KPM digesa prihatin nasib penuntut universiti.



Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(PENDIDIK) menggesa agar Menteri Pendidikan Malaysia ,YB Dr.Maszlee Malik lebih prihatin terhadap dengan nasib dan cabaran penuntut universiti yang adakalanya terpaksa 'mengikat perut' demi meneruskan pengajian di menara gading.

"Perlu ada keazaman dan iltizam tinggi yang mesti dibuktikan secara serius oleh YB Maszlee untuk membantu meringankan beban penuntut universiti yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi hidup di bandar metropolitan yang segala-galanya memerlukan duit "kata Presiden PENDIDIK, Normala Sudirman.

Dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPKK),bertempat di Pusat Konvensyen Putrajaya ,Maszlee dilaporkan berkata kecewa dan bosan dengan isu yang dibangkitkan berkaitan pelajar universiti yang membangkitkan berulang kali soal meminta bantuan kewangan.

Maszlee melahirkan kekecewaan terhadap luahan pelajar universiti yang sepatutnya tidak menjadikannya sebagai isu penting setiap kali dialog dengan Menteri Pendidikan berlangsung .

"Semua naib canselor universiti awam telah diberi mandat untuk mengendalikan isu ini selaras dengan semangat autonomi yang diamalkan sekarang dan membincangkan isu ini secara serius dan kritikal namun PENDIDIK menggesa agar perlu ada pengawasan dan penilaian demi memastikan kebajikan penuntut universiti tidak terabai"tegas Normala lagi


Baru -baru ini The Malaysian Insight melaporkan bahawa Menteri Pendidikan,YB Dr Maszlee Malik bosan dengan penuntut universiti yang kerap meminta bantuan kewangan daripadanya setiap kali mengadakan pertemuan dengan mereka.

Walaupun PENDIDIK menyambut baik langkah KPM yang bersetuju menubuhkan semula kesatuan pelajar yang akan menyediakan pekerjaan separuh masa untuk pelajar universiti masing-masing ,namun YB Maszlee Malik digesa lebih empati terhadap nasib dan kebajikan penuntut universiti yang gigih menimba ilmu pengetahuan dengan memikirkan beberapa mekanisme dan solusi terbaik terhadap penuntut universiti ini agar kualiti pembelajaran tidak terjejas akibat kekangan faktor kewangan yang menghimpit kehidupan "katanya lagi.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget