NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaji Selidik PRK Tanjung Piai: Calon Barisan Nasional Dijangka Menang















Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dengan kerjasama sekumpulan penyelidik dari sebuah institusi pengajian awam tempatan telah melakukan satu kaji selidik bebas bertajuk “Kaji Selidik Mengenai Kecenderungan Pengundi Dalam PRK Tanjung Piai” membabitkan 300 orang responden yang merupakan pengundi berdaftar dalam PRK Tanjung Piai pada 7, 8 dan 9 November 2019.

300 orang responden yang dipilih secara rawak ini adalah representatif kepada komposisi sebenar pengundi dengan perincian butiran mereka adalah:

(1) 58.7% Melayu, 40.0% Cina dan 1.0% India berbanding komposisi sebenar pengundi 57.6% Melayu, 41.4% Cina dan 0.9% India.

(2) 54.3% lelaki dan 45.7% perempuan berbanding komposisi sebenar pengundi 50.5% lelaki dan 49.5% perempuan.

(3) 16.3% 21 – 30 tahun, 20.3% 31 - 40 tahun, 18.0% 41 - 50 tahun, 21.0% 51 - 60 tahun dan 24.3% 61 tahun ke atas berbanding komposisi sebenar pengundi 15.1% 21 – 30 tahun, 22.8% 31 - 40 tahun, 20.7% 41 - 50 tahun, 18.7% 51 - 60 tahun dan 22.6% 61 tahun ke atas.

Dapatan-dapatan utama kaji selidik ini menunjukkan bahawa calon Barisan Nasional (BN), Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng, dijangka akan menang dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November 2019 ini berdasarkan kepada penolakan pengundi Tanjung Piai kepada Pakatan Harapan (PH) serta penerimaan mereka kepada Muafakat Nasional (MN) dan kepada calon BN itu sendiri.


Petanda-petanda sangat jelas mengenai penolakan pengundi Tanjung Piai kepada PH boleh dilihat di dalam dapatan utama kaji selidik, iaitu 51.0% responden menyatakan PH tidak perlu terus diberi peluang untuk memerintah berbanding 28.3% responden yang menyatakan PH perlu terus diberi peluang untuk memerintah.


Petanda-petanda sangat jelas mengenai penolakan pengundi Tanjung Piai kepada PH juga boleh dilihat di dalam dapatan-dapatan utama lain kaji selidik, iaitu:

1. 68.3% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya melaksanakan manifestonya di Malaysia berbanding 20.7% responden yang menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya melaksanakan manifestonya di Malaysia.

2. 60.7% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya melaksanakan manifestonya di Johor berbanding 20.0% responden yang menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya melaksanakan manifestonya di Johor.

3. 58.7% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya memperbaiki kedudukan ekonomi negara berbanding 28.7% responden yang menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya memperbaiki kedudukan ekonomi negara.

4. 57.0% responden menyatakan kehidupan mereka tidak bertambah baik selepas PH memerintah berbanding 21.0% responden yang menyatakan kehidupan mereka bertambah baik selepas PH memerintah.


5. 55.7% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya menjaga kepentingan kaum dan agama mereka berbanding 31.3% responden yang menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya menjaga kepentingan kaum dan agama mereka.

6. 50.0% responden menyatakan PH tidak berjaya atau sangat tidak berjaya menjaga keharmonian dan keselamatan negara berbanding 35.3% responden yang menyatakan PH berjaya atau sangat berjaya menjaga keharmonian dan keselamatan negara.
Petanda sangat jelas mengenai penerimaan pengundi Tanjung Piai kepada MN boleh dilihat di dalam satu lagi dapatan utama kaji selidik, iaitu 52.7% responden menyatakan MN menyenangkan mereka berbanding 4.0% responden yang menyatakan MN menakutkan mereka.

Petanda sangat jelas mengenai penerimaan pengundi Tanjung Piai kepada calon BN, Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng, pula boleh dilihat di dalam dapatan-dapatan utama lain kaji selidik, iaitu:

1. 61.7% responden menyatakan calon yang paling mereka kenali, senangi dan hormati secara peribadi adalah calon BN, Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng, berbanding 24.0% responden yang menyatakan calon yang paling mereka kenali, senangi dan hormati secara peribadi adalah calon PH, Karmaine Sardini.


2. 61.7% responden menyatakan calon yang paling mampu memperjuangkan kepentingan mereka adalah calon BN, Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng, berbanding 24.0% responden yang menyatakan calon yang paling mampu memperjuangkan kepentingan mereka adalah calon PH, Karmaine Sardini.

3. 56.7% responden menyatakan Ahli Parlimen Tanjung Piai dari BN 2008-2018, Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng, adalah lebih baik prestasinya berbanding 19.7% responden yang menyatakan Ahli Parlimen Tanjung Piai dari PH 2018-2019, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, adalah lebih baik prestasinya.

Kehadiran pemimpin tertinggi PH dan janji pembangunan di Tanjung Piai juga diyakini tidak akan mampu mengubah dengan banyaknya pola pengundian berdasarkan kepada dapatan-dapatan lain kaji selidik, iaitu:

1. 50.3% responden menyatakan kehadiran pemimpin tertinggi parti mereka tidak akan mempengaruhi undi mereka berbanding 26.0% responden yang menyatakan kehadiran pemimpin tertinggi parti mereka akan mempengaruhi undi mereka.

2. 44.3% responden menyatakan janji pembangunan di Tanjung Piai tidak akan mempengaruhi undi mereka berbanding 31.3% responden yang menyatakan janji pembangunan di Tanjung Piai akan mempengaruhi undi mereka.


Dapatan-dapatan lain kaji selidik ini adalah:

1. 88.0% responden menyatakan mereka akan keluar mengundi dalam PRK Tanjung Piai berbanding 7.7% responden yang menyatakan mereka tidak akan keluar mengundi.

2. 86.3% responden menyatakan undi mereka adalah undi sokongan peribadi berbanding 3.0% responden yang menyatakan undi mereka adalah undi mengikut arahan dan 3.3% responden yang menyatakan undi mereka adalah undi protes.

3. 59.0% responden menyatakan undi mereka adalah tidak diasaskan kepada kaum dan agama calon berbanding 32.7% responden yang menyatakan undi mereka adalah diasaskan kepada kaum dan agama calon.

4. 49.7% responden menyatakan undi mereka adalah diasaskan kepada parti berbanding 41.7% responden yang menyatakan undi mereka adalah diasaskan kepada calon.

5. 47.3% responden menyatakan undi mereka adalah diasaskan kepada isu tempatan berbanding 26.3% responden yang menyatakan undi mereka adalah diasaskan kepada isu nasional dan 17.7% responden yang menyatakan undi mereka adalah diasaskan kepada isu negeri.

Dapatan-dapatan lain kaji selidik yang lebih terperinci ke atas tiga Daerah Mengundi (DM) Majoriti Cina, iaitu Bandar Pekan Nenas Tengah, Jalan Rimba Terjun dan Bandar Permas Kechil yang masing-masingnya dimenangi oleh calon PH, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, dengan majoriti 1327 undi, 941 undi dan 31 undi dalam PRU 14, kini menunjukkan peralihan sokongan ketara pengundi Cina dari PH ke BN.

Begitu juga dengan dapatan-dapatan lain kaji selidik yang lebih terperinci ke atas tiga Daerah Mengundi (DM) Majoriti Melayu, iaitu Pengkalan Raja Pontian, Serkat dan Telok Kerang yang masing-masingnya dimenangi oleh calon BN, Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng, dengan majoriti 508 undi, 478 undi dan 341 undi dalam PRU 14, kini menunjukkan pengekalan sokongan pengundi Melayu BN, kemasukan sokongan pengundi Melayu PAS dan peralihan sokongan sebahagian pengundi Melayu PH ke BN.

Kaji selidik ini tidak menemui unsur-unsur sabotaj di kalangan pengundi Melayu BN dan pengundi Melayu PAS ke atas calon BN, Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng.

Jangkaan kemenangan calon BN ini dijangka akan memperkukuhkan kerjasama antara PAS dan BN sekali gus meluaskan penerimaan MN di kalangan bukan Melayu.

Dr Wan Mat Sulaiman
Ketua Pegawai Eksekutif
Terengganu Strategic & Integrity Institute

Web : www.tsis.my
Facebook : tsisterengganuofficial

https://www.tsis.my/kaji-selidik-prk-tanjung-piai-calon-barisan-nasional-dijangka-menang/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo