NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mumtaz, Siti Zailah terima anugerah Dato’


KOTA BHARU: Ketua Audit Negara, Dato’ Nik Azman Nik Abdul Kadir mendahului senarai 623 penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulangtahun keputeraan ke-50 Sultan Muhammad V hari ini.

Baginda mengurniakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu, Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Terbilang (SPSK).

Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Shahidani Abdul Aziz menerima Ahli Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Mumtaz Mad Nawi turut menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).

Mengiringi Adun Demit terbabit Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menerima anugerah yang membawa gelaran Dato’.

Turut menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) Menteri di Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Manakala 5 wakil rakyat menerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK).

Mereka iaitu Adun Pasir Tumbuh Ustaz Abdul Rahman Yunus, Adun Chempaka Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, Adun Melor Dr Md Yusnan Yusof, Adun Limbongan Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah dan ahli parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob antara 385 penerima Pingat-pingat dan Bintang-bintang yang dijangka akan disempurnakan pada Mac tahun depan bagi sesi kedua. – HARAKAHDAILY 11/11/2019

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo