NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ICT permudah masyarakat digital


Oleh Gokhan Ogut

Negara di seluruh dunia kini semakin terhubung berbanding sebelumnya. Dengan semangat untuk terus maju, Malaysia antara negara terawal memulakan perjalanan ke arah 5G. Setelah berada di negara ini selama lebih setahun, saya dapat berasakan bahawa ini adalah waktu yang amat mengujakan buat Malaysia.

Daripada apa yang saya perhatikan setakat ini, rangka kerja teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara mempunyai visi ke hadapan – produk dan perkhidmatan ICT menyumbangkan 18. 5 peratus kepada ekonomi negara pada 2018, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Dan kerana adaptasi awal ICT, khususnya teknologi tanpa wayar, langganan jalur lebar mudah alih Malaysia berjumlah 36.79 juta pada 2018 dan disokong oleh liputan penduduk 3G dan 4G LTE sebanyak 94.7 peratus dan 79.7 peratus.

Menjangkaui melepasi pertumbuhan langganan jalur lebar mudah alih, industri mudah alih terutamanya di Malaysia jauh lebih maju dari sangkaan orang ramai. Menurut GSMA Intelligence, sememangnya penghijrahan pesat 3G ke 4G di negara-negara membangun lebih tinggi dari kebanyakan negara maju Barat.

Sebagai contoh, Malaysia menggunakan purata penggunaan bulanan data lebih daripada 10GB sebulan berbanding purata 7GB di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kesan ini tidak boleh diperkecilkan.

Perkembangan ini juga selaras dengan pengumuman Belanjawan 2020 baru-baru ini, yang mana Kerajaan Malaysia menunjukkan kesungguhan berterusan untuk menjadikan ICT sebagai pemangkin pembangunan ekonomi, supaya negara terus maju dalam dekad baru dan kekal berdaya saing dalam kalangan rakan serantaunya.

Tumpuan kepada usaha ini adalah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), bertujuan menyediakan sambungan digital berkelajuan dan berkualiti tinggi di seluruh negara termasuk kawasan luar Bandar. Dengan sambutan yang pantas, penyedia perkhidmatan telekomunikasi mula menawarkan rancangan jalur lebar yang berpatutan dengan harga sehingga 65 peratus lebih rendah.

Perkembangan penting lain pada masa kini ialah 5G dalam masa terdekat, kemajuan Internet of Things (IoT), analisis data dan pembelajaran mesin (ML) – semuanya akan membantu Malaysia kekal berdaya saing dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Saya juga teruja untuk syarikat kecil dan sederhana Malaysia (PKS) kerana pengumuman Belanjawan juga memberi penekanan untuk meningkatkan keupayaan mereka menuju ke era baharu IR4.0 dengan perjalanan digitalisasi masing-masing.

Semua insentif ini akan memberi peluang besar untuk syarikat-syarikat Malaysia merealisasikan kecekapan hasil dan kos lebih baik di semua cabang industri, serta mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi baru.

Sebagai syarikat penyelesaian konvergen, Maxis menyokong cita-cita kerajaan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital negara dengan IR4.0 memacu ke hadapan.

Tujuan utama kesalinghubungan konvergen adalah untuk meningkatkan produktiviti di samping memaksimumkan kecekapan. Perniagaan boleh bergantung kepada pembekal perkhidmatan untuk menyampaikan penyelesaian sehenti yang boleh dipertimbangkan supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada apa yang mereka lakukan dengan terbaik iaitu menjalankan perniagaan mereka.

Dari kabel ke sambungan tanpa wayar; dari menubuhkan kedai e-dagang atau menguruskan rangkaian yang ditetapkan perisian, dari menubuhkan dan mengawasi rangkaian IoT atau memanfaatkan keupayaan analisis data lanjutan atau keupayaan pembelajaran mesin, perniagaan dapat memanfaatkan ekosistem kepakaran untuk nasihat dan perkongsian.

Mereka juga akan mempunyai satu titik hubungan untuk pembayaran bil, penyelenggaraan perkhidmatan, sokongan teknikal dan resolusi. Dengan membabitkan pembekal sambungan yang konvergen, cabang industri seperti pembuatan, agrikultur, perkhidmatan digital, peruncitan, perbankan serta projek bandar pintar yang didorong oleh kerajaan dapat memberi manfaat terbanyak.

Impak kesalinghubungan konvergen kepada perniagaan bermakna, dengan peningkatan digitalisasi PKS dan perusahaan lebih besar, masyarakat pada umumnya akan mengalami manfaat ekosistem digital sepenuhnya.

Hari ini, kebanyakan perkhidmatan digital kami digunakan secara kecil-kecilan. Seorang pengguna yang mahukan perkhidmatan jalur lebar mungkin melanggan satu pembekal ketika melanggan servis lain untuk perkhidmatan hiburannya, dan satu lagi untuk perkhidmatan keselamatannya.

Dalam masyarakat digital sepenuhnya di mana kesalinghubungan konvergen terlaksana, rakyat tidak lagi mengalami perkhidmatan digital dengan cara tersendiri. Masyarakat akan mengalami pengalaman yang lengkap dan lancar dalam semua perkara yang mereka lakukan – daripada perbankan ke hiburan, dari merancang pengangkutan ke percutian, dari perdagangan ke penjagaan kesihatan, dan dari kehidupan profesional ke kehidupan peribadi.

Salah satu cara untuk memikirkan kesambungan konvergen ialah untuk memikirkannya sebagai utiliti digital, sama seperti cara anda mengakses elektrik dan air anda apabila diperlukan. Seperti utiliti anda, data dan maklumat yang mengalir merentasi perkhidmatan dan sentuhan hanya menjadikan hidup anda lebih mudah tanpa anda menyedarinya.

Kesalinghubungan konvergen menyokong ekosistem perkhidmatan dan sentiasa selangkah di hadapan pengguna, menangani keperluan mereka sebelum muncul, dan akan berjaya berubah dari semasa ke semasa.

Pada skala yang lebih holistik, konvergen akan membolehkan ekosistem digital untuk menyediakan cara berterusan untuk kerjasama masyarakat dan perniagaan. Tetapi apabila dunia digital menjadi semakin meluas dan kompleks, perlu ada ‘kurator’ dari semua penyelesaian digital ini.

Penyedia kesalinghubungan konvergen kini berada dalam kedudukan terbaik untuk bergaul dengan penyedia perkhidmatan dan syarikat teknologi yang mempunyai matlamat sama di peringkat global dan tempatan, supaya perniagaan dapat memperoleh manfaat dari produk dan perkhidmatan terbaik di hujung jari mereka, dan keupayaan untuk mengurus pengalaman pelanggan secara holistik.

Syarikat telekomunikasi dan pemain industri mempunyai peranan kritikal untuk menyokong perniagaan Malaysia kerana mereka melaksanakan transformasi digital masing-masing dan menyokong cita-cita kerajaan demi menghasilkan ekosistem yang teguh untuk memacu ekonomi digital.

Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo