NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Import Minyak Sawit: Jawapan Menteri Industri Utama Mengelirukan

oleh: TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
19 Jamadil Awwal 1441 | 15 Januari 2020

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) minta Menteri Industri Utama menjelaskan pendirian rasmi Kerajaan India berhubung isu import minyak sawit dari Malaysia. Kerajaan India telah meminda polisi import minyak sawit diproses daripada ‘Free’ kepada ‘Restricted’ pada 8 Januari 2020. Meskipun tidak dilarang namun tindakan tersebut jelas dianggap sebagai ‘non tariff barrier’ ke atas perdagangan bebas.

Jawapan Menteri Industri Utama semalam mengelirukan. Beliau mendakwa Kerajaan India mahu Malaysia tingkatkan eksport minyak sawit mentah, sedangkan pengimport telah diberi ‘amaran’ awal untuk tidak mengimport apa-apa produk minyak sawit dari Malaysia termasuk kemungkinan berdepan dengan risiko di pelabuhan. Tambahan pula, sumber import paling besar minyak sawit mentah India ialah dari Indonesia.

Oleh itu, Menteri Industri Utama perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar untuk memastikan kestabilan pasaran dan kejelasan hala tuju perdagangan minyak sawit negara. Kerajaan perlu segera mencari alternatif baharu termasuk meneroka pasaran baharu di Asia Barat dan Asia bagi membendung halangan yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan India. Sebuah jawatankuasa bersama juga wajar ditubuhkan untuk memelihara kepentingan dan menangani kempen boikot minyak sawit khususnya di Eropah.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN ialah Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo