December 2019
#1MDB #BAJET2018 #BMF #COVIDー19 #H355 #HPU914 #HPWU913 #KLSummit2019 #PenyatuanUmmah #PRU14 #ROHINGYA #RUU164 #RUU355 1 lawan 1 13 Mei 1969 1MEDIA 1MediaTV 2020 3penjuru 5g 65 tahun 9 Zulhijjah 90 Juta A Kumaresan Abdul Rahman Malik ABIM Advertorial Advertorial Fastaqim 2.0 AES Affordable Housing Afghanistan AG AGAMA AIR AKTA 164 Akta Hasutan Akta Profesion Guaman Syarie Alam Sekitar Alang Ibn Shukrimun Algeria Aljazeera amalmedia Amanat Haji Hadi Amanat Kit Siang Amerika ANALISA Anwar Ibrahim Ar- Rahnu Arak ARC ARTIKEL ASB ASEAN Assabiqun AWAS Ayam Import Azwan-Azmin Bahasa BAITUL MAQDIS Bajet 2019 Bajet 2019 Terengganu Bajet2020 Baju Kebangsaan Bandar Tun Razak Banjir Bank Negara Bantah Hina Islam Bauksit Bayan Linnas Belanjawan 2019 Belanjawan 2020 bencana BERITA BERITA UMUM BERJASA BERNAMA Bersatu BIASISWA Big Data Bin Abdullah BN BOMBA BPMS BR1M Brazil BRIM Bukit Kukus BUKU Calon Johor Calon Kelantan Calon Perlis Calon Selangor Calon SeMalaysia Calon Wilayah Persekutuan Cameron Highlands CAP Cars CCM Cikgu Azizan CIMB City COMANGO Coronavirus COVID-19 CPTPP Cuaca Cuba Cuepacs Cukai DAP Data Raya Dato' Iskandar A. Samad Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Datuk Ahmad Faris Abdul Halim Dawn Raid DBP Debat Piala Tun Razak DESAK Dewan Rakyat Dhia Hani DHPP DIESEL DITC DLP Dong Zong Dr Awang Azman Awang Pawi Dr Faris Marwan Dr Khairuddin Aman Razali Dr Mohd Zuhdi Marzuki Dr Muhammad Fathi Yusof Dr Riduan Mohamad Nor Dr Tanaka Mustafa Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Fathi Yusof Dr. Kamarul Yusoff dunia DUNIA ISLAM e-sukan e-tunai ECRL Editorial 1Media EKNOMI EKONOMI Elaun Kritikal ENGLISH Entertainment Faraid Fashion FELCRA Felda FGV Fikri Allaudin Fintech FOMCA Food Flotila for Arakan Mynammar(FFAM) Foods Forum Naratif Malaysia Baharu G25 G77 Gagasan OKU Muqarabun Gagasan Sejahtera GALERI Gallery GAMIS gaza GENERASI Geng Ustaz GERAKAN Gerakan Pengundi Sedar Getah Global GMMF Golan Gombak GPMS GPS Grab Graphic Design GST H405 hadi awang Hari Arafah Hari Raya Herman Samsudeen HFMD HIDS Hijau.FM Himpunan 812 Himpunan Hari Wanita Himpunan Kebangkitan Ummah Hina Nabi HINDRAF Homoseksualiti HSR Hudud Hukum Syariah Ibrah Al-Kahfi ICAPP ICC ICCPR ICERD ICR IG iGuru Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah 2017 Ijtimak Kelantan 2017 Ijtimak Perpaduan Ummah 2017 Ijtimak Siber IKATAN IKSIM IMAMS India INDONESIA INFLUENZA INFO Inkues Adib insiden International Conference on Marawi (ICM) IPG IPTA IR 4.0 IRC IRI Islam Islamofobia ISMA Israel Israk Dan Mikraj ISU Jabatan Amal JAKIM Jamal Khashoggi Jamal Khashoqqi Jawatan Kosong Jawi Jeddah World Fest Jeddah World Festival jenayah Jerebu JITP Johor Kabinet KAHWIN Kalam Perantau Kampung Baru kanada karya Kashmir Kedah Kelantan Kelapa Sawit kembara Kempen Beli Produk Muslim Kerajaan baru Kerajaan Teknokrat kesihatan KESIHATAN DAN GAYA HIDUP Kewarganegaraan Khat Khazanah Khazanah Nasional Khutbah Jumaat KIRIMAN kiriman pembaca KL Summit 2019 KLIA komentar Komik BRI komunis Konferens Gender konflik Kongres Jawi Kebangsaan Kongres Maruah Melayu Kongres Muafakat NGO Terengganu Kongres Rakyat konspirasi Kontrak Sosial Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional Koperasi Korban Koronavirus KPM KPN KSN Kuala Lumpur KuHaraki Kuil Sri Mariamman USJ 25 KUIZM KWSP Langkah Kajang LEBAI Lee Chai Kee LEMBARAN SEJARAH LGBT Liberalisme Lif LIPATAN SEJARAH LPT3 LRT 3 LTTE LUAR NEGARA Lubnan Lynas M. Kamal Affandi Mabuk MACMA MACSA Maghi Sining Nok Royak Mahamad Naser Disa Mahasiswa Majlis Dakwah Negara Malaysia Airlines Bhd (MAB) Malaysia Sejahtera Malaysiaku Manifesto Mapim MAPPIM MARACorp Marawi Maritim MAS MASJID Masjid Jamek Sungai Nibong Besar Matrikulasi MCA Melaka MEMALI Memo Larangan Pekerja Solat MERDEKA Mesir meteor Geminids MH370 MIC Minda Presiden PAS Minyak Minyak Sawit mki MM2H (Malaysia My Second Home) Mohd Khairul Anwar al-Idrus Mohd Nor Hamzah Moratorium Motion Design Motivasi Movies MP/ADUN PAS MPK MRT MRT2 Muafakat Muafakat Nasional Muet Musa Awang Music Muslim Care MyAqsa MyBRAIN15 MyDeposit Mykad MyPPP N9 Nahas Lion Air Nakbah Palestin Naratif Malaysia Baharu’ nasional Nature Nazman Che Iberahim Negara Islam Negeri Nelayan NGO NGO Pendidik NGO-NGO Islam Nigeria Nik Abduh Nikkei Conference NUTP Octoberfest OIC Oktoberfest OKU OSA P.PINANG P165 Tanjung Piai PAC padi Pahang PAKATAN HARAPAN Pakatan Nasional Pakistan PALESTIN PAN Pan Island Link Pantau Malaysia Baru PAPISMA Parlimen Parlimen Belia PAS Pasaraya Wakaf Ummah Pasir Gudang PASTI PAU2019 PBB PBS PCM PELAN perdamaian antara Palestin dan Israel Pelancongan PENA Penang South Reclaimation - PSR PENCEN Penceraman Toksik Pendidik PENDIDIKAN Peneroka PENGGUNA Penipuan nombor TAC People Perak Perang Ahzab Perang Ramadan PERANTAU Perbadanan Wakaf Pendidikan Tinggi Perhimpunan Agung UMNO 2019 Perikatan Nasional Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan PERKASA PERKESO PERLIS Perpaduan Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia. PERSONALITI Pertanian Pesta Pongal PETROL Petronas PGSM PH PHM Phone Piagam Madinah Piagam UMNO-PAS' Piala Malaysia pilihan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT) Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pintar PITAS PKR Plastik PLUS PM8 PNB POCA Poligami POLITIK POTA PPBM PPIM PPMM PPR PPSMI PRIHATIN Print Design PRK Balakong PRK Cameron Highlands PRK DUN Rantau PRK DUN Semenyih PRK Kimanis PRK Port Dickson PRK Rantau PRK Sandakan PRK Seri Setia PRK Sg Kandis PRK Tanjung Piai PRK Tg Piai PRM Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz PRU14 PRU15 PSM PSR PSRA PT3 PTMP PTPTN Puasa Pulau Natuna Pulau Pinang Putra Radiohead Rajaluddin Ahmad Ramadan Ramadhan Ramadhan Dan Perjuangan RASUAH Rawai FC resepi RMK-11 RMK11 RON97 Roslan SMS ROYALTI Rusuhan bantah pindah kuil RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis Sabah SABAH & SARAWAK Sarawak Sarawak Report Sebatan Syariah SeIPTI SEJARAH Sekolah Vernakular Sekularisme SELANGOR semasa Seni dan Kebudayaan Seniman Serambi Dunia Islam Serangan Christchurch Server Sg Kandis Short Shuhaimi Al-Maniri Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 SIS SKMM Sosialis SOSMA SPM Sports SPR sprm SPV Sri Lanka SRIDI SST Statut Rom STPM Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM) Suaram SUBKY LATIF Subsidi Sugar Daddy Sugarbook sukan Sukan Olimpik Tokyo 2020 Sukan SEA ke-30 Surat Pembaca Surat Terbuka Swaziland Syahir Sulaiman Syawal Syed Ahmad Fadhli Syria T'mart Tabung Haji Tahfiz Tahukah anda Takbir Muqayyad: Takbir Mursal Taliban Tan Sri Jins Shamsudin Tanah Runtuh TATiUC tatu Technology TEKNOLOGI TEKNORAT TEKSI Teras TERENGGANU Test TGNA TH tips Tips/Motivasi Title tmp TNB Tol TPPA Tragedi Christchurch Tragedi Rakhine Tragedi Sungai Kim Kim 2 Transgender Travel Trump TSIS Tsunami Selat Sunda Tun Abdul Hamid Tun Abdul Hamid Mohamad tun m Tun M letak jawatan TURKI UbahTV UCP UEC UIAM ULASAN UMMAH UMNO Umrah Umt Dan Unisza UNDANG-UNDANG Undi 18 UniSZA UniSZA - UMT Update UPKK USNO Usul undi percaya Utusan Uyghur Vaksin Video Wakaf Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain WANITA waran tangkap Warisan WARKAH MERDEKA Web Design Wilayah Persekutuan Xinjiang Yayasan Amal Malaysi Zakat Zakat Fitrah Zakir Naik ziarah kubur Zimbabwe Zin Mahmud خطبة جمعة

oleh:Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Terbaca laporan Malaysiakini berkenaan kenyataan Presiden PAS bahawa haram menyerah kuasa (kepala negara) kepada bukan Islam [1]. Dan berita ini kemudiannya dijadikan modal menuduh TGHH sebagai rasis

Saya tidak mahu membicarakan soal hukum. Kita ada ramai mufti untuk perkara itu. Tetapi saya nak bercerita satu kisah tentang Perang Granada. Kisah ini saya ambil daripada sejarawan Amerika, Dr Pamela D. Toler.

Pada tahun 1482, berlaku satu perang antara Kerajaan Islam Sepanyol dan Ratu Isabella yang mengetuai pasukan tentera Perancis, England dan Ireland. Perang 10 tahun ini berakhir selepas Granada yang menjadi tanah terakhir umat Islam di Eropah dikepung selama 9 bulan.

Bagi menyelamatkan umat Islam di Granada, Sultan Abu Abdullah Muhammad XII membuat satu perjanjian bersama Ratu Isabella dan Raja Ferdinand. Granada akan diserahkan kepada kerajaan Katolik Sepanyol, tetapi umat Islam yang masih tinggal di sana akan dibenarkan untuk terus bebas mengamalkan agama mereka

Perjanjian ini ditandatangani dan dinamakan "Capitulation of Granada".

Tetapi menurut Dr Pamela, tidak seperti pemerintah Muslim yang meraikan hak beribadat non muslim sebelum ini, kedua dua Isabella dan Ferdinand tidak menghormati perjanjian yang mereka berdua sendiri tandatangani. Malahan mereka berusaha memurtadkan umat Islam dalam tempoh 10 tahun pertama selepas penaklukan Granada. Tindakan ini menyebabkan umat Islam memberontak.

Apabila gerakan pemberontak ditumpaskan, Isabella memberi dua pilihan kepada umat Islam. Murtad atau keluar sehelai sepinggang. Majoriti memilih untuk menyelamatkan akidah walaupun kehilangan harta benda. Sebahagian lagi memilih untuk dibaptiskan dan kekal di Sepanyol.

Muslim yang murtad ini kemudiannya dikenali sebagai Moriscos atau Little Moors. Tetapi walaupun sudah murtad, kelompok ini masih dilayan seperti kelas ke dua. Bermula tahun 1530, kerajaan Sepanyol telah menangkap ribuan Moriscos dan menyita harta benda mereka. Mereka terdedah kepada penderaan awam, seksaan, sebatan dan hukuman bunuh

Pada 1609, Philip II yang memerintah Sepanyol ketika itu mengarahkan agar semua Moriscos ini dihalau keluar daripada seluruh tanah Andalusia. Sekurang-kurangnya 300 ribu Moriscos menjadi pelarian dalam tempoh 5 tahun.

Bagi pelarian yang memilih untuk meminta perlindungan di Empayar Islam, mereka dipaksa meninggalkan zuriat mereka yang berusia kurang 7 tahun supaya kanak-kanak ini dapat dibesarkan di Sepanyol sebagai Kristian dan seterusnya 'diselamatkan' [2]

Ini adalah tulisan sejarawan Barat tentang isu kemanusiaan Granada selepas nasib umat Islam diserahkan secara mutlak kepada pemerintah bukan Islam. Saya tidak menambah apa-apa.

Kerana jika saya mengambil kisah ini daripada sumber sejarawan Islam, maka setiap dari kita akan mempersoalkan tahap iman dirinya sendiri.

Rujukan:
[1] https://www.malaysiakini.com/news/494780
[2] The History Of All Of Us Mankind, Dr Pamela D. Toler, Running Press Book Publishers, 2012, ms 201 - 204
https://www.facebook.com/100001200986490/posts/2728485703868102/


PUTRAJAYA - Datuk Seri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pelantikan Mohd Zuki bagi menggantikan Tan Sri Dr Ismail Bakar yang bercuti sebelum persaraan wajib.

Mohd Zuki, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dan mempunyai pengalaman luas.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Persekutuan Sarawak dan menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/64063/BERITA/Nasional/Mohd-Zuki-dilantik-Ketua-Setiausaha-Negara



oleh: Mohd Luttfi bin Abdul Khalid

AKHIRNYA terbongkar sebab utama kenapa Dong Jiao Zong ingin mengadakan Kongres Perkauman mereka secara tertutup yang membabitkan puluhan persatuan-persatuan Cina.

Rupa-rupanya berpunca dari ketakutan melampau (yang sengaja diciptakan) terhadap Islam atau dalam nama lain akibat Islamofobia!

Betulkah kerana Islamophobia?

Isu tulisan Jawi dan Khat hanyalah satu alasan bangang dan dangkal untuk menyembunyikan ketakutan yang berpunca dari kejahilan (dan ketakutan palsu) mereka terhadap Islam.

Apa yang mereka cuba papar dan lakonkan kepada khalayak ramai ialah gambaran bahawa merekalah yang (kononnya) menjadi mangsa (play victim)!

Hakikatnya mereka adalah spesis yang ingin memelihara kelebihan dan kemurnian etnik mereka (racial purity and racial superiority) seperti mana yang pernah disaksikan dalam sejarah bangsa Arya, Yahudi dan Jerman.

Mereka tidak ingin 'zat' bangsa dan identiti etnik mereka 'tercemar' dengan sentuhan-sentuhan anasir asing (dalam kes ini tulisan Jawi dan Khat yang dianggap satu masukan dari luar) dan justeru itu perlu dihalang dari 'menyusup' masuk ke dalam saluran darah bangsa dan etnik Cina Malaysia.

Ini adalah nama lain kepada keangkuhan, kedegilan, kesombongan dan kebongkakan satu ras atau etnik yang merasakan diri paling mulia di antara sekalian makhluk dan tidak boleh bergaul atau berasimilasi dengan yang lain.

Pembaca boleh perhatikan bahawa puak-puak Dong Jiao Zong dan sistem pendidikan mereka lebih menjurus kepada pengasingan dan hidup dalam kepompong ciptaan sendiri ditambah dengan keengganan untuk berinteraksi dan melakukan intergrasi dengan bangsa dan etnik lain.

Tindakan seumpama ini hanya melahirkan para pelajar dan insan yang taksub, insular (jahil atau tidak berminat dengan budaya, idea atau orang-orang yang berada di luar pengalaman-pengalaman diri sendiri), sombong dan bongkak kerana sistem pendidikan yang mereka lalui memang terfokus ke arah itu. Sebab itu juga mereka tidak tahu mengenai nilai-nilai adab, bersopan, berbudi bahasa, saling menghormati dan tulis budi pekerti.

Mereka tidak ingin 'kemurnian' identiti mereka (sebagai bangsa Cina) yang eksklusif tercemar dengan benda asing.

Dan mereka juga akan menjadi golongan pendesak, yang menuntut supaya apa yang mereka minta mesti dipenuhi dan dikabulkan.

Satu ciri lain yang lahir secara semula jadi ialah mereka tidak akan menghormati apa-apa yang disifatkan sebagai otoriti atasan kecuali kerana terpaksa dan untuk menjaga maslahat jangka panjang mereka.

Apa-apa halangan, sekatan atau rintangan hanyalah sesuatu yang bersifat sementara bagi mereka, untuk memberikan masa tambahan kepada mereka untuk meluaskan pengaruh, menambahkan sokongan dan meningkatkan jumlah para penyokong.

Dari satu sudut, pembaca akan dapati bahawa gerombolan ini sentiasa disokong oleh parti-parti politik berasaskan etnik Cina, baik DAP, MCA mahupun Gerakan. Parti-parti inilah yang akan memberi tekanan politik kepada tuntutan-tuntutan mereka dan memperjuangkan agenda mereka di dalam dan juga di luar Parlimen.

Mereka akan disokong oleh institusi-institusi, gerakan-gerakan sivil, tokoh-tokoh perniagaan dan juga taikun-taikun dalam dunia korporat.

Mungkin pula disokong oleh pihak gereja atau gabungan perkumpulan agama. Ini kerana gerombolan Dong Jiao Zong lebih diwarnai oleh kepentingan-kepentingan keduniaan dan bangsa atau etnik daripada sentimen atau kepentingan agama.

Perjuangan mereka juga sangat sinonim dengan gerakan sivil sekular yang menekankan kebebasan individu tanpa campur tangan apa yang disifatkan sebagai institusi agama (dahulu) yang kini diterjemahkan sebagai campur tangan negara.

Itu dari satu sudut.

Dari sudut yang lain, terdapat pula segelintir rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang cuba menjadi lebih rasis dan cauvinis dari etnik Cina. Bacalah tulisan-tulisan dan komen-komen mereka – dari kalangan ahli-ahli akademik, bekas pensyarah undang-undang, peguam dan tokoh-tokoh masyarakat yang telah terhidu bau hapak ideologi dan perjuangan DAP, MCA dan Gerakan serta komen-komen pembelaan yang melampau, memualkan dan meloyakan sesiapa sahaja yang membacanya.

Tidak terkecuali kumpulan dan organisasi 'Islam' tertentu yang tidak segan silu mendekatkan diri dengan gabungan Dong Jiao Zong ini atas alasan kononnya gerombolan ini perlu dibawa berdialog dalam suasana muhibbah, harmoni, toleransi dan saling memahami – atas dasar berkasih sayang kerana Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam (termasuk ke atas Dong Jiao Zong)!

Kumpulan ini tidak ada pilihan lain kecuali untuk menjatuhkan martabat diri sendiri oleh kerana mereka juga mempunyai agenda politik untuk kekal relevan bersama Kerajaan Pakatan Harapan (PH), seperti mana yang didedahkan dalam dokumen-dokumen dalaman mereka dan juga melalui tindakan mereka sendiri.

Tahap ketaksuban puak-puak ini begitu mengkagumkan!

Demikian juga yang diperhatikan pada parti-parti politik Melayu dan Islam. Tidak ada satu pun yang berani (kecuali dalam nada retorik) mendedahkan hakikat sebenar perjuangan dan agenda Dong Jiao Zong – sebagai satu gabungan yang bersifat rasis, cauvinis dan melampau.

UMNO hanya mengutamakan survival politik kemelayuan.

PAS pula tidak dapat melepaskan diri dari sifir untung rugi politik dan kesan kepada pengundi.

Kerajaan tidak dapat buat apa-apa, sebab ramai penyokong tegar Dong Jiao Zong kini berada di puncak kuasa.

Dong Jiao Zong tetap kebal.

Hakikatnya, 'lembaga hitam' Islamofobia hanyalah satu alasan yang sesuai (convenient) untuk dipergunakan bagi menutup agenda dan tipu muslihat sebenar mereka.

Iaitu muslihat 'Pencinaan' secara halus sebagai satu kesinambungan kepada agenda OBOR dan perluasan jajahan takluk secara politik.

Negara China tidak perlu masuk atau 'campur tangan' secara terus ke dalam urusan hal ehwal dalaman negara Malaysia yang berdaulat ini.

Proksi-proksi kecilnya sudah boleh diharapkan untuk menjayakan hasrat besar tersebut.

Sekolah vernakular, Jawi dan Khat dan sijil UEC hanyalah asbab sahaja.

Bacaan lanjut:

1. https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/2846329278724397

2. https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/2830909346933057

3. https://malaysiadateline.com/mca-kini-macam-cawangan-kedut…/

4. https://www.ismaweb.net/…/china-dream-one-belt-one-road-da…/

5. https://themalayan.wordpress.com/…/argument-for-vernacular…/

6. https://www.malaysiakini.com/news/330639

7. https://www.thestar.com.my/…/big-boost-for-four-schools-chi…




Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli

BANGI, 3 Jamadilawal 1441H, Isnin – Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) bersetuju supaya pertubuhan radikal, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) diharamkan di negara ini.

Ketua Medianya, Haji Rashidi Haris berkata demikian, berhubung sikap Dong Zong yang semakin melampau dan harus dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, persatuan berkenaan bagaikan kiasu sering menimbulkan polemik berbahaya yang boleh mengganggu keamanan negara.

“Sikap derhaka yang melampau ini melayakkan Dong Zong diharamkan dan ahlinya dikenakan tindakan undang-undang kerana menderhaka (memberontak) kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong.

“MUAFAKAT menuntut supaya Dong Zong diharamkan terus, kerana persatuan bagaikan kiasu ini sering kali menimbulkan polemik yang membahayakan.

“Boleh gugat kestabilan keamanan negara dengan membuat kacau dan menghuru-harakan negara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Kelmarin, pihak polis telah mengumumkan bahawa perhimpunan bantahan tulisan jawi perlu dibatalkan serta-merta.

Pada masa sama, pihak mahkamah turut membuat keputusan bahawa tulisan jawi boleh digunakan di sekolah-sekolah vernakular.

Mengulas lanjut perkara itu, Haji Rashidi berkata, provokasi penentangan terhadap tulisan jawi dari persatuan itu dilihat bagai menyambung agenda besar kerajaan komunis China yang menindas umat Islam.

Katanya, hari ini China di bawah kerajaan komunis secara terang-terangan menghalang penggunaan tulisan Arab.

“Sama ada rakyat sedar atau tidak provokasi menentang tulisan jawi dari Dong Zong itu dengan mengadakan himpunan bantahan dilihat bagai menyumbang agenda komunis China menindas umat Islam.

“Realiti yang disembunyikan, hari ini, negara besar China bawah kerajaan komunis secara terang menghalang pengunaan tulisan Arab (abjad sama dengan jawi).

“Semua label ‘halal’ harus dihapuskan dan tidak dibenarkan lagi terpampang di mana-mana iklan di negaranya,” tegasnya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/12/30/dong-zong-serta-merta-diharamkan/


AGAK lega negara sekarang apabila tiada lagi ulangan suara yang membingitkan telinga rakyat, untuk Bakal PM 8 dinobatkan menjadi bekas Bakal PM 8. Berserabut kepala rakyat dengan perangai tak senonohnya yang sering melaung-laungkan yang kemenjadian dirinya sebagai PM 8 mesti berlaku dan hanya tinggal di selekoh yang terakhir.

Si mata sepet dari parti sekutunya juga sudah tidak lagi membuat countdown bagi Tun M turun takhta dan digantikan dengan bakal PM 8 yang tiada jawatan apa-apa dalam Kabinet itu. Semua ini saya lihat duduk dalam satu garisan waktu yang sama, iaitu selepas isu Azilah, Sirul yang didedahkan oleh pengkritik politik tanah air sebagai salah satu perancangan tertinggi politik Malaysia.

Mungkin bagi sesetengah orang, isu Akuan Bersumpah Azilah itu sepatutnya menjadi tumbukan KO kepada DS Najib. Tetapi bagi saya, ianya adalah hentakan yang melebamkan mata Anwar dan mungkin juga akan memberikan masalah kepada tulang belakangnya sekali lagi.

Tun M dimaklumi sebagai seorang yang sangat bijak menempelkan kesalahan yang dia lakukan kepada orang lain. Dan pada setiap masa, dia akan terselamat dan jika diketahui orang pula, dia pandai mengalihkan perhatian itu kepada isu lain, supaya orang akan melupakannya.

Apabila didedahkan Azilah telah bertemu dengan VVIP dan dibawa keluar dari penjara oleh Peguam DS Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ianya bukan satu khabar angin yang boleh dibiarkan berhembus berlalu begitu sahaja. Mengambil prinsip PH suatu ketika dahulu, Jabatan Penjara kena samanlah Tan Sri Shafee kalau ianya fitnah…kan? Bukan sekadar menafikannya sahaja.

Lalu, Azilah yang dilihat terdesak dek kerana hukuman mati itu, dikatakan diberi tawaran, hidup kaya sebagai jutawan, atau mati miskin di tali gantung, tanpa ada sedikit pun jasanya dikenang dan keluarganya juga akan merana menanggung akibat perbuatannya itu. Mungkin lebih teruk, anak isterinya akan menjadi miskin dan dihina masyarakat.

Penyokong PH yang paling bangang sekali pun, pasti tidak akan memilih pilihan kedua. Maka dengan jelas, tawaran ini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai memaksa memilih pilihan pertama. Terus hidup bersama keluarga tercinta dan menjadi kaya raya. Maka Azilah pun dikatakan bersetuju bagi membuat Akuan Bersumpah yang mendakwa DS Najib mengarahkan beliau secara langsung membunuh Altantuya.

Manakala nun jauh di sebelah Australia, dihikayatkan tiada kedengaran suara Sirul bagi membuat pengakuan yang serupa, bahawa DS Najib terlibat sama. Sirul kelihatan selamat dengan keadaan hidupnya di sana. Jika Sirul seorang yang berfikiran waras, pastinya dia mahu bertaubat dan hidupnya tidak diganggu. Biarlah miskin asal bahagia. Prinsip yang sangat kontra dengan Azilah yang sedang tertekan.

Kemudiannya, tanpa terduga, DS Najib segera membalas apa yang disifatkan sebagai serangan ke atas dirinya itu dengan melakukan sumpah mubahalah. Memang benar apa yang dikatakan oleh Mufti Wilayah bahawa sumpah bukan untuk bukti perbicaraan dalam Islam, tetapi sebagai penguat hujahan balas tertuduh yang dirinya difitnah sebagaimana Saad bin Abi Waqqas lakukan dahulu.

Kata-kata Mufti ini jika kita lihat dan amati, terpakai kepada kedua-dua pihak, Azilah dan DS Najib. Jadi kenapa pula penyokong PH menjadi ‘gila’ dengan menyokong Mufti, tanpa Azilah disalahkan kerana turut bersumpah dan yang menyokong Najib bersumpah, tidak mahu menyokong Azilah, yang turut bersumpah, untuk diterima sumpahnya? Di sinilah ulamak PAS menunjukkan kematangannya dengan mengajak ahli PAS, tidak menyanggahi Mufti.

Jadi, apa yang Tun Mahathir mahukan, sudah hampir dicapai beliau. Sumpah DS Najib dengan nama Allah, lebih digeruni daripada Akuan Bersumpah Azilah. Dalam hal ini, ianya tidak melibatkan mahkamah, sebagaimana pesanan Mufti Wilayah. Jadi tiada salahnya DS Najib bersumpah, kerana akhirnya jika beliau berbohong, laknat itu akan kembali kepadanya. Tiada kaitan ia sebagai bahan bukti mahkamah.

Maka Akuan Bersumpah Azilah, yang dia mahukan dibawa untuk dibicarakan kembali di mahkamah, tidak memberikan apa-apa kesan kepada orang Islam, kerana, ia sudah disebut oleh Mufti, sumpah tiada dalam perundangan Islam. Jika penyokong PH adalah Islam, kata Mufti, mesti mereka ikut. Harap mereka tak ikut fatwa orang kafir. Manakala Sirul yang didakwa menolak tawaran itu, menjadi tikaman balas kepada Akuan Bersumpah Azilah. Jadi Azilah dilihat sebagai cuba menipu bagi melepaskan dirinya.

Sekarang DS Najib dan Sirul, boleh dikatakan telah menang, mengalahkan Azilah. Tun turut tersenyum kerana harapan bagi Anwar untuk meletakkan punggung beliau di kerusi empuk PM itu, semakin menjauh. Kerana apabila Azilah dilihat menipu, maka kes Altantuya hanya akan dilihat sebagai satu lagi senarai propaganda tambahan bagi kempen PH kepada musuh politik mereka sahaja. Menjelaskan lagi bahawa PH kaki menipu, setelah gagal menangani isu GST, 1MDB serta janji-janji manifesto.

DS Najib telah mencabar Lim Kit Siang agar membuka semula kes Altantuya semenjak tahun lepas lagi, iaitu setelah PH berkuasa. Namun LKS kelihatan amat bacul untuk mendesak PM. Sama seperti kes skandal BMF, skandal Forex dan lain-lain lagi. Agaknya kenapa LKS takut? Jawapannya mudah, ianya kerana akan menjadi ‘backfire’ kepada mereka semua, mereka akan dikenang sebagai penipu dan pastinya kerana tiada kepentingan bagi mereka setakat ini.

Setelah rakyat diperlihatkan dengan beberapa siri keraguan dakwaan pimpinan PH dalam kes Altantuya ini termasuk penggunaan bahan letupan C4, Tun saya lihat menambahkan lagi luka PH, dengan menimbulkan semula kes ini yang cuba didiamkan oleh PH yang dikuasai oleh DAP sekarang. Saya yakin mereka dalam keadaan menggelabah dengan timbulnya kembali isu ini.

Saya percaya, akan ada orang bertanya, apakah untungnya jika benar Tun merancang hal ini? Maka saya jawab, baca kembali perenggan keempat di atas. Itulah jawapannya, serta tujuan Tun, untuk tidak menyerahkan jawatan PM sewenang-wenangnya kepada orang yang tidak layak. Tetapi saya benar-benar berharap hal ini akan menjadi kenyataan. Impian seseorang untuk menjadi PM 8 akan berkubur, dibenamkan kembali dengan kes yang mereka gunakan dahulu. Habislah harapan DAP.

MOHD NASIR ABDULLAH
28 Disember 2019


Tindakan PDRM membatalkan Himpunan Dong Zong adalah betul dan bertepatan dengan apa yang termaktub dalam Akta 32 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 iaitu pada Perkara 9; Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini TIDAK MELARANG PENGGUNAAN TULISAN MELAYU, yang lebih dikenali dengan nama tulisan JAWI, bagi bahasa kebangsaan.

2. Sama ada rakyat sedar atau tidak provokasi menentang tulisan Jawi dari tindakan Dong Zong dengan mengadakan himpunan membantah pembelajarannya di SJK (C) dan SJK (T) dilihat bagaikan menyambung agenda besar kerajaan Komunis China menindas umat Islam, bukan hanya di negaranya sendiri tetapi juga dilihat sampai ke Malaysia.

3. Realiti yang disembunyikan, hari ini di negara besar China bawah kerajaan komunis terang-terangan menghalang penggunaan tulisan Arab (abjad yang sama dengan Jawi). Berita melaporkan semua signboard yang terdapat tulisan Arab diharamkan dan mesti diturunkan dengan segera.

Dan semua label “halal” dihapuskan dan tidak dibenarkan lagi terpampang di mana-mana iklan di negaranya. Tindakan drastik ini jelas menunjukkan kerajaan China sudah tidak lagi berkompromi dalam isu tulisan Arab dan label halal.

Rujukan: https://www.nst.com.my/world/2019/07/508710/china-orders-arabic-muslim-symbols-taken-down-beijing

4. Persoalan yang timbul sekarang, adakah Dong Zong juga menyambung agenda menindas umat Islam di Tanah Besar itu ke negara kita apabila kini kelihatannya Dong Zong juga terang-terangan menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan kedegilannya berterusan melawan pihak berkuasa, setelah tidak berpuas hati dengan tindakan PDRM yang mengeluarkan perintah supaya perhimpunan dibatalkan.

5. Justeru, sikap derhaka yang melampau ini melayakkan Dong Zong diharamkan dan ahlinya dikenakan tindakan undang-undang kerana menderhaka (memberontak) kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. MUAFAKAT menyokong tindakan PDRM dan berdiri teguh memberi kesetiaan kepada Raja dan Negara.

6. Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan mengamalkan pentadbiran mengikut sistem Raja Berperlembagaan maka MUAFAKAT menuntut supaya Dong Zong diharamkan terus, kerana persatuan bagaikan kiasu ini sering kali menimbulkan polemik yang merbahayakan yang boleh menganggu gugat kestabilan keamanan negara dengan membuat kacau dan menghuru-harakan negara.

Haji Rashidi bin Haris

Naib Pengerusi UMMAH

Ketua Media MUAFAKAT

#lebaikampung


JIKA remaja seusianya baru saja mendapat keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), seorang kanak-kanak pintar Terengganu sudah menjalankan kajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti di Jerman.

Mempunyai pemikiran seperti orang dewasa yang berusia 24 tahun, Muhammad Amir Rafiq Mohd Rafee, 15, yang berasal dari Kemaman berkata, dia beruntung kerana terpilih oleh Universiti Leibniz di Hannover, Jerman untuk menjalankan kajian dalam bidang Sains Komputer Teoritikal.

“Saya minat bidang sains komputer sejak berusia 12 tahun lagi. Bagi saya bidang ini mencabar tetapi seronok. Sebab itu saya mahu mengkaji lebih dalam bidang ini.

“Mujurlah universiti itu (Universiti Leibniz) terima penyelidik bawah umur seperti saya. Mereka pun tidak kisah saya belum mempunyai sebarang ijazah kerana apa yang penting bagi mereka adalah kajian yang saya jalankan itu,” katanya yang berada di Universiti Leibniz selama dua bulan bermula September lalu dengan ditemani bapanya Mohd Rafee Harith.


Pelajar Kolej [email protected] Negara itu ditemui pada Seminar Kaedah Penyelidikan Untuk Anak-Anak Genius Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Nerus hari ini.

Seminar yang menghimpunkan kira-kira 70 remaja pintar dari Terengganu itu, diadakan bagi memberi pendedahan dan menggalakkan mereka untuk lebih banyak menjalankan kajian dan penyelidikan, khususnya berkaitan Terengganu.

Selain itu, antara pencapaian yang membanggakan adalah Muhammad Amir Rafiq terpilih mewakili Malaysia dan menjadi peserta termuda dalam ‘The 2019 International Philosophy Olympiad’ di Rom, Itali pada Mei lalu.

Anak sulung daripada dua beradik itu bercadang untuk mengambil peperiksaan peringkat A-Level dan akan memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti di Amerika Syarikat tahun hadapan.

Ketika ditanya mengenai kehidupannya sebagai seorang yang pintar, Muhammad Amir Rafiq berkata, dia menganggap kebolehan berfikirnya itu sebagai satu anugerah Tuhan, yang akan memberi manfaat bukan setakat untuk diri sendiri malah kepada masyarakat juga.

“Antara kenangan semasa kecil yang saya masih ingat adalah ketika berusia empat tahun, saya suka membaca ensiklopedia perubatan milik datuk saya.

“Saya juga mempunyai kelebihan untuk ‘scan’ dan ingat setiap fakta yang dibaca,” katanya.

Dalam pada itu, bapanya, Mohd Rafee, 50, berkata, dia mula mengesan kelebihan anaknya itu ketika Muhammad Amir Rafiq boleh membaca dan menulis apabila baru berusia tiga tahun.

“Ketika dia berusia dua tahun setengah saya ajar dia ABC hanya sekali sahaja. Esoknya dia terus tahu dan ingat semua abjad dari A hingga Z.

“Dari situ saya nampak anak saya ini ada kelebihan jadi saya hanya pantau dia.

“Dia juga mampu ‘troubleshoot’ komputer seawal usia lima tahun. Tetapi agak memerlukan kos yang tinggi kerana dia tidak bermain mainan seperti kanak-kanak lain. Dia hanya baca buku dan bermain dengan gajet,” katanya yang bekerja sendiri.

Namun ibunya, Azriza Abd Latif, 43, yang merupakan pekerja swasta, mengakui anaknya itu mempunyai kelemahan terutama melibatkan kemahiran insani (soft skills) seperti kemahiran berkomunikasi dan pergaulan sesama rakan sebayanya.

“Perkara teknikal memang sekali cakap sahaja dia ingat. Apabila mmbabitkan ‘soft skills’ seperti perlu bersalaman dengan orang, kita kena ingatkan dia banyak kali.

“Dia juga kurang kawan yang sebaya dengannya kerana pemikiran dia yang lapan atau sembilan tahun lebih dewasa. Jadi kami perlu sentiasa pantau dia,” katanya.

Selain itu, adik Muhammad Amir Rafiq, Aina Batrisyia, 13, turut mempunyai kelebihan pemikiran lima tahun lebih ke hadapan dari usia sebenarnya dan juga merupakan pelajar di Kolej [email protected] Negara.


KOTA KINABALU – Bekas pembantu Anifah Aman mendakwa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi membuat tawaran kepada bekas menteri itu untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Kimanis tetapi ditolak.

Bekas setiausaha politik Anifah, Norhaidi Che Dan berkata, dia juga mendapat tahu bekas perdana menteri, Najib Tun Razak juga cuba memujuk Anifah bertanding untuk BN.

Beliau berkata Zahid menawarkan pencalonan kepada Anifah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh hari mengundi yang akan diadakan pada 18 Januari.

“Tetapi beliau tolak tawaran Zahid kerana mereka mahu beliau bertanding bawah lambang BN tetapi beliau sudah tinggalkan UMNO sejak tahun lepas.

“Kalau Anifah mahu bertanding kerusi itu, ia akan dilakukan menerusi parti lain, sebuah parti tempatan.

“Kalau beliau berminat untuk mempertahankan kerusi itu untuk BN, beliau akan melobi pencalonannya tetapi beliau tidak berbuat demikian. Beliau tak berminat mempertahankan kerusi itu, apa lagi bawah BN,” kata Norhaidi kepada FMT.

Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin sebelum ini berkata parti itu sedia mempertimbangkan Anifah, yang keluar Umno pada September tahun lepas, sebagai calonnya hanya jika beliau bersetuju bertanding atas tiket BN.

Norhaidi berkata Anifah juga menolak tawaran Zahid kerana tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah membatalkan kemenangannya pada pilihan raya umum lepas, serta membantah cara SPR mengendalikan proses pilihan raya.

Kerusi Kimanis dikosongkan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan Anifah tidak sah dan terbatal.

Mahkamah Pilihan Raya mendapati ada percanggahan dalam pengendalian proses pilihan raya dan ketidakpatuhan terhadap undang-undang pilihan raya secara meluas, yang menjejaskan keputusan pilihan raya itu.

Anifah, seorang bekas menteri luar negeri, sebelum ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi itu dan sedang mempertimbangkan saman terhadap SPR bagi mendapatkan ganti rugi.

Norhaidi juga menepis laporan anak-anak Anifah, iaitu Ahmad Firdaus dan adiknya, Ahmad Zachry – dikatakan dalam senarai pendek calon UMNO – berminat untuk bertanding.

Dia berkata Zachry bukan seorang ahli politik sementara Firdaus pula, walaupun seorang ahli UMNO, “tidak berminat”.

Firdaus adalah ketua Pemuda UMNO Kimanis manakala Zachry seorang ahli UMNO biasa.

Dilaporkan mereka berdua antara 6 nama yang sedang dipertimbangkan UMNO Sabah untuk pilihan raya kecil itu. – FMT


SHAH ALAM – Keputusan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) serta beberapa elaun terhadap penjawat awam mulai Januari 2020 disifatkan sebagai satu langkah terkebelakang oleh kerajaan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, langkah diambil kerajaan ini sangat mengejutkan tambah lagi ketika negara kini berada pada landasan yang betul untuk Malaysia Maju 2025.

“Kita tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan BIPK, malah kecewa apabila pemansuhan ini tiada rundingan secara terus dengan Cuepacs,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kumpulan penjawat awam yang menerima BIPK sudah memperolehnya sejak sekian lama.

“Walaupun ia melibatkan pengambilan baharu, Cuepacs tetap tidak bersetuju kerana ia akan akan mewujudkan kumpulan yang berbeza sedangkan jawatannya adalah sama.

“Mereka perlu dikekalkan BIPK, selagi jawatan tersebut wujud kecuali bagi jawatan yang dimansuhkan. Perkhidmatan mereka juga rata-ratanya sangat mencabar, malah menjadi semakin kritikal,” katanya.

Katanya, rata-rata skim yang terlibat kebanyakannya sudah meninggalkan perkhidmatan kerajaan kerana tawaran di luar yang lebih menarik dan jika BIPK dimansuhkan dikhuatiri makin ramai pakar-pakar kerajaan terus keluar dari perkhidmatan yang boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

“Pada ketika perkhidmatan awam ke arah reformasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, berita seperti ini (pemansuhan) amat menyedihkan.

“Cuepacs sedar akan kesusahan kerajaan memenuhi semua kehendak berdasarkan keutuhan kewangan negara pada masa kini tetapi berharap ia tidaklah sehingga memansuhkan BIPK,” katanya.

Adnan berkata, jangan jadikan pemberian BIPK sebagai satu beban kerana ia adalah penghargaan kepada mereka yang menjalankan amanah kerajaan kepada rakyat.

“Pemberian BIPK ini juga sebagai galakan kepada penjawat awam dalam meningkatkan kebolehpercayaan rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan yang memberi sokongan rakyat terhadap kerajaan.

“Oleh itu kami mohon perkara ini dipertimbangkan semula dan mansuhkan kepada jawatan yang tidak relevan sahaja,” katanya. – Sinar Harian


SHAH ALAM – Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO kerana kecewa dengan campur tangan kepimpinan parti berhubung siasatan melibatkan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien atas tuduhan melanggar Perlembagaan dan tata etika sebagai ahli parti.

Menurut beliau, Lembaga Disiplin UMNO adalah satu badan bebas yang tidak tertakluk kepada sebarang arahan pucuk pimpinan parti.

“Tindakan membatalkan prosiding ini adalah tidak berpelembagaan dan tidak mematuhi undang-undang. Sebagai seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan bekas Peguam Negara, adalah tugas saya untuk mempertahankan perlembagaan dan undang-undang.

“Saya kecewa pembatalan dilakukan atas pucuk pucuk pimpinan parti. Ini tiada peruntukan dalam Perlembagaan UMNO kerana lembaga disiplin merupakan badan bebas yang tidak tertakluk kepada apa-apa pimpinan parti,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurut Mohamed Apandi, beliau akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO sebaik sahaja pulang ke tanah air daripada bercuti di luar negara pada awal Januari 2020.

“Pucuk pimpinan parti boleh kekalkan jawatan politik masing-masing, namun saya kekal dengan maruah dan integriti saya,” katanya.

Sebelum ini, berdasarkan sepucuk surat ditandatangani Mohamed Apandi Ali yang tersebar, Hishammuddin merangkap Ketua UMNO Bahagian Sembrong perlu memberi penjelasan kepada Lembaga Disiplin UMNO menerusi satu sesi pendengaran di Ibu Pejabat UMNO, Kuala Lumpur pada hari ini.

Hishammuddin didakwa melanggar Fasal 20.8 (b), (c ), dan (f) Perlembagaan UMNO dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO, dan jika didapati benar, Ahli Parlimen Sembrong itu boleh dihukum di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memaklumkan tiada sebarang tindakan lanjut akan diambil terhadap Hishammuddin.

Kata Ahmad Zahid, kes berkenaan selesai sepenuhnya dan menegaskan surat tunjuk sebab yang tersebar itu tidak sah. – Sinar Harian


JABATAN Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memohon kerjasama masyarakat supaya lebih peka dan berani bertanyakan latar belakang mana-mana individu yang tampil mewakili sesebuah pusat tahfiz bagi mengutip derma.

Tindakan itu sekali gus membolehkan masyarakat mengesan pihak yang cuba mengambil kesempatan mengumpul derma menggunakan nama agama.

Biarpun menderma itu satu amalan yang terpuji, namun masyarakat disaran tidak mudah menghulurkan wang kepada pihak terbabit kerana ia seumpama menggalak dan menyuburkan aktiviti tidak bertanggungjawab sindiket penipuan mengutip derma itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAINJ, Halid Sono berkata, masyarakat diharap dapat memaklumkan dengan segera kepada pihak berkuasa agama itu sekiranya didatangi individu mengutip derma menggunakan nama pusat tahfiz yang mencurigakan.

Katanya, biarpun pihaknya sentiasa menjalankan operasi rondaan dan pemantauan, namun pergerakan individu yang menyalahgunakan nama pusat tahfiz bagi mengutip derma itu disertakan dengan modus operandi yang licik.

“Sekiranya masyarakat awam melihat ada orang yang disyaki dengan penampilan yang menampakkan seperti pelajar yang datang mewakili pusat tahfiz dengan mencurigakan, segera menghubungi pihak berkuasa agama.

“Kita adakan rondaan namun, tidak mampu pantau keseluruhannya satu negeri, kerana sindiket ini bergerak dengan modus operandi yang begitu licik.

“Kita harap masyarakat selain berkongsi di media sosial, sila hubungi kami supaya tindakan dapat diambil segera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Semalam, tular video ‘perangkap’ dimuat naik seorang pengguna media sosial yang bertanyakan beberapa soalan asas berkaitan solat kepada seorang individu yang didakwa menyamar pihak daripada pusat tahfiz untuk membuat kutipan derma.

Dalam video yang dimuat naik, jelas kelihatan lelaki terbabit tidak dapat menjawab soalan diberikan perakam video yang bertanyakan berapa rakaat solat Asar dan Zohor selain gagal membaca niat solat Asar.

Lelaki yang berkopiah di dalam video itu kemudian meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya, selain berterus-terang tidak solat serta menipu dengan ‘menjual’ agama menggunakan nama pusat tahfiz.

“Kalau ada sesiapa kutip derma atas nama tahfiz ke, sekolah agama ke, cer (cuba) tanya rukun Islam, rukun Iman ke, solat ke, baru kita tahu dia tu betul ke tipu. Suruh lafaz syahadah dulu. Haru biru,” catatan pada muat naik berkenaan.

Ditanya mengenai video berkenaan, Halid berkata, pihaknya tidak ada menerima aduan rasmi dibuat pengadu.

“Secara rasminya mengenai video berkenaan, kita tidak ada menerima aduan,” katanya.

Oleh itu, pihaknya berharap mendapat kerjasama masyarakat dalam penyaluran maklumat tertentu.

“JAINJ sering adakan rondaan dan jika terserempak memang kita terus periksa dan ‘angkut’ mereka. Tetapi, ada masa kita tidak jumpa, jadi orang awam yang jumpa maklum segera pada kita,” katanya.

Halid menasihatkan masyarakat Islam khususnya, supaya memeriksa latar belakang atau meminta individu terbabit mengemukakan surat kebenaran tauliah dikeluarkan JAINJ.

“Surat tauliah ini jika mereka terima dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pun, tetapi bila mereka mahu masuk mengutip derma di Johor, perlu ada surat kebenaran JAINJ.

“Tetapi, kalau mereka kata itu surat tauliah dari JAINJ pun, perlu juga waspada, kadang-kala ada yang menggunakan gambar palsu dan surat palsu bagi mengelirukan orang ramai," katanya.

Untuk rekod, sepanjang tahun ini, dari Januari hingga Disember, JAINJ sudah menahan seramai 35 orang atau kes kutipan wang khairat tanpa tauliah atau kebenaran JAINJ.

Berdasarkan Fasal 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 ada menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang tanpa kebenaran nyata dan jika didapati bersalah, boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, beliau sendiri menerusi JAINJ akan menandatangani surat kebenaran khas untuk diberikan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat kutipan derma sekiranya membabitkan pembinaan masjid atau surau.

Katanya, orang ramai yang didatangi mana-mana pihak yang membuat kutipan derma menggunakan nama pusat tahfiz digalakkan meminta pihak terbabit mengemukakan surat kebenaran berkenaan untuk semakan.

“Sebarang kutipan derma yang membabitkan kegunaan pembinaan masjid atau surau perlu ada surat kebenaran khas yang diberikan sebagai tauliah yang saya tandatangani.

“Ia (isu ini) tidak membabitkan sebarang pusat tahfiz. Orang ramai boleh membuat pengaduan dan bertanyakan surat atau permit khas mengutip derma dari mana-mana individu yang bergerak di merata tempat ini,” katanya.



PUTRAJAYA – Sebuah agensi sempadan diwujudkan bagi mengawal, memperkukuh dan mempertingkatkan piawaian pengoperasian dan keselamatan di sepanjang sempadan negara.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan mengenai penubuhan badan tunggal mengawal pintu masuk negara diterima kerajaan yang menyarankan penubuhannya dilakukan secepat mungkin.

“Kalau boleh dalam tempoh dua tahun akan datang perkara berkaitan penubuhan agensi sempadan diselesaikan dan penubuhannya dimuktamadkan.

“Perkara ini dibincangkan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan saya berusaha menyegerakan penubuhannya,” katanya.

Muhyiddin berkata, ketika ini pengurusan sempadan negara dikendalikan 28 badan, pertubuhan, persatuan dan syarikat yang dilihat menjadi antara faktor kesesakan dan kelewatan dalam pengurusan hal ehwal sempadan negara.

Katanya, cadangan penubuhan badan tunggal itu melalui proses kajian dalam tempoh enam hingga 12 bulan oleh perunding yang dilantik Mac depan dengan mengambil kira semua keperluan meliputi kewangan, sumber manusia, logistik dan akta berkaitan.

Berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Kajian Cadangan Penubuhan Badan Tunggal Menjaga Sempadan Negara dan Pintu-Pintu Masuk Termasuk Pelabuhan 3 Julai lalu, KDN dipertanggungjawabkan sebagai urus setia perlu melaksanakan kajian meliputi tiga domain utama iaitu darat, udara dan laut dengan fokus awal kepada domain darat.

Sehubungan itu, KDN sedia mempelajari pengalaman Amerika Syarikat dalam soal penubuhan agensi tunggal mengawal pintu masuk negara seperti yang dilaksanakan di Singapura dan Australia.

Muhyiddin berkata, jika ditubuhkan badan tunggal itu meningkatkan penyelarasan proses pemeriksaan secara efisien melalui satu kaedah penyuraian dalam mempertingkatkan aspek keselamatan selain memudah cara perdagangan.

Kesungguhan kerajaan memperkukuhkan keselamatan kawalan sempadan negara dibuktikan apabila hal itu diangkat menjadi satu daripada teras khusus dalam Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad Oktober lalu.

Tumpuan KDN pada 2019 terarah kepada mengurus serta menangani isu kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, Johor, yang masih berlarutan.

Bagi tujuan itu, Muhyiddin berkata, satu Jawatankuasa Penyelarasan Keputusan Bagi Menangani Kesesakan Tambak Johor ditubuhkan kerajaan dengan beliau sendiri selaku pengerusi.

Jawatankuasa itu mengemukakan 23 inisiatif bagi mengatasi masalah kesesakan yang dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Antaranya mengubah suai dan menaik taraf bangunan CIQ, menambah peralatan sistem kawalan pintu masuk seperti Malaysian Automated Clearance System (MACS) dan M-Bike dan memobilasi pegawai bertugas di kaunter tidak sesak ke kaunter sesak dan pembukaan laluan kontra di laluan kereta ketibaan.

Komitmen dalam menangani isu permasalahan rakyat itu diserlahkan apabila kerajaan meluluskan peruntukan RM85 juta bagi tujuan itu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, 11 Oktober lalu.



POTONG elaun ahli politik dan menteri, bukan elaun kritikal doktor, ahli farmasi serta jururawat muda.

Itu saranan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tidak bersetuju dengan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) mulai Januari 2020 bagi penjawat awam 33 Skim Perkhidmatan Kritikal yang baharu dilantik.

Menteri itu menerusi rakaman video di Twitter rasminya berkata, tindakan pemansuhan elaun kritikal itu tidak wajar khusus bagi doktor dan jururawat muda.

“Saya bantah pekeliling baru JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) membabitkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.

“Sebagai permulaan, saya akan memotong pendek cuti tahunan saya, dan akan memulangkan setiap sen duit yang diterima sebagai ‘holiday’ elaun. Saya dah kurangkan 10 peratus dari gaji saya dan akan pastikan yang lain akan kurangkan juga sehingga masalah ini selesai,” katanya.

Malah, pandangan Syed Saddiq yang meminta pemotongan elaun ahli politik dan menteri berbanding elaun kritikal itu mendapat pujian netizen yang menganggap hanya menteri itu memahami bebanan dan keluhan anak muda.

Syed Saddiq berkata, tindakan pemansuhan itu dianggap satu penganiayaan kepada mereka yang sememangnya sudah bekerja lebih masa dengan gaji yang kurang daripada kadar sepatutnya.

“Saya tahu perkara ini kerana baru saja melalui pembedahan apendisitis di hospital kerajaan yang berikan rawatan terbaik kepada semua rakyat Malaysia.

“Ini berkenaan anak muda dalam sektor kerajaan, kita patut membela mereka dan tidak menganaktirikan kerana ini adalah tanggungjawab bersama,” katanya.



MARANG - Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM10 juta bagi bantuan kelengkapan persekolahan kepada lebih 80,000 penerima pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan itu menyasarkan golongan yang kurang berkemampuan, khusus untuk memasuki sesi persekolahan baharu tidak lama lagi.

"Agihan bantuan itu sedang berjalan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kita jangkakan ia akan selesai minggu ini, sebelum sesi persekolahan bermula," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Agihan Bantuan Musim Tengkujuh di Masjid Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Tun Faisal Tun Abd Razak dan Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris.

Sementara itu katanya, seramai 525 penduduk di DUN Rhu Rendang menerima bantuan musim tengkujuh, berupa wang tunai dan barangan keperluan harian seperti beras.

"Pada musim tengkujuh ini, ada sebilangan penduduk yang terjejas seperti golongan nelayan. Jadi bantuan ini diharap akan membantu meringankan belanja dapur mereka.

"Peruntukannya sekitar RM50,000 untuk DUN Rhu Rendang sahaja, ia sebagai bantuan sementara untuk mereka.

"Bagi keseluruhan Terengganu, kita masih menunggu berapa ramai yang terkesan kerana setakat ini tiada kerosakan dan kemalangan jiwa. Kita akan tunggu sehingga penghujung musim tengkujuh untuk menilai bentuk bantuan dan jumlah yang mungkin diterima mangsa yang terlibat," katanya.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/63662/EDISI/Terengganu/Terengganu-peruntuk-RM10-juta-bantuan-persekolahan



Naib Presiden PKR, Tian Chua meminta semua pihak bertenang berhubung isu pengenalan Jawi dalam subjek Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah vernakular.

Dalam satu kenyataan bahasa Cina semalam, Chua menyambut baik keputusan Dong Zong mematuhi perintah mahkamah agar tidak mengadakan kongres untuk membincangkan Jawi hari ini.

Beliau berkata, Dong Zong dan NGO lain masih boleh membincangkan isu itu melalui cara lain seperti dialog dan perbincangan.

Chua berkata beliau memahami kebimbangan mengenai isu Jawi namun menegaskan pembelajaran tulisan Melayu yang berasal dari Arab itu tidak akan menjejaskan budaya Cina atau Tamil yang telah berusia ribuan tahun.

"Membenarkan kanak-kanak untuk belajar huruf asas jawi dan kaligrafi khat, pasti tidak akan memberi kesan kepada 5000 tahun budaya Cina, dan 2,000 tahun sejarah Tamil.

"Aspek budaya dan kewujudan bersama pelbagai aliran pendidikan telah wujud selama bertahun-tahun di negara kita, dan ia hanya akan memperkayakannya.

"Pembelajaran banyak bahasa tidak akan mengancam pembangunan pendidikan bahasa ibunda," katanya.

Kementerian Pendidikan menetapkan pengajaran tulisan Jawi hanya akan dilaksanakan dengan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa murid.

Bagaimanapun Dong Zong bertegas mahu Lembaga Pengelola Sekolah dilibatkan dalam proses membuat keputusan berhubung pengajaran itu, yang dijadual dimulakan tahun depan untuk murid tahun empat.



KUALA LUMPUR – Warga maya hairan apabila ada dalam kalangan menteri Kabinet menyuarakan bantahan serta saranan di media sosial berhubung keputusan kerajaan memansuhkan elaun kritikal penjawat awam seolah-olah mereka baru tahu mengenainya.

Mereka juga tertanya-tanya sama ada keputusan tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan diputuskan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada menteri-menteri.

Tidak kurang juga bertanya adakah keputusan tersebut ada kaitan dengan daulah terpendam di mana kononnya JPA sengaja membuat keputusan yang dilihat mensabotaj kerajaan Pakatan Harapan.

Pemansuhan elaun kritikal penjawat awam dibantah oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tampil menerusi satu video di laman Twitter semalam.

Ahli Parlimen Muar itu menyifatkan langkah tersebut sebagai tidak wajar dilaksanakan bagi profesion doktor dan jururawat yang bertungkus lumus membantu pesakit.

Turut membangkitkan isu tersebut Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Mereka meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi penjelasan tentang keputusan memansuhkan elaun kritikal itu.

Antara komen netizen:

@naemahl
Yb Syed Saddiq kata lain..bukan masalah tak tau nih..rasanya tiada perbincangan dan ada sesuatu dengan perlaksanaan yang sebegini samada dari pihak JPA atau KKM sendiri..pelik ahh.

@a7ahari
Dr., saya fikir bila hendak buat satu keputusan penting biar la bincang dengan semua pihak terlibat dulu. Bila sudah ada persetujuan, baru dihebahkan. Baru nampak professional. Terima kasih.

@sfakirullah
Why “Aduuh?” I thought you’re a minister? Takkan baru tahu kut.

@drhafidzhasan
You are not doing your job just by saying ‘aduh’. Please kindly stood up for KKM staffs (thats your job!). Please be relevant lah mansuhkan allowance tapi allowances menteri pun hmmm.

@itsdrsalam
YB tolong perjuangkan nasib young doctors. Sara hidup makin tinggi. Kerja tak berkurang tapi elaun dipotong.

@rharun88
Kalau terbukti benar ianya berita sahih! Maka kami amat kecewa dengan berita ini! Tetapi kalau ianya perbuatan ‘daulah terpendam’ dari dalam kementerian YB atau JPA…tindakan keras harus dikenakan. Ini menjejaskan prestasi kerajaan PH.

@livingwithiv
Hmm…kabinet yang buat keputusan..JPA disalahkan.. JPA tak buat keputusan sesuka hati tanpa persetujuan. – MalaysiaGazette



KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohammad bersetuju menangguhkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi penjawat awam 33 Skim Perkhidmatan Kritikal.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata perkara itu dipersetujui dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Mengumumkan perkara itu menerusi rakaman video di laman Twitter rasminya, Syed Saddiq berkata, Dr. Mahathir juga setuju untuk membincangkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pertama tahun hadapan.

“Sebentar tadi saya berbincang dengan Perdana Menteri berkenaan isu elaun kritikal dalam pekeliling baharu JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

“Alhamdulillah, Perdana Menteri bersetuju untuk menangguhkan pekeliling JPA yang baharu mengenai elaun kritikal dan Kabinet akan bersama-sama membincangkan isu ini pada Mesyuarat Kabinet yang pertama pada Januari depan,” katanya.

Syed Saddiq turut memberi jaminan untuk terus memastikan suara doktor, jururawat dan anak muda dalam sektor kerajaan tidak diabai atau dianaktirikan.

JPA menerusi satu pekeliling yang dikeluarkan Jumaat minggu lalu, antara lain mengumumkan bakal memansuhkan lapan elaun bermula tahun hadapan.

Ia termasuk BIPK, Bayaran Insentif Angkat Najis, Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Keraian kepada Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan serta beberapa elaun lagi.

Langkah itu mendapat bantahan banyak pihak termasuk Syed Saddiq yang menyarankan supaya elaun ahli politik dan menteri yang dipotong, bukannya elaun kritikal doktor, ahli farmasi serta jururawat muda.

Sebagai permulaan, Syed Saddiq turut memendekkan cuti tahunan dan memulangkan peruntukan yang diterima sebagai elaun percutian, selain mengurangkan 10 peratus gajinya. – BH Online


SIK – Muafakat Nasional yang disepakati antara PAS-UMNO berjaya merapatkan jurang antara dua parti itu yang secara tradisinya adalah musuh politik sejak berzaman.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Noor berkata, penerimaan ahli PAS terhadap UMNO kini semakin baik dan positif ke arah pembentukan kerajaan, sekiranya berjaya merampas kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, pihaknya juga percaya Muafakat Nasional di Kedah berjaya menenggelamkan pengaruh kerajaan Pakatan Harapan (PH) diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Ramai yang pelik, bagaimana PAS-UMNO sekarang macam adik-beradik, sebelum ini musuh ketat. Kita harus berlapang dada menerima kebaikan.

“Selepas tewas PRU14, UMNO tidak lagi sombong dengan kuasa, malah mereka terima pendekatan politik Islam dibawa PAS, dan pinda perlembagaan dengan meletakkan Islam sebagai keutamaan, ini yang mendekatkan lagi UMNO dan PAS,” katanya selepas Majlis Mahabbah Muafakat Nasional di Padang Batu 2, Sungai Pau, malam semalam.

Muhammad Sanusi berkata, ahli parti bukan ‘pak turut’ yang hanya menerima arahan Presiden PAS untuk menerima UMNO, sebaliknya ahli mencontohi sikap kepimpinan dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam berpolitik.

“PAS dan UMNO adalah parti Melayu, kerjasama ini kini diterima baik semua peringkat parti, termasuk golongan otai PAS.

“Fitrah manusia suka berbaik, melainkan ada penyakit hati. Malah, di kampung kita berkawan sejak zaman kanak-kanak, dan hanya dipisahkan oleh ideologi politik masing-masing,” katanya.

Menurutnya, ahli PAS bersedia menerima ahli UMNO atas dasar Islam yang menuntut kerjasama dalam melaksanakan kebaikan dan mencegah keburukan.

“Program di kampung kini meriah, lebih 40 tahun aktiviti dua parti ini dianjur berasingan disebabkan ideologi politik berbeza, sana kawasan PAS, sini kawasan UMNO.

“Kenduri pun tak jemput, kecuali rakan lama. Masjid pun pilih sebab tak mahu sertai jika anjuran parti tertentu, ini semua sudah sejarah,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, kini pendekatan baharu diambil demi kesatuan orang Melayu bawah Muafakat Nasional, dengan mengenepikan kepentingan peribadi mahupun parti.

“Inilah rahmat yang datang bersama gabungan ini, perpaduan saja yang dapat menjamin keharmonian, muafakat, peduli jiran, saling menasihati serta menjaga harta benda.

“Saya bangga melihat program PAS-UMNO ini yang merupakan acara pertama dalam tempoh 45 tahun, mendapat kerjasama erat dua parti,” katanya.

Menurutnya, program anjuran PH Kedah didakwa semakin kurang mendapat sambutan, kecuali acara rasmi kerajaan negeri dihadiri wakil jabatan.

“Difahamkan, dana Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) pun sekadar diadakan sukaneka kanak-kanak dan kenduri tanpa pengisian bermanfaat, ini suatu pembaziran,” katanya. – Sinar Harian



PRK KIMANIS | Dua anak bekas Menteri Luar dan ahli parlimen Kimanis, Anifah Aman, tidak akan termasuk dalam senarai untuk dipertimbangkan Umno Sabah sebagai calon pembangkang dalam PRK akan datang.

Dengan perkembangangan terbaru itu kini ada tiga nama yang akan disaring oleh Umno untuk dipertaruhkan bagi memenangi kerusi parlimen berkenaan.

Pembantu Anifah, Norhaidi Che Dan, berkata dua anak ahli parlimen veteran itu - Ahmad Firdaus dan Ahmad Zachry - tidak berminat untuk bertanding dalam PRK berkenaan.

Seperti dipetik portal Free Malaysia Today, Norhaidi berkata Ahmad Zachry - menjadi anggota biasa Umno - bukan seorang ahli politik, manakala Ahmad Firdaus - kini menjadi ketua Pemuda Umno Kimanis - tidak berminat.


Tiga nama yang dipertimbangkan ketika ini ialah Adun Bongawan merangkap Ketua Umno Kimanis, Mohamad Alamin; Anifah; pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Saat Awag Damit; dan bekas pegawai daerah Ahmad Gais.

Umno Sabah dijangka mengumumkan calon mereka pada 1 Jan ini.

Untuk rekod Anifah menjadi ahli parlimen Kimanis sejak pilihan raya umum (PRU) ke-11 pada 2004 dan mempertahankannya pada 9 Mei tahun lalu dengan kelebihan 156 undi.


Bagaimanapun kejayaan PH menguasai Putrajaya pada PRU ke-14 lalu menyaksikan Anifah meninggalkan Umno dan menjadi ahli parlimen bebas mulai Dis 2018.

Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya untuk membatalkan kemenangan Anifah dalam PRU lalu.

Menurut lima hakim - diketuai Ketua Hakim Negara Maimun Tuan Mat - yang mendengar rayuan tersebut Mahkamah Pilihan Raya tidak membuat khilaf dan memang terdapat percanggahan dalam proses pilihan raya berkenaan selain wujud pelbagai pelanggaran undang-undang yang memberi kesan kepada keputusannya.

Pada awalnya ada spekulasi timbul mendakwa Anifah mempertimbangkan kemungkinan untuk cuba mempertahankan kerusi berkenaan dengan bertanding menggunakan tiket Parti Bersatu Sabah (PBS).


PRK KIMANIS | Presiden MCA Wee Ka Siong menggesa agar semangat perjuangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai akan diteruskan dalam PRK Kimanis.

Menerusi hantaran di Facebook petang ini, Wee berkata beliau telah berbincang mengenai persiapan PRK Kimanis dengan pemimpin-pemimpin MCA Sabah malam tadi.

"Saya dan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon telah diberi taklimat serta dimaklumkan mengenai perancangan program sepanjang kempen oleh Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung dan Pengerusi MCA Bahagian, Kimanis Ricky Liew Seng Kee.

"Walaupun jumlah pengundi Cina di Kimanis tidak ramai iaitu hanya sekitar 1,000 orang, tapi setiap undi itu adalah penting dan sangat dihargai oleh BN.

Iklan
"Kita akan pastikan pengundi pelbagai kaum di Kimanis akan terus memberi sokongan kepada BN. Semangat perjuangan BN di PRK Tanjung Piai akan diteruskan di Kimanis demi kemenangan mutlak BN," kata Wee yang mengakhiri catatannya dengan tanda pagar #HidupBNDemiRakyat dan #PRKKimanisTolakWarisan.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini membatalkan keputusan pilihan raya umum bagi kerusi Kimanis pada 2 Disember lalu.

Pada PRU14, Anifah Aman memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti tipis 156 undi.

Beliau mendapat 11, 942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan Karim Bujang dari Parti Warisan Sabah (11,786 undi) dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail (1,300 undi).

Bagaimanapun Anifah mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan pada PRK ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 4 Januari dan pengundian awal pada 14 Jan, manakala tarikh mengundi pada 18 Jan.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 1 Jan, dengan sumber mendakwa Ketua bahagian Umno Kimanis, Mohamad Alamin dikatakan calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan.


Haspaizi Zain


PRK KIMANIS | BN akan mengumumkan calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada awal tahun baru 2020.

Pengerusi Umno Sabah, Bung Mokhtar Radin, berkata pihaknya sudah memiliki senarai calon berpotensi bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

"Soal calon belum saya putuskan lagi, saya ada banyak senarai calon yang berpotensi untuk dicalonkan

"1 Januari 2020 saya akan umumkan nama calon BN bagi PRK Kimanis," katanya kepada Malaysiakini.

Mahkamah Persekutuan 2 Dis lalu, menolak rayuan bekas Menteri Luar Anifah Aman untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 16 Ogos lepas bahawa kemenangannya di Kimanis pada PRU ke-14 lalu tidak sah dan terbatal.

Keputusan itu dibuat selepas hakim mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Calon Parti Warisan Sabah, Karim Bujang, memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah.

Pada PRU lalu Anifah memenangi kerusi Parlimen Kimanis hanya dengan majoriti 156 undi.

Beliau memperolehi 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Karim yang mendapat 11,786 undi manakala calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail, yang menerima 1,300 undi.

Anifah yang telah meninggalkan Umno sebelum ini dikaitkan dengan khabar angin akan kembali mempertahankan kerusi berkenaan atas tiket BN.

Selain Anifah, ada juga spekulasi mengatakan Umno akan mempertaruhkan anaknya, Ahmad Zachry, untuk bertanding di kerusi itu atas tiket BN.

Bagaimanapun Anifah pada 19 Dis lalu mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, tetapi berikrar akan kembali semula pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

"Ini adalah detik emosi bagi saya untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ini.

"Saya percaya bahawa kecuaian Suruhanjaya Pilihan Raya telah menyusahkan rakyat di Kimanis dan pembaziran wang pembayar cukai.

"Saya akan bertanding semula di Kimanis pada PRU15," kata Anifah dalam satu kenyataan.


oleh: Dr Kamarul

Hari ini, mulai jam 1030 pagi, berlangsung Kongres Jawi Kebangsaan di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.

Selalunya kongres yang menggunakan tema tertentu adalah bertujuan untuk memartabatkan tema yang digunakan itu.

Tetapi lain halnya dengan Kongres Jawi Kebangsaan yang bukan mahu memartabatkan jawi tetapi untuk menentang jawi.

Semua ahli panelnya adalah penentang jawi dan tidak seorang pun yang berpengetahuan mengenai jawi, iaitu:
1. Penasihat MAJU dan ahli akademik, Dr Tajuddin Mohd Rasdi.
2. Pengasas MAJU dan peguam, Siti Kasim.
3. Setiausaha SEKAT dan Pengarah Operasi HINDU Service Centre, Arun Dorasamy.
4. Pengerusi JKPJ KL & Selangor Majlis Bahasa Cina, Eddie Heng Hong Chai.
5. AJK Terabai Kenyalang Heritage Association, Bobby Williams.
6. Wakil PIBG SJK Tamil, Dayalan.

Kongres Jawi Kebangsaan seharusnya bertujuan untuk memartabatkan jawi dan disertai oleh ahli panel yang berpengetahuan mengenai jawi, bukan untuk memperolok-olokkannya.

Apatah lagi bila mahkamah sendiri telah memutuskan bahawa jawi adalah sebahagian daripada bahasa kebangsaan maka martabat jawi ini tidaklah boleh direndah-rendahkan.

Begitupun, penganjurnya, Seni Khat Action Team (SEKAT) dan Malaysian Action for Justice and Unity (MAJU), adalah NGO picisan yang mencari publisiti murah sahaja.

Biarkanlah mereka dengan publisiti murah mereka itu.


Tuanku Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah telah memulakan langkahnya untuk memperkasakan tulisan jawi.

 Menerusi ciapan di Twitter rasmi, baginda bertitah akan mula menggunakan tulisan jawi dalam setiap hantaran di laman Twitter baginda.

 “Mulai hari ini saya akan menulis dalam jawi dalam twitter memperkasakan tulisan jawi warisan kita” titah Tuanku Azizah. Langkah baginda nampaknya menerima sokongan padu rakyat yang rata-rata memuji tindakkan baginda menulis dalam jawi demi memperkasakan tulisan jawi yang merupakan warisan negara.




1) Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula. Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan

2) Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah. Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang

3) RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu. Harga di Sabah, Sarawak, Labuan Kekal. Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal

4) Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan. Tiada saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS)

5) Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso. Majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

6) Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama. Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama

7) Sistem cukai petak di Kuala Lumpur. Pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Jan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal

8) Cukai perkhidmatan digital 6% dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital asing. Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital

9) Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan (Tingkatan 4). Pelajar Tingkatan Empat tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka

10) Rakyat Sarawak nikmati air percuma. Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma, menurut Kementerian Utiliti

11) RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka. Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1

12) Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir. Kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua bayi yang lahir

13) Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha kedai makan. Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan

14) Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis. Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang dikuatkuasakan

15) Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai. Pulau Pangkor dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai kecuali minuman keras

16) Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan. Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00

17) Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta

18) Program Subisidi Petrol (PSP) bersasar. Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap 4 bulan sekali. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal

19) Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso. Golongan karyawan merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya berpeluang menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi insurans mereka

20) Levi pelbagai peringkat untuk pekerja asing meliputi semua sektor. Pelaksanaan itu mengambil kira aspek integrasi data serta kesediaan pihak kerajaan dan majikan di bawah sektor formal, khususnya pertanian dan pembuatan

21) Hanya isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor. Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020.



oleh: Aminuddin Yahya

Pihak berkuasa tempatan (PBT) terbahagi kepada tiga kategori iaitu majlis bandar raya, majlis perbandaran dan majlis daerah. PBT berkuasa dalam mengeluarkan lesen-lesen, mengenakan cukai-cukai tertentu, merancang dan menguruskan bandar, membina kemudahan-kemudahan awam, unit-unit perdagangan dan perumahan dan pelbagai lagi.

Majlis bandar raya adalah kawasan pusat pentadbiran sesebuah negeri yang mempunyai penduduk melebihi 500,000 orang dan mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM100 juta setahun.

Majlis perbandaran pula adalah bandar utama atau pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah yang mempunyai penduduk melebihi 150,000 orang dan mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM20 juta setahun.

Jangan kita pandang remeh agenda DAP yang mahu melaksanakan pilihan raya PBT berbanding sistem sekarang iaitu jawatan yang dipertua (YDP) dan datuk bandar melalui sistem lantikan dari kalangan penjawat awam.

Jika pilihan raya PBT dilaksanakan, maka institusi PBT akan dicemari dengan campur tangan politik kepartian kerana semestinya parti-parti politik akan masuk bertanding. Akhirnya, jawatan-jawatan PBT akan menjadi seperti Adun dan ahli parlimen yang direbut-rebut oleh politikus. Jadi, semakin menebal dan pekatlah cengkaman politik kepartian di negara kita.

Selain sistem ini merugikan kita, sebenarnya ada mudarat yang lebih besar kerana DAP punyai agenda dan misi yang sangat besar. Jangan dilupa, MCA juga menyokong cadangan ini walaupun mereka tidak berkuasa. Mengapa? Semestinya ini kerana mereka melihat ini sebagai peluang untuk menguntungkan kaum mereka. MCA dan DAP berpolitik dan berstrategi untuk kepentingan dan agenda kaum, bukannya parti semata-mata.

Sekarang ini, majoriti YDP atau datuk bandar PBT di seluruh Malaysia dilantik dari kalangan Muslim atau sekurang-kurangnya bukan ahli mana-mana parti, termasuklah kawasan-kawasan yang dikatakan sebagai 'totok DAP/PH'.

Demografi penduduk adalah faktor penting bagi mencongak siapakah mampu memenangi sesebuah pilihan raya, termasuklah pilihan raya PBT. Berikut merupakan PBT yang pasti dikuasai secara langsung atau tidak langsung oleh DAP jika sistem ini berjaya dilaksanakan (menurut data bancian terkini):

1. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur
Datuk Bandar (kini): Norhisham Ahmad Dahlan
Jumlah penduduk: 1,588,750
Peratusan penduduk bumiputera: 45.9%

2. Majlis Bandar Raya Ipoh
Yang Dipertua (kini): Ahmad Suaidi Abdul Rahim
Jumlah penduduk: 657,892
Peratusan penduduk bumiputera: 39.8%

3. Majlis Bandar Raya Petaling Jaya
Yang Dipertua (kini): Mohd Sayuthi Bakar
Jumlah penduduk: 613,977
Peratusan penduduk bumiputera: 46.2%

4. Majlis Banda Raya Iskandar Puteri
Yang Dipertua (kini): Salehuddin Hassan
Jumlah penduduk: 529,074
Peratusan penduduk bumiputera: 38.8%

5. Majlis Perbandaran Kluang
Yang Dipertua (kini): Mohd Rafi Abdullah
Jumlah penduduk: 167,833
Peratusan penduduk bumiputera: 47.1%

6. Majlis Bandar Raya Pulau Pinang
Yang Dipertua (kini): Yew Tung Seang
Jumlah penduduk: 708,127
Peratusan penduduk bumiputera: 33.7%

7. Majlis Perbandaran Teluk Intan
Yang Dipertua (kini): Azizan Abd Muin
Jumlah penduduk: 128,143
Peratusan penduduk bumiputera: 38.8%

8. Majlis Perbandaran Sibu
Yang Dipertua (kini): Tiong Thai King
Jumlah penduduk: 162,676
Peratusan penduduk bumiputera: 35.7%

9. Majlis Bandar Raya Kuching Selatan
Yang Dipertua (kini): James Chan Khay Syn
Jumlah penduduk: 159,490
Peratusan penduduk bumiputera: 36.4%

10. Majlis Perbandaran Subang Jaya

Yang Dipertua (kini): Noraini Roslan
Jumlah penduduk: 708,296
Peratusan penduduk bumiputera: 42.3%

Timbul persoalannya di sini, adakah kita reda dengan langkah halus menggantikan ketua-ketua PBT kepada ahli politik terutamanya dari DAP? Dan apakah jaminan PBT yang dikuasai oleh mereka ini tidak akan bertindak sewenang-wenangnya terutamanya dalam isu-isu maksiat dan yang menyentuh sensitiviti masyarakat? Kita semua kenal bahawa DAP memang terkenal dengan provokasi yang berkaitan dengan sensitiviti masyarakat.

Adakah kita reda jika penjawat-penjawat awam yang berkelayakan ini akhirnya digantikan dengan ahli-ahli politik yang kebanyakannya tidak ada kelayakan dari segi pendidikan dan pengalaman pun.

Melihat kepada sejarah dan rekod DAP dalam pilihan-pilihan raya yang terdahulu, DAP memang mendapat sokongan yang kuat dan telah menang selama berpenggal-penggal di hampir semua kawasan tersebut. Pastinya kerusi DUN dan parlimen sahaja tidak cukup. Mereka rakus dan tamak, sentiasa mahukan lagi dan lagi.

Peranan dan bidang kuasa PBT juga adalah besar dan penting yang tidak ada pada wakil-wakil rakyat seperti kuasa memberikan lesen perniagaan dan sebagainya. Pastinya DAP mahukan kuasa-kuasa tersebut.

Ini belum lagi diambil kira PBT di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh parti komponen Pakatan Harapan yang lain, yang mempunyai majoriti tipis penduduk bumiputera kerana pasti ada 'bahagian' atau 'habuan' yang tertentu buat 'abang besar' iaitu DAP.

AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).



BANK Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan sehingga lima lesen kepada pemohon yang layak untuk menubuhkan bank digital sama ada perbankan konvensional atau secara Islam di Malaysia.

Bank pusat itu berkata, pihaknya mengeluarkan Draf Dedahan Rangka Kerja Pelesenan bank digital sebagai sebahagian daripada langkah yang dilaksanakan untuk membolehkan penggunaan teknologi yang inovatif dalam sektor kewangan.

“Draf dedahan itu menggariskan rangka kerja yang dicadangkan bagi pelesenan bank digital yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan untuk menangani jurang pasaran dalam segmen kurang dan tidak mendapat perkhidmatan kewangan.

“Penubuhan bank digital ini dijangka dapat memberikan akses yang lebih bermakna kepada pengguna kewangan untuk mendapatkan solusi kewangan bersesuaian dan termampu serta menggalakkan penggunaan produk kewangan yang lebih bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut BNM, ia menerima pakai pendekatan yang seimbang untuk membolehkan kemasukan bank digital dengan tawaran nilai yang kukuh serta memelihara integriti dan kestabilan sistem kewangan serta menjaga kepentingan pendeposit, dengan mengambil kira bahawa bank digital sedemikian masih belum beroperasi dalam kitaran kewangan dan ekonomi sepenuhnya.

Bagi mencapai hasil yang dikehendaki, BNM berkata, ia telah menetapkan had ke atas aset kumulatif yang boleh dijana tidak melebihi RM2 bilion pada tiga hingga lima tahun awal operasi.

“Tempoh yang ditetapkan berfungsi sebagai ‘fasa asas’ bagi bank digital berlesen untuk menunjukkan daya maju dan kekukuhan operasi mereka, manakala bagi bank, tempoh itu bertujuan memantau prestasi dan sebarang risiko yang mungkin timbul,” katanya.

Katanya, bank digital perlu mematuhi keperluan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), termasuk keperluan berkaitan yang terdiri daripada standard kehematan, pengendalian perniagaan dan perlindungan pengguna serta pencegahan penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

“Sepanjang tempoh asas yang dinyatakan, bank digital berlesen akan tertakluk kepada keperluan pengawalseliaan yang lebih mudah berkaitan kecukupan modal, mudah tunai, ujian tekanan dan keperluan penzahiran awam.

“Berhubung dana modal minimum, bank digital perlu mengekalkan dana modal minimum yang tidak terjejas oleh kerugian RM100 juta sepanjang tempoh fasa asas dan selepas tamat tempoh itu, jumlah yang ditetapkan adalah RM300 juta.

“Draf Dedahan ini akan dikeluarkan bersama-sama dengan Application Procedures for New Licences under FSA and IFSA dan Application Procedures for Acquisition of Interest in Shares and to be a Financial Holding Company untuk memberikan penerangan yang lebih jelas mengenai prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam proses permohonan untuk menjadi pihak yang dilesenkan di bawah FSA dan IFSA,” katanya.

Sehubungan itu, bank pusat mengalu-alukan maklum balas secara bertulis terhadap draf dedahan ini, termasuk bidang yang memerlukan penjelasan lanjut atau cadangan alternatif yang boleh dipertimbangkan.

Maklum balas bertulis perlu disokong oleh alasan yang jelas dan disertakan bukti atau ilustrasi untuk membolehkan pihak bank membuat penilaian dan dihantar selewat-lewatnya pada 28 Februari 2020 menerusi e-mel [email protected]

“Bank akan menilai semua maklum balas yang diterima dan akan memuktamadkan Dokumen Dasar pada separuh pertama 2020. Permohonan untuk mendapatkan lesen akan dibuka sebaik saja Dokumen Dasar dikeluarkan,” katanya.


"Agenda menolak pemerkasaan Bahasa Melayu adalah agenda penjajah dahulu yang ditolak oleh rakyat di sini bersama agenda mengeluarkan penjajah daripada tanah air, bukan sahaja jasadnya termasuk juga segala perancangan yang merosakkan jati diri, khususnya terhadap Islam dan penganutnya.

Maka akan tiba masanya kami boleh mengisytiharkan bahawa mereka yang menimbulkan kebencian terhadap bahasa asal Melayu yang membawa kesan pengaruh Islam di rantau ini adalah saki baki penerusan agenda penjajah baharu, musuh yang wajib diisytiharkan jihad terhadapnya.

Mereka yang mengambil langkah benci terhadap Bahasa Melayu berhuruf Jawi adalah terlampau ekstrem menjadi laksana menjolok sarang tebuan yang sangat besar bencana dan padahnya."

Semua makhluk mengenali kawasan alam sekitar masing-masing, sehingga haiwan yang tidak berakal mengenali habitatnya secara tabii.

Hidupan darat tidak melompat untuk hidup di kawasan air kerana tidak mahu mencari mati. Hidupan laut juga kalau sesat ke sungai air tawar, cepat-cepat pulang ke laut kerana rasa tidak selesa hidup di alam sekeliling yang tidak sesuai dengan kejadiannya.

Malangnya ada manusia yang berakal suka melampau, sehingga melakukan sesuatu di luar alam manusia.

Perlu difahami bahawa kejadian sesama manusia yang dicipta mengikut fitrahnya ada kelainan masing-masing, walaupun satu jenis manusia dan hidup bermasyarakat madani yang bertamadun. Antaranya pelbagai bahasa dan warna kulit:

﴿وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ٢٢﴾

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”. (Surah Ar-Rum: 22)

Peta dunia sejak dahulu kala didiami oleh pelbagai bangsa di atas satu muka bumi ini, bukan sahaja terdapat musim dan suhu yang berbeza, tetapi terdapat juga perbezaan bangsa, bahasa, budaya, agama dan lain-lain, bahkan berbeza selera dalam satu keluarga yang kecil.

Dalam peta zaman dahulu, Rantau Nusantara dikenali dengan nama Alam Melayu, selain ada Benua China dan Benua Keling (benua kecil India, istilah yang digunakan dalam bahasa dahulu) sebelum penduduk di sini mengenali dunia yang lebih luas.

Para ilmuwan mantik menyatakan sifat alam mengalami perubahan seperti perubahan muka bumi dengan sebab tabii atau bencana alam dan perubahan kejadian manusia disebabkan berlaku percampuran bangsa dan bahasa dalam dunia terkini. Sepatutnya kalangan yang betul ilmu pengetahuannya memahami keadaan alam ini di mana negerinya berada dan bumi tempat dia berpijak.

Maka umat Islam yang diajar kuat berpegang dengan ajaran Islam sangat menghormati perbezaan yang tidak boleh dipaksa kepada kejadian manusia, walaupun manusia yang berlainan hidup bersama dalam bermasyarakat majmuk. Inilah sifat yang masih ada dalam diri Bangsa Melayu yang beragama Islam, sehingga menjadikan mereka tidak fanatik perkauman.

Sepatutnya kaum lain menghormati dan mengenang budi terhadap keizinan Bangsa Melayu yang berpijak dahulu di Alam Melayu ini. Kewujudan kaum lain di Tanah Melayu kerana keadaan yang diwujudkan pada zaman penjajahan dahulu.

Tulisan Bahasa Melayu berhuruf Al-Quran adalah warisan asal Bahasa Melayu yang sengaja dirosakkan oleh penjajah dahulu dalam agendanya khusus terhadap umat Islam dan agamanya.

Bahasa Melayu yang berhuruf Jawi dinisbahkan daripada perkataan Jawa, salah satu rumpun Melayu yang terbesar di Nusantara yang telah digunakan dalam bahasa etnik lain di Alam Melayu dengan menggunakan tulisan berhuruf yang sama seperti Bahasa Champa, Tagalog, Acheh, Minang, Banjar dan lain-lain. Selain itu, Bahasa Turki di Asia Tengah, Bahasa Urdu di India, Bahasa Parsi di Iran, Bahasa Swahili di Afrika dan lain-lain juga menggunakan tulisan sama apabila bangsanya menganut Islam.

Namun, penjajah tidak mengacau Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan bahasa lain daripada kaum yang menganut agama bukan Islam.

Maka adalah menjadi kewajipan kepada kaum Melayu berusaha untuk kembali kepada tulisan asalnya yang telah dirosakkan oleh penjajah Barat. Bahkan, kaum lain yang datang ke Tanah Melayu dan telah diberi hak berbahasa mereka sendiri juga berkewajipan mempelajari bahasa Alam Melayu ini. Jangan bersikap fanatik dengan bahasa kaum mereka di negeri asal usul dan berputar melawan arus di Alam Melayu ini.

Ingat bahawa rumpun Melayu yang beragama Islam tidak fanatik, tetapi menjadi hak mereka memperkasakan Bahasa Melayu di Alam Melayu sehingga telah pun berjaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan pelbagai kaum, di samping menjadi Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi negara.

Agenda menolak pemerkasaan Bahasa Melayu adalah agenda penjajah dahulu yang ditolak oleh rakyat di sini bersama agenda mengeluarkan penjajah daripada tanah air, bukan sahaja jasadnya termasuk juga segala perancangan yang merosakkan jati diri, khususnya terhadap Islam dan penganutnya.

Maka akan tiba masanya kami boleh mengisytiharkan bahawa mereka yang menimbulkan kebencian terhadap bahasa asal Melayu yang membawa kesan pengaruh Islam di rantau ini adalah saki baki penerusan agenda penjajah baharu, musuh yang wajib diisytiharkan jihad terhadapnya.

Mereka yang mengambil langkah benci terhadap Bahasa Melayu berhuruf Jawi adalah terlampau ekstrem menjadi laksana menjolok sarang tebuan yang sangat besar bencana dan padahnya.

Allah berfirman menunjukkan sempadan hubungan kami dengan bukan Islam di dalam Al-Quran:

﴿لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ٩﴾

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8); Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah Al-Mumtahanah: 8-9)

Terang lagi bersuluh, bahawa mereka yang menunjukkan penentangan terhadap Bahasa Melayu tulisan Jawi kerana pengaruh Islamofobia terhadap umat Islam yang sedang ditaja oleh musuh Islam di seluruh dunia, walaupun umat Islam sudah lama memperkenalkan konsep tiada paksaan dalam dakwah Islam, dan boleh hidup bersama dalam masyarakat majmuk.

Kami menggalakkan penganut Islam mempelajari pelbagai bahasa dunia termasuk Bahasa Cina dan Tamil, serta tidak memaksa penganut bukan Islam menukar bahasanya setelah masuk Islam. Maka adalah sangat tidak saksama jika mereka menghalang kaumnya mempelajari bahasa kami, lebih malang kalau tidak sedar dirinya berada di Alam Melayu.

Sebenarnya tujuan bahasa untuk menjalinkan hubungan lebih erat dengan masyarakat di Alam Melayu ini. Adalah lebih mudah menerangkan Islam dengan bahasa ibunda masing-masing bagi menarik bukan Islam kepada Islam daripada menggunakan tulisan Jawi. Maka janganlah jadikan satu-satunya sebab masuk Islam kerana tulisan Jawi.

Umat Islam dilarang mencari musuh, bahkan digalakkan berdamai. Tetapi kalau dipaksa berrmusuh, maka diharamkan berundur.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 2 Jamadil Awal 1441 / 29 Disember 2019

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget