NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kempen Rasis Guan Eng Memperlekeh Penjawat Awam Harus Dibantah!


oleh: Dr Asyraf Wajdi


Saya tidak faham kenapa Menteri Kewangan Lim Guan Eng begitu memusuhi dan amat PREJUDIS terhadap PENJAWAT AWAM. Dalam ceramah beliau semalam, Guan Eng masih meneruskan serangan sinisnya terhadap 1.6 juta kakitangan awam yang hakikatnya enjin terpenting menggerakkan pentadbiran kerajaan di semua peringkat selama ini.

Sudahlah sejak Kerajaan PH ambil alih, mereka menafikan hak Penjawat Awam untuk menerima 2 Kenaikan Gaji melalui Pergerakan Gaji Tahunan biasa dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Pentadbiran BN pada sebelum PRU-14 atas alasan kekurangan peruntukan yang besar untuk membiayai kenaikan gaji ini.

Lebih mendukacitakan apabila Pimpinan PH berkali-kali menyatakan bahawa bilangan Penjawat Awam terlalu besar dan perlu dikecilkan seperti kenyataan YAB Tun Dr Mahathir bahawa pertambahan seramai 700,000 kepada 1.7 juta orang sejak beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003. Manakala YB Tony Pua pernah menggelarkan Penjawat Awam sebagai 'biawak hidup' kerana bilangan yang besar dan menelan belanja sehingga 36% dari keseluruhan Belanjawan 2017.

Kerajaan Pentadbiran PH juga berhasrat ingin mengecilkan saiz penjawat awam melalui Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertajuk “Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam” bertarikh 26 Disember 2018 yang menjelaskan bahawa Kerajaan PH akan menjalankan langkah rasionalisasi penjawat awam dengan mengurangkan kakitangan sebanyak 1% dari 1.7 juta penjawat awam atau 17,000 jawatan pada tahun ini, 2019. Sebanyak 2% atau 34,000 lagi pada tahun 2020 dan 51,000 lagi atau 3% pada 2021. Perkara ini bakal meningkatkan beban kerja penjawat awam sedia ada malah boleh menjejaskan keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya.

Nampaknya Pakatan Harapan sememangnya begitu prejudis kepada Penjawat Awam dan matlamat mereka untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sebagaimana yang sering diuar-uarkan oleh pimpinan DAP termasuk Setiausaha Politik Guan Eng, Tony Pua hampir menjadi kenyataan.

Apa pandangan semua?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo