahat yang ditaburkan PH / Warisan dan mereka menolak permainan isu seumpama ini yang tidak layak dimainkan.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort tadi.

Tambahnya, rakyat telah menolak isu ini kerana ia merupakan sentimen politik murahan yang dimainkan oleh PH / Warisan kepada gabungan Muafakat Nasional.

“Ia juga menggambarkan kematangan berpolitik rakyat Sabah pelbagai kaum dan agama yang mampu menilai sesuatu isu dengan pertimbangan adil,” ujarnya.

Jelasnya lagi, disebalik itu keputusan PRK ini juga menjelaskan rakyat Sabah mahukan gabungan parti politik yang lebih kukuh untuk membangunkan negeri.

“Ia juga bukti sokongan padu kepada gabungan Muafakat Nasional iaitu PAS dan UMNO disamping kerjasama pembangkang bumiputera yang melibatkan PBS, STAR, SAPP serta PBRS,” ulasnya.

“Rakyat Sabah amat meyakini gabungan pembangkang ini yang pastinya bakal memberi banyak manfaat kepada rakyat pada masa akan datang,” katanya lagi.

“Mereka juga sedar akan kerosakan yang dilakukan PH / Warisan dan kegagalan parti pemerintah itu melaksanakan amanah yang sepatutnya mereka tunaikan kepada rakyat,” tambahnya.

Dalam PRK Kimanis yang berakhir petang tadi telah merekodkan BN mengekalkan kemenangan kerusi itu menerusi calonnya, Datuk Mohamad Alamin, 47.

Keputusan tidak rasmi selepas selesai 70 peti undi dikira menyaksikan BN memperoleh 12,706 undi, menewaskan calon Warisan, Datuk Karim Bujang, 66, yang mendapat 10,677 undi undi.

Sumber: https://berita.pas.org.my/kemenangan-bn-bukti-rakyat-tolak-fitnah-terhadap-gabungan-pas-umno/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget