Kaji mengapa banyak rumah kediaman tidak terjual




BANGI, 7 Rabiulawal 1441H, Isnin – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diminta untuk menilai semula punca mengapa rumah berharga dalam lingkungan RM200,000 hingga RM400,000 tidak terjual.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jumlah keseluruhan rumah kediaman yang tidak terjual dalam tempoh separuh tahun pertama 2019 adalah sebanyak 130,517 unit.

Jelasnya, daripada jumlah itu, unit 'overhang' adalah sebanyak 32,810 yang dianggarkan bernilai RM19.76 bilion dan tidak termasuk pangsapuri perkhidmatan kerana dikategorikan sebagai unit komersial dan berbeza kadar caj utiliti serta cukai.

"Pangsapuri perkhidmatan mencatatkan peningkatan yang signifikan dalam unit 'overhang' iaitu 60 peratus iaitu sebanyak 18,186 unit dalam tempoh separuh tahun pertama 2019 berbanding 11,371 unit dalam tempoh separuh tahun pertama 2018.

"Ironinya, jumlah unit yang telah siap dibina dalam tempoh yang sama juga meningkat 56.7 peratus mencecah lebih 16,000 unit tidak termasuk stok yang sedia ada berjumlah 228,000 dan yang sedang dibina berjumlah lagi 22,000 ribu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, sekiranya difokuskan lebih terperinci, jumlah rumah kediaman 'overhang' paling tinggi adalah dalam lingkungan harga RM200,000 hingga RM400,000 iaitu sebanyak 13,059 unit (39.8 peratus).

"Kemudian, rumah kediaman yang berharga RM1 juta dan ke atas iaitu sebanyak 4,213 unit (12.8 peratus). Keadaan ini menunjukkan rumah yang boleh dianggap sebagai mampu milik berhadapan dengan masalah yang kritikal," kata beliau.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Fadhli berkata, cadangan untuk menurunkan had pemilikan warga asing kepada harga RM600,000.00 sudah pasti akan memburukkan lagi keadaan.

"Kajian perlu membuktikan apakah punca sebenar situasi ini berlaku, adakah disebabkan oleh permintaan rendah, spesifikasi rumah tidak sesuai, masalah fasiliti kredit atau trend semasa?

"Kemudian, harga rumah yang ditawarkan tinggi dan tidak selari dengan tahap kemampuan kewangan prospek pembeli. Rakyat juga harus diterapkan dengan tahap literasi kewangan peribadi yang relevan. Pastinya intervensi kerajaan sangat dituntut bagi mengekang pencatutan dan spekulasi yang keterlaluan," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/11/04/kaji-mengapa-banyak-rumah-kediaman-tidak-terjual/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget