NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berapa Ramai Lagi Perlu Mati Akibat Kebodohan Pemandu Mabuk? – Firdaus Wong



KUALA LUMPUR – Perlu disegerakan tindakan undang-undang dan hukuman yang lebih keras bagi menangani masalah pemandu mabuk sama ada gantung lesen memandu mereka selama 10 tahun atau penjara seumur hidup.

Demikian cadangan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung bertujuan melindungi pengguna jalan raya yang tak bersalah dari menjadi mangsa kebodohan pemandu mabuk.

“Berapa ramai lagikah nyawa tidak bersalah yang perlu terkorban akibat kebodohan pemandu mabuk sebelum pihak berkuasa menghadkan penjualan dan pengambilan arak,” soalnya dipetik dari laporan MalaysiaGazette hari ini.

Tak Dilarang Minum Arak Di Tempat Awam, Jika Ada Kekecohan Dikenakan Tindakan – Exco Selangor
Anjur ‘Pesta Arak’ Di Malaysia Satu Keputusan Yang Bodoh Kata Profesor HUKM
Serentak dengan itu Firdaus Wong menyeru pertubuhan agama bukan Islam bertindak lebih proaktif menyedarkan pengikut mereka mengenai bahaya arak.

“Sekali lagi saya menyeru pertubuhan agama bukan muslim khususnya ahli gabungan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia membuat kenyataan…

“.. dan mengerakkan akar umbi mereka untuk lebih aktif menyedarkan masyarakat bahaya meminum arak berbanding mengeluarkan kenyataan terhadap Islam.

“Cukuplah beretorik. Less talk more action,” katanya.

Firdaus Wong berkata demikian sebagai mengulas kejadian terbaru seorang lelaki yang maut dirempuh pemandu wanita warga China kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sebelum ini Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK) turut berkongsi pandangan sama apabila Pengerusinya, Mohammad Hisham Shafie menggesa Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikaji semula untuk menetapkan lebih hukuman berat kepada pemandu mabuk.

“Kami dapati ia seperti sudah dianggap biasa. Daripada 10 kemalangan, dua atau tiga dikesan membabitkan pemandu mabuk dan ini tidak seharusnya berlaku.

“Bagaimana pemandu mabuk dikenakan hukuman penjara mandatori antara tiga hingga 10 tahun dan denda RM8,000 hingga RM20,000, sedangkan di satu pihak lagi kehilangan nyawa.

“Jadi PPJK mengesyorkan sesuatu perlu dilakukan, tidak memadai hanya dengan kempen kesedaran yang tidak mendatangkan sebarang kesan kepada pemandu. Kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan jangan biarkan ia berterusan,” katanya, dipetik dari laporan Hmetro, 24 November lalu. – SuaraTV

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo