NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengapa Dr. P. Ramasamy Tidak Didakwa?


Saya menyambut baik dakwaan yang telah dikenakan ke atas dua ADUN DAP, G Saminathan, dan P Gunasekaran, serta 10 lain atas pertuduhan bersabit penglibatan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Tuduhan utama ke atas dua ADUN DAP ini adalah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis “Heroes Day” bagi memperingati pejuang-pejuang LTTE di Taman Ayer Keroh Heights pada 28 November 2018.

Tuduhan ini menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai mengapa kerajaan seolah-olah mengamalkan pendakwaan terpilih kerana individu lain yang berjawatan lebih tinggi turut terbabit dalam majlis “Heroes Day” tetapi tidak didakwa.

Individu seperti Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy, pernah mengakui secara terbuka dalam Facebook beliau juga melibatkan diri dalam majlis “Heroes Day” di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sebagai contohnya, dalam satu muatnaik pada 27 November 2015, Dr. P. Ramasamy memuatnaik secara terbuka dalam Facebook beliau gambar-gambar penglibatan beliau dalam majlis “Heroes Day” di Pusat Khidmat DAP Perai.

Bagi memastikan keadilan dilihat terlaksana, sepertimana dua ADUN DAP itu didakwa kerana terlibat dalam majlis “Heroes Day” di Melaka maka Dr. P. Ramasamy juga perlulah didakwa kerana terlibat dalam majlis “Heroes Day” di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Apatah lagi bila majlis “Heroes Day” yang Dr. P. Ramasamy hadiri itu adalah dibuat di Pusat Khidmat DAP maka pastilah ia melibatkan DAP sendiri.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus


Sila kongsikan maklum balas anda mengenai isu ini di pautan berikut :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2856141254395886&id=569086473101387

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo