NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Publisiti Secara Percuma Kepada Sugarbook?


oleh:Dr Kamarul

Orang yang berkata menularkan mengenai Sugarbook membantu memberi publisiti secara percuma kepada syarikat berkenaan adalah orang yang hatinya sudah mati dengan kemaksiatan.

Penularan mengenai Sugarbook bukanlah usaha memberi publisiti tetapi adalah usaha untuk membuktikan dan mencegah kemungkaran supaya dengannya kemungkaran dapat dihapuskan.

Masalah dengan orang ini adalah sama ada:

(1) Dia melihat kemungkaran ini sebagai sesuatu yang normal selaras dengan prinsip kebebasan, termasuk kebebasan untuk membuat dosa, khususnya dosa peribadi.

(2) Dia melihat kemungkaran ini sebagai sesuatu yang perlu ditoleransi kononnya demi untuk menjaga maslahat yang lebih besar, iaitu untuk menjaga tapak undi dan kuasa.

(3) Dia melihat kemungkaran ini sebagai sesuatu yang tidak mampu untuk dicegah kerana kononnya ini adalah urusan individu yang dia tiada kuasa untuk mencampurinya.

Amat malang sekali jika orang ini adalah pemimpin Islam yang mungkin lupa ayat al-Qur’an yang menyuruh kita tidak mendekati dan menutup semua jalan yang boleh membawa kepada zina.

Amat malang sekali jika orang ini adalah pemimpin Melayu yang sedia menerima budaya hedonistik yang mempergunakan wanita dan meruntuhkan institusi keluarga demi undi dan kuasa.

Amat malang sekali jika orang ini adalah pemimpin berkuasa yang mungkin lupa hadith yang menyuruh sesiapa yang melihat kemungkaran supaya mencegah dengan tangannya (kuasanya).

Bila kamu berkuasa, pastilah terdapat pelbagai undang-undang dan saluran yang boleh digunakan, jika kamu tiada kuasa takkanlah pihak Sugarbook sendiri mendesak supaya ia tidak diharamkan.

Paling tidak lakukanlah sesuatu bagi memastikan bahawa anak-anak muda Melayu Islam tidak lagi mampu untuk dirosakkan secara beramai-ramai oleh pemodal bukan Melayu bukan Islam!

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo