NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH5,BN4: Tun M dipenghujung kuasa…?


oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Pada PRU ke14 yang lepas, rakyat telah membuat satu perubahan dengan menukar sebuah kerajaan yang telah memerintah negara selama 60 tahun sejak merdeka untuk memberikan satu pengajaran kepada BN bagi mendapat sebuah kerajaan yantg lebih baik ‘dari rakyat kepada rakyat’. Mereka memberi ‘peluang’ kepada Tun Mahadir Mohamad (PM4) – mengetuai koalasi pembangkang-Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah. 

Pertandingan secara 3 penjuru dalam satu disamping satu lagi pembangkang-Gagasan Sejahtera (GS) menyebabkan kerajaan BN tersungkur setelah 60 tahun memerintah. Apa yang berlaku sekarang, dalam tempoh 19 bulan sahaja selepas PH diberi kuasa memerintah negara menjadi sebuah kerajaan, rakyat sudah mula sedar dan terbangun dari ‘mimpi’ sebelum ini yang panjang 

Pilihan Raya Kecil : PH5, BN4 

Sebanyak 9 pilihanraya kecil telah diadakan selepas PRU ke-14 derngan 4 pada tahun 2018 dan 5 pada 2019. Pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14., malah setakat ini Negeri Selangor sahaja melibat pilihanraya kecil bagi 4 DUN. Manakala 1 pilihanraya parlimen di Negeri Sembilan (Parlimen Port Dickson) yang ‘sengaja’ diadakan tanpa keperluan yang mendesak oleh PH (PKR) bila Ahli Parlimen PKR meletak jawatan untuk membolehkan Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen.

Berikut adalah, pilihanraya kecil yang telah diadakan; 1 Pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis (2018), 2 Pilihan raya kecil DUN Balakong (2018), 3 Pilihan raya kecil DUN Seri Setia (2018), 4 Pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson (2018), 5 Pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands (2019), 6 Pilihan raya kecil ADUN Semenyih (2019), 7 Pilihan raya kecil ADUN Rantau (2019), 8 Pilihan raya kecil Parlimen Sandakan (2019) dan 9 Pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai (2019). 


Pilihan Raya kecil ADUN Sungai Kandis (Ogos, 2018)

MOHD Zawawi Ahmad Mughni meraikan kemenangan selepas dipilih menjadi Adun Sungai Kandis pada Pilihanraya Kecil N.49 Dun Sungai Kandis. - Foto Roslin Mat Tahir

Pada mulanya, PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Mat Suhaimi Shafiei, 50 tahun yang meninggal dunia akibat barah limfoma pada 2 Julai 2018 lalu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari penamaan calon diadakan pada 21 Julai 2018 manakala PRK ini juga diadakan pada 4 Ogos 2018. 

Berikut merupakan keputusan rasmi 

Keputusan Penuh Pilihan Raya Kecil N.49 Sungai Kandis

Pilihan Raya kecil ADUN Balakong (September, 2018)



Pilihan raya kecil ADUN Balakong di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang kedua selepas PRU-14 lalu. PRK ini diadakan berikutan penyandangnya yang juga ADUN bagi kawasan itu, Eddie Ng Tien Chee, 40 tahun yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga, Cheras, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2018 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 18 Ogos manakala, hari mengundi awal pada 4 September dan kemudiannya, hari pengundian pada 8 September 2018. 

Berikut merupakan keputusan rasmi:


Pilihan Raya Kecil ADUN Seri Setia (September, 2018)



Pilihan Raya Kecil ADUN Seri Setia di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang ketiga selepas PRU-14 lalu. PRK ini diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga ADUN bagi kawasan itu, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, 56 tahun yang meninggal dunia akibat kanser usus tahap 4 pada 2 Ogos 2018 lalu. Menurut SPR, sama seperti PRK ADUN Balakong, hari penamaan calon diadakan pada 18 Ogos manakala hari mengundi awal pada 4 September dan kemudiannya, hari pengundian pada 8 September 2018. 

Berikut merupakan keputusan rasmi 

Keputusan Pilihan Raya Kecil N.32 Seri Setia

Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson (Oktober, 2018)


Pilihan raya kecil Port Dickson 2018 di Negeri Sembilan merupakan pilihan raya kecil yang keempat selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan penyandangnya Laksamana Muda Dato’ Danyal Balagopal Abdullah (B) telah meletak jawatan pada 12 September 2018. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 13 Oktober 2018. 

Berikut merupakan keputusan rasmi:

Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands (Januari, 2019)




Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di negeri Pahang merupakan pilihan raya kecil yang kelima selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen P.078 Cameron Highlands yang diadakan pada 9 Mei 2018 adalah terbatal. Mahkamah mendapati Sivarraajh bersalah menyuap antara RM30 dan RM1,000 kepada pengundi masyarakat Orang Asli sebelum pilihan raya itu ditubuhkan di luar keraguan munasabah dalam petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon PH-DAP, M. Manogaran. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 26 Januari 2019.

Berikut merupakan keputusan rasmi:
Pilihan Raya Kecil ADUN Semenyih (Mac, 2019)



Pilihan Raya Kecil Semenyih di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang keenam selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar bin Mohd Nor pada 11 Januari 2019.[1] Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 2 Mac 2019. Kerusi itu menjadi kosong selepas kematian anggota Dewan Undangan Negeri, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari 2019 akibat serangan jantung.[2] Bakhtiar ialah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah gabungan Pakatan Harapan (PH). 

Hari pencalonan pada 16 Februari 2019, dengan tempoh berkempen selama 2 minggu sehingga hari pilihan raya pada 2 Mac 2019 dan 26 Februari 2019 untuk pengundian awal. Pilihan raya kecil itu menggunakan senarai pemilih suku tahun 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari 2019, yang mana kawasan itu mempunyai 53,411 pengundi yang layak terdiri daripada 53,520 pengundi biasa dan 109 orang yang tidak hadir.[1][3] 

Zakaria Hanafi dari Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil itu. Inilah kali pertama kerusi bertukar kepada pihak lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.[4]

Pilihan Raya Kecil Rantau (April, 2019)


Pilihan Raya Kecil Rantau di Negeri Sembilan merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad Hasan pada PRU lalu tidak sah dan terbatal[1]. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 13 April 2019 

Berikut merupakan keputusan rasmi

Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan (Mei, 2019)


Pilihan Raya Kecil Sandakan di negeri Sabah merupakan pilihan raya kecil yang kelapan selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ahli Parlimen bagi kawasan itu, Datuk Stephen Wong, 65 tahun yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kota Kinabalu, Sabah pada 28 Mac 2019 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 27 April manakala hari mengundi awal pada 7 Mei dan kemudian, hari pengundian pada 11 Mei 2019. 



Berikut merupakan keputusan rasmi 

Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai (November, 2019)


Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai di negeri Johor merupakan pilihan raya kecil yang kesembilan selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen bagi kawasan itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42 tahun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 21 September 2019 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 2 November manakala hari mengundi awal pada 12 November dan kemudian, hari pengundian pada 16 November 2019. 




Berikut merupakan keputusan rasmi 


Penutup

Pada 16 November lalu, keputusan pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai dengan majoriti yang begitu besar kepada BN(MCA) menujukkan kekuatan parti PH (Bersatu) yang sedang memerintah terhakis bukan sahaja kalah 3 pilihanraya kecil (Cameron Highland, DUN Semenyih dan Dun Rantau) secara hatrik.sebelum ini. 

Lebih parah bila kalah lagi dalam skala besar di Tanjong Piai, tempat yang telah dimenangi sebelum ini. Justeru itu, seorang pemimpin PH (PKR) di Johor, Hassan Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang) yang pernah menjadi pemimpin Parti Rakyat Malayia (PRM) sebelum ini segera menyeru pimpinan PH jangan terus berduka dengan ‘referendum kecil’ pengundi di Pilihanraya kecil Tanjong Piai kerana PH masing menang (PH5, BN4). 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dillihat seolah-olah mahukan calon Bersatu Karmaine Sardini menang untuk PRK Tanjung Piai, “ADUN Pekan Nenas (Yeo Tung Siong) memberitahu saya, jika Karmaine menang, mereka boleh bekerja bersama-sama untuk membangunkan Tanjung Piai dan Pekan Nenas. Ini satu kombinasi yang bagus – Lim Kit Siang” bukan kerana kemakmuran rakyat, tetapi lebih kepada manfaat dan survival parti s DAP itu sendiri "menunggang" calon Melayu PH (Bersatu) untuk mengukuhkan kuasa mereka di luar kawasan Cina. 

Keputusan Pilihanraya kecil Tanjong Piai adalah diluar dugaan sama asekali walaupun banyak pemerhati dan pengkaji poilitik memberikan peluang yang tinggi untuk BN (MCA) menang majoriti 15,000, Ini pilihanraya pertama selepas Muafakat Nasional (Umno dan PAS) dimeterai. 

Kemenangan calon BN (MCA) dan PAS pada PRU ke-14 telah dijangka apabila keputusan PRU 14 (BN dan PAS) memihak kepada mereka walaupun kerusi tersebut dimenangi oleh PH (bersatu) dengan majority tipis 500 undi (nota: Baca tulisan saya sebelum ini, Tanjung Piai kekal PH atau kembali BN?). 

Dalam tulisan ini, saya tidak bercadang untuk menganalisa keputusan pilihanraya kecil Tanjong Piai ini. Kali ini saya bercadang untuk mengimbau sedikit kebelakang dalam persaingan kuasa antara parti-parti politik yang ada dalam negara kita. Dari segi stastik BN-PAS tewas lima kali PRK, manakala PH tewas empat kali dari sembilan pilihan raya kecil sejak 9 Mei 2018. 

Kata pemimpin PH Johor, Hassan Karim, “Kalau dalam liga bolasepak, PH masih dikira pihak yang menang. Hanya yang bimbang PH tewas empat kali hampir berturut-turut bermula dari Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.

PKR terlibat dalam empat (4) PRK itu dengan keputusan tiga menang dan satu kalah. DAP pula terlibat dalam tiga PRK dengan keputusan dua menang dan satu kalah. Manakala parti Bersatu terlibat dalam dua PRK iaitu di Semenyih dan Tanjung Piai, malangnya kedua-duanya tewas”.

Bagi saya pula, apa yang berlaku dalam pilihanraya kecil sebelum ini adalah masing-masing parti kembali memenagi kerusi yang dimenangi dalam PRU ke-14 lepas kecuali 2 pilihnaraya kecil, Dun Semenyih dan Parlimen Tanjong Piai yang ditandingi PH (Bersatu) telah bertukar kerusi dari PH kepada BN. Manakala bagi PRK Parlimen Cameron yang dibatalkan keputusannya, masih kerusi BN walaupun mereka menukar strategi dengan meletakkan calon Umno bagi menggantikan Datuk C Sivarrajh yang juga Naib Presiden MIC yang memenangi kerusi tersebut dalam PRU ke14 

Dalam komponen PH, 3 parti (PKR, DAP, Bersatu) telah terlibat dalam pilihan kecil. Cuma tinggal Amanah sahaja lagi yang belum di uji kemampuan dalam pilihnraya kecil. 

PKR terlibat dalam empat ($) PRK itu dengan keputusan tiga menang dan satu kalah. DAP pula terlibat dalam tiga PRK dengan keputusan dua menang dan satu kalah. Manakala parti Bersatu terlibat dalam dua PRK iaitu di Semenyih dan Tanjung Piai, malangnya kedua-duanya tewas.


Rujukan: http://www.spr.gov.my/ms/keputusan-pilihanraya

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo