Terengganu Lunas Tunggakan Elaun Imam Bilal


KUALA TERENGGANU, 11 November- Kerajaan negeri melunaskan tunggakan elaun berjumlah RM2.9 juta kepada 42 imam dan bilal masjid mukim di negeri ini yang disekat mulai 2004 oleh pentadbiran kerajaan terdahulu akibat salah faham.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, berkata selepas kerajaan negeri meneliti, membuat kajian dan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, salah faham itu diselesaikan secara adil dan bijaksana.

Katanya, keputusannya elaun yang disekat perlu dibayar balik mengikut tempoh perkhidmatan imam dan bilal yang dikenakan tindakan.

"Mereka yang telibat adalah imam dan bilal bertauliah menerima elaun bulanan antara RM700 hingga RM900, tetap meneruskan tanggungjawab sepanjang tempoh sekatan iaitu antara tempoh 2004 sehingga tahun lepas.

"Jumlah bayaran, ada yang menerima serendah RM1, 500 dan ada yang dibayar setinggi hampir RM115,000," katanya.



Beliau berkata demikian pada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Tunggakan Imam dan Bilal Masjid Mukim Negeri Terengganu, Kompleks Seri Iman, di sini, hari ini.

Imam Masjid Kampung Kolam, Kuala Ibai, Ibrahim @ Muda Kh Mamat @ Mohd yang menerima tunggakan elaun RM104,250, berkata dia melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada kerajaan negeri di atas sikap cakna.

Katanya, inshaAllah rezeki yang diperoleh itu akan diagihkan kepada anak dan cucu-cucu, selain mengadakan kenduri kesyukuran.

"Apa yang diterima kami hari ini, kemungkinan di atas sikap sabar dan menganggap setiap tugasan adalah tanggungjawab selain perlu ikhlas kerana Allah," katanya.


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget