Ibu tunggal calon 'bidan terjun' GTSM PRK Tanjung Piai


Oleh Junita Mat Rasid; Ifwan Tun Tuah; Mohamed Farid Noh dan Mohd Fahmi Mohd Yusof
[email protected]

PONTIAN: Ketiadaan kelibat Pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail, di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, terjawab apabila dimaklumkan beliau sedang dirawat di hospital kerana sakit jantung sejak semalam.

Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) pada saat akhir menamakan seorang ibu tunggal, Faridah Aryani Abd Ghaffar, 45, yang juga pemandu e-hailing dan juruaudit bebas sebagai calon ganti.

Faridah berkata, beliau menerima pelawaan GTSM untuk bertanding pada PRK Tanjung Piai, bagi memperjuangkan nasib pemandu teksi dan e-hailing seluruh negara selain B40 yang hidup terhimpit.

“Saya sebagai ibu tunggal juga terkesan dengan dasar kerajaan terhadap teksi dan syarikat e-hailing apatah lagi terpaksa mencari wang sebagai pemandu e-hailing bagi membesarkan empat anak, ” katanya yang akan menggunakan logo kereta pada PRK Parlimen Tanjung Piai.

Semalam, Yang DiPertua GTSM, Kamarudin Mohd Hussain mengumumkan, Shamsubahrin akan menjadi calon bebas bagi mewakili komuniti pengangkutan awam dalam PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini.

Bagaimanapun sehingga pusat penamaan calon ditutup, kelibat Shamsubahrin tidak kelihatan menyebabkan menjadi tanda tanya.

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget