NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu- Universiti Al-Azhar, Jalin Kerjasama Pendidikan

Delegasi Terengganu bergambar bersama Dr. Soleh Abbas.

KUALA TERENGGANU, 25 Disember- Selaras penumpuan untuk membangunkan generasi Terengganu Sejahtera, kerajaan negeri telah melakukan kunjungan hormat ke pejabat Syeikh Al-Azhar di Mesir, semalam.

Diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, majlis kunjung hormat dan pertemuan itu diadakan bagi meningkatkan kerjasama pendidikan antara negeri Terengganu dan institusi pendidikan ulung yang banyak melahirkan cendekiawan dunia Islam, Universiti Al-Azhar.

Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat serta Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad.

Delegasi itu juga disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) Profesor Madya Dr Mohd Safri Ali dan Pegawai Atase Pendidikan Terengganu Timur Tengah, Mohd Shaharuddin Zainal.

Kedatangan delegasi Terengganu telah disambut oleh Timbalan Sheikhul Azhar, Prof. Dr. Soleh Abbas yang menerima baik hasrat kerajaan negeri untuk menyebar luaskan peranan Al-Azhar kepada anak-anak negeri.

Usaha menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak membuktikan kerajaan negeri serius untuk membangunkan anak-anak negeri yang berilmu berkualiti dan berkeperibadian tinggi.

Langkah ini diperkukuhkan lagi dengan pertambahan peruntukan bagi tahun 2020 dalam sektor pendidikan melalui pembentangan Belanjawan 2020 Terengganu, baru-baru ini.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo