Isu tatu dan pandangan Mujahid


oleh:Dr Ahmad Sanusi Azmi

Oxford Centre for Islamic Studies

1. MELALUI temubual yang dijalankan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berpandangan, bahawa isu tatu yang ditimbulkan oleh sebahagian pihak sengaja dibangkitkan untuk menyerang kerajaan.

2. Di penghujung temubual itu pula, Mujahid seakan membenarkan program itu dibuat dalam keadaan tertutup sekiranya pihak penganjur menganggap ia sebagai satu seni. Kata beliau: "dan kalaupun benda begitu dilihat sebagai satu seni, maka buatlah dalam keadaan tertutup pada kelompok tertentu sahaja.

3. Dalam isu tatu ini, barangkali kumpulan yang menimbulkan isu ini benar-benar membenci kemungkaran yang berlaku secara terbuka. Alangkah baiknya sekiranya kita melihat teguran itu dari sisi positif. Bukan semua perkara bermatlamat politik semata.

4. Kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu janganlah diulang semula. Barangkali atas sebab itu rakyat berhasrat menukar kerajaan kerana ingin melihat perubahan berlaku. Andai sekiranya kesilapan yang sama berlaku, dan kita masih menyalahkan kerajaan lama, nampaknya tiada beza antara yang baharu dengan yang lama.

5. Sebagai seorang muslim, sisi pandang kita seharusnya berteraskan al-Quran dan hadis. Muslim seharusnya membenci maksiat bahkan mencegah manusia daripada melakukan perkara yang merosakkan diri mereka. Jangan pula kita yang dilihat membuka ruang untuk kemungkaran berlaku.

6. Bahkan kerosakan yang berlaku boleh menyebabkan kemusnahan buat sesuatu kaum dalam keadaan kita tidak sedar. Saidatina Zainab pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ :

يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ ؟ قَالَ: نَعَمْ، إِذَا كَثُرَ الْخَبَثُ

"Wahai Rasulullah ﷺ, apakah kita boleh dibinasakan sedangkan terdapat dikalangan kita orang-orang yang soleh? Rasulullah ﷺ lalu bersabda: "Ya, (kita akan dibinasakan sekalipun terdapat orang yang soleh disisi kita) sekiranya telah terlalu banyak kerosakan yang berlaku." (Muttafaq Alaih)

7. Rasulullah ﷺ turut mengingatkan bahawa sekiranya satu kumpulan manusia terlihat satu kemungkaran dan mereka tidak mencegahnya, maka dibimbangi akan dikenakan azab buat mereka semua. Sabda Rasulullah ﷺ:

إنَّ النَّاسَ إذا رأَوْا ظالمًا فلم يأخُذوا على يدَيْه أوشك أن يعُمَّهم اللهُ بعقابٍ

"Sesungguhnya sekiranya satu kumpulan manusia melihat satu kezaliman berlaku, lalu mereka tidak mencegah tangan pelaku tersebut, maka dibimbangi akan ditimpakan azab Allah buat semua mereka," (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget