Saman Parti Gerakan Terhadap Kerajaan Berhubung Pengajaran Jawi Di Sekolah Vernakular (SRJKC/SRJKT) Suatu Perbuatan Biadap.



KENYATAAN MEDIA.
PERSATUAN GERAKAN KEBANGKITAN PENDIDIK KEBANGSAAN(PENDIDIK)

SAMAN PARTI GERAKAN TERHADAP KERAJAAN BERHUBUNG PENGAJARAN JAWI DI SEKOLAH VERNAKULAR (SRJKC/SRJKT) SUATU PERBUATAN BIADAP.

1.Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) merafakkan setinggi -tinggi kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang telah memutuskan bahawa sebenarnya tulisan Jawi adalah sebahagian dari Bahasa Melayu dan bantàhan dari Parti Gerakan yang mengemukakan saman membantah pelaksanaan tulisan Jawi adalah tidak berasas sama sekali.

2. PENDIDIK juga ingin merakamkan rasa kesal dan dukacita terhadap tindakan parti Gerakan yang mengemukankan saman membantah pelaksanaan tulisan Jawi .Tindakan ini adalag suatu perbuatan bidap dan tidak bertamadun serta menghiris hati ummat Islam di Malaysia!.

3. Pesuruhjaya kehakiman, Datuk Amrjeet Serjit Singh berkata pelaksanaan Jawi juga tidak bertentangan degan Akta Bahasa Kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan serta boleh diajar di sekolah Cina dan Tamil.

3.Berdasarkan kenyataan di atas,jelas terbukti bahawa semua pihak tidak boleh lagi mempertikaikan atau menyatakan penentangan terhadap pengajaran Jawi di Sekolah Vernakular(SRJKC/SRJKT) ataupun mengadakan persidangan atau perhimpunan membantah pelaksanaan tulisan Jawi diajar di sekolah.

4. Jika mereka meneruskan penentangan tersebut mereka seolah-olah boleh dianggap telah menentang Perlembagaan Persekutuan dan boleh dianggap telah menghina keputusan mahkamah.

5.Warga pendidik di seluruh Malaysia diseru agar terus berdoa dan bermunajat agar segala usaha untuk menghalang pelaksanaan ini menemui jalan buntu dan tidak berhasil.

6.Kepada ALLAH SWT kita berserah dan bertawakal agar dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini.

Salam hormat:
Pn. Normala Binti Sudirman
Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK)
24 Disember 2019.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post