NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Tidak Tarik balik Surat Penamatan EIO/TSO - Ariffin


Tarik Balik Surat Penamatan EIO, TSO?

Terengganu Today1:50 Pm

Kerajaan Terengganu akan menarik balik surat penamatan kontrak kepada 51 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) yang sepatutnya berkuatkuasa 31 Disember ini, kata sumber.

Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, YB Ariffin Deraman memberitahu dalam aplikasi WhatsApp, perkara itu diputuskan setelah perbincangan lanjut dibuat bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Namun, perkara berkenaan tidak boleh disahkan sehingga YB Ariffin atau pihak Top IT Industries Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

EIO dan TSO berkenaan kini bertugas di Pusat Pintar dan jabatan-jabatan kerajaan negeri di seluruh Terengganu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo