PRK Saingan 6 penjuru di Tanjung Piai


Oleh Junita Mat Rasid; Ifwan Tun Tuah; Mohamed Farid Noh dan Mohd Fahmi Mohd Yusof

PONTIAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GERAKAN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua calon Bebas.

Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir, mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu.

Proses penamaan calon tamat pada jam 11 pagi tadi selepas tempoh penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim ditutup pada 10 pagi, disusuli tempoh bantahan selama sejam.

Calon yang diumumkan ialah wakil GERAKAN, Wendy Subramaniam diikuti calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng; calon Bebas, Dr Ang Chuan Lok; calon PH, Karmaine Sardini; Presiden BERJASA, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz dan calon Bebas, Faridah Aryani Abdul Ghafar.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada BERSATU pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Pada PRU-14 Mei tahun lalu, Allahyarham Md Farid memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

PRK Tanjung Piai ini adalah pilihan raya yang kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14 pada Mei tahun lalu.

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget