Adakah peletakan jawatan Dr Maszlee ada kaitan dengan projek 1BestariNet?



1BestariNet: 5 sebab kementerian tak sambung kontrak YTLC

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memberi lima sebab tidak menerima tawaran daripada YTL Communications Sdn Bhd (YTLC) untuk menyambung kontrak perkhidmatan internet percuma menerusi 1BestariNet.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas, berkata sebab pertama ialah kos tersembunyi, iaitu bermula kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 hingga kini, YTLC tidak pernah membayar caj elektrik struktur menara telekomunikasi yang dipasang syarikat itu di sekolah dan premis kerajaan.

Katanya, anggaran caj elektrik membabitkan 2,715 tapak bagi struktur berkenaan adalah RM41.881 juta dan ia terpaksa ditanggung kerajaan.

“Laporan Ketua Audit Negara menegur berkaitan caj elektrik supaya kos ditanggung YTLC kerana menara telekomunikasi yang dipasang juga untuk tujuan komersial, selain kegunaan sekolah.

“Kedua, kerajaan berpotensi kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi di mana bagi enam bulan tawaran interim oleh YTLC, kerajaan berpotensi kehilangan penyewaan sebanyak RM32.5 juta.

“Ketiga, kelemahan dihadapi dalam pelaksanaan Projek 1BestariNet Fasa 2 akan berulang; (sebab keempat) tidak dapat meneroka teknologi terkini dan bersesuaian; dan (sebab kelima) dapatan hasil Kajian Impak dan Hala Tuju Pendidikan Digital Negara mendapati kualiti capaian internet yang dibekalkan tidak memuaskan,” katanya dalam sidang media di sini.

Semalam, YTLC menerusi kenyataan berkata, syarikat itu terkejut apabila tawaran mereka untuk memberi internet secara percuma kepada 10,000 sekolah ditolak KPM.

Dalam kenyataan itu, YTLC turut mendakwa KPM memungkiri janji untuk melaksanakan tender terbuka, sebaliknya bersetuju untuk membayar kepada tiga penyedia perkhidmatan internet walaupun ditawarkan perkhidmatan secara percuma.

Mereka juga menegaskan tindakan yang diambil berkaitan 1BestariNet adalah demi kepentingan guru, murid dan sekolah.

Dr Mohd Gazali berkata, keputusan KPM berkaitan 1BestariNet dibuat bagi membolehkan kerajaan menyediakan sistem pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan terbaik, serta mengoptimumkan sumber kewangan negara.

Beliau berkata, KPM tidak pernah meminggirkan mana-mana syarikat telekomunikasi yang layak, termasuk YTL dalam proses tender.

Malah, katanya, YTLC masih boleh mengambil bahagian dalam proses tender untuk perkhidmatan talian internet ke sekolah bagi tempoh mulai 1 Januari 2020 dan seterusnya apabila proses tender secara terbuka dikeluarkan kelak.

“Dakwaan YTLC bahawa KPM melanggar obligasi kontrak dan tidak bertindak dengan niat baik adalah tidak berasas sama sekali dan ia tuduhan tidak adil ke atas kementerian dan kerajaan.

“Perlu ditegaskan KPM tidak melanggar kontrak dengan YTLC. Kontrak 1BestariNet sudah tamat pada 30 Jun 2019 dan bukan ditamatkan,” katanya.

Beliau berkata, bagi menyediakan perkhidmatan sepanjang enam bulan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2019, KPM memanggil syarikat telekomunikasi utama, termasuk YTLC untuk diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang diperlukan, iaitu tempoh sementara sebelum tender baharu dibuka.

“Ada syarikat memberi maklum balas dan ada yang tidak. Susulan itu, KPM melantik tiga syarikat iaitu TM One, Maxis dan Celcom Axiata yang sudah mengemukakan tawaran berdasarkan liputan terbaik oleh syarikat mereka,” katanya.

Dr Mohd Gazali juga menyifatkan dakwaan YTLC tidak berasas apabila menyatakan pihaknya ada menawarkan penyelesaian lengkap perkhidmatan internet percuma dan Frog VLE bagi tempoh sementara sehingga tender baharu dibuat, namun ditolak.

“Pihak kementerian juga sudah memberi maklum balas kepada permintaan YTLC yang dipanjangkan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dengan syarat yang diputuskan kementerian,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/581492/1bestarinet-5-sebab-kementerian-tak-sambung-kontrak-ytlc
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget