NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Johor umum ubah waktu Subuh dalam jawi




BANGI, 2 Jamadilawal 1441H, Ahad – Di tengah-tengah kemelut melibatkan tulisan jawi, kerajaan Johor hari ini mengambil pendekatan untuk mengeluarkan kenyataan dalam tulisan berkenaan.

Kenyataan tersebut berkenaan pengumuman melewatkan waktu solat Subuh apabila ditambah lapan minit bermula tahun hadapan.

Mufti Johor, Datuk Haji Yahya Ahmad mengeluarkan kenyataan dalam tulisan jawi itu, selepas diperkenan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh negeri Johor ditambah lapan minit dari waktu Subuh semasa yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020.

"Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu fajar sadiq daripada 20 darjah ke 18 darjah," katanya hari ini.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/12/29/johor-umum-ubah-waktu-subuh-dalam-jawi/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo