NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abu Tidak Mambakar Tapi Ada Bara Yg Cuba Di Nyala Di Dalam Nya......


Tan Sri Annuar Musa

Chin Peng sudah lama mati.Beliau mati dalam keadaan agak senang dan mewah,bukan di hutan tapi di Bandar sebuah negara,dan sebagai rakyat dan warganegara tersebut

Chin Peng bukan Warganegara Malaysia.Malah apabila di beri peluang memohon kerakyatan pada tahun 1989 sewaktu perjanjian damai,beliau enggan membuat permohonan.

Chin Peng sebenarnya pengganas komunis totok.Beliau bukan pejuang tanah air tapi merupakan sebahagian dari pemuda “Cina di perantauan”yg kuat semangat kebencian terhadap penjajahan tentera Jepun di Tanah Melayu 1940an.Sentimen ini di tiup di kalangan orang cina berikutan peristiwa PERANG JEPUN CINA(Sino Japanese War 1&2)di China sebelumnya

Cita cita Chin Peng ialah mengalahkan Jepun dan menjadikan Tanah Melayu sebahagian negara Berideologi Komunis berkiblat ke Beijing

Justeru apabila Tentera Jepun berundur(selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki)Tentera Bintang Tiga Chin Peng telah mencuba menguasai pemerintahan di Tanah Melayu tapi mereka di tentang dan di tolak rakyat,termasuk oleh orang China sendiri

Apabila British kembali utk mentadbir Tanah Melayu semula beberapa minggu setelah berundurnya Jepun,Chin Peng telah mengganas,termasuk menyerang dan membunuh polis dan tentera hatta orang awam tanpa mengira kaum asalkan mereka di syaki memberi kerjasama kpd British.Turut di bunuh adalah juga orang Asli yg tidak berkerjasama dgn mereka

Penentangan bersenjata Chin Peng di teruskan walau setelah negara mencapai kemerdekaan.Penentangan bersenjata dan ganas berlarutan lebih 40 tahun.Ia di lancarkan oleh seorang yg bukan pun warganegara Malaysia dan tidak pernah memohon menjadi warganegara.BELIAU BUKAN NASIONALIS DAN BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN MALAH PENGGANAS KOMUNIS YG NYATA.

Justeru utk “KEMBALI KE RUMAH”di Setiawan,tidak pernah menjadi hasrat Chin Peng.Usaha membawa balek Abu Mayat Mendiang dan cara mana ia di uruskan ADALAH MANIFESTASI INITIATIF SAKI BAKI BARA API FAHAMAN ANUTAN CHIN PENG YG CUBA DI SEMARAKKAN SEMULA..ianya tidak bersifat ritual keugamaan sepenuhnya tapi mempunyai intonasi POLITIK YG TERTENTU DAN SANGAT MERBAHAYA

Perlakuan ini berinspirasikan KUASA YG SEDANG DI KECAPI dan mengambil kesempatan dari adanya elemen dan bibit permisif dan penerimaan kpd ideology yg Chin Peng bawa dlm kerajaan itu sendiri

Justeru,harus disedari adanya API DALAM SEKAM atau BARA DALAM ABU yg boleh menyala bila bila masa saja..

Kerajaan PH perlu di letakkan di bawah mikroskop rakyat..kerana hanya rakyat yg mampu memadamkan BARA DLM ABU agar tidak menyala buat selama lamanya

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo