Catatan Parlimen: NAFAS Yang Tidak Bernafas


Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
21 November 2019

1. Suasana Dewan Rakyat pada tengah hari tadi dikejutkan dengan pendedahan skandal RM 1.4 bilion NAFAS yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
YB Ayer Hitam ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyentuh mengenai Butiran 040400 - Subsidi Harga Padi, Butiran 040500 - Subsidi Baja Padi, Butiran 040600 - Insentif Pengeluaran Padi dan Butiran 040800 - Subsidi Benih Padi Sah yang dibacakan bersekali.

2. Beliau mendedahkan 3 isu dalam ucapan tersebut;
a) Pembatalan beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui sebagai pentender secara item mengikut Zon 1, 2 dan 3 bagi tender membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-kerja Pengapuran Bagi Kapur Di Bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh tiga (3) tahun dengan tawaran berjumlah RM52.4 juta melalui surat bernombor tender QT190000000058589.

Kesemua syarikat ini telah pun melalui proses tender terbuka secara sah, malah pemilihan syarikat ini juga telah dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOA, Wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Wakil Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya.

b) Isu yang lebih besar hasil rentetan daripada pembatalan pemilihan syarikat disebutkan di atas.
YB Ayer Hitam mendakwa terdapat satu surat daripada Menteri Pertanian kepada Perdana Menteri yang bertarikh 7 November 2019 untuk memohon melantik secara RUNDINGAN TERUS bagi pembekalan input pertanian sektor padi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tempoh 3 tahun iaitu (2020-2022) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion.

c) Pertanyaan berkenaan tempahan bilik hotel yang direkodkan atas nama NAFAS sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini.
Pimpinan NAFAS yang berpakaian berwarna oren pun turut berkampung di Tanjung Piai sedangkan NAFAS merupakan pertubuhan peladang kebangsaan bukannya pertubuhan milik parti politik

3. YB Ayer Hitam mendesak Menteri Pertanian hadir sendiri ke Dewan bagi menjawab segala isu yang dibangkitkan. Mengapa Menteri mahu melibatkan campur tangan Perdana Menteri berhubung penganugerahan tender secara terus sedangkan keputusan telah pun dibuat oleh Lembaga Perolehan Kementeriannya sendiri?

4. Apabila pendedahan yang menggemparkan ini dibuat maka kian terserlah watak sebenar pemimpin PH khususnya PAN.
Menteri Pertanian adalah Timbalan Presiden PAN.
Sungguh hebat dia bersandiwara menangis teresak-esak di atas pentas di hadapan warga petani dan nelayan tetapi hakikatnya dia menggunakan pintu belakang bagi menganugerahkan tender secara rundingan terus kepada NAFAS.

Dulunya, Pakatan Harapanlah yang kononnya menjadi juara agar semua tender dibuat secara rundingan terbuka tetapi kini, apabila sudah berkuasa boleh pula Menteri PH membuat secara rundingan terus.

5. YB Ayer Hitam mempersoalkan mengapa NAFAS yang sudah kalah di peringkat rundingan terbuka tiba-tiba, mendapat perolehan tender secara terus. Mengapa menganiaya syarikat-syarikat yang telah terlebih dahulu memohon tender dan membatalkan pemilihan mereka selepas dipersetujui Lembaga Perolehan Kementerian, seterusnya menganugerahkan kepada NAFAS?

6. Sebenarnya NAFAS ini siapa.?
Umum mengetahui Menteri Pertanian telah menjadikan agensi kerajaan di bawah kementeriannya sebagai lubuk ghanimah PAN.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS ialah YB. Dato' Haji Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi, Pengerusi PAN Kedah.
Selain itu, 4 orang lagi Ahli Jemaaah Pengarah NAFAS ini merupakan pemimpin PAN yang dilantik oleh Menteri;
a) Wan Kharizal Wan Khazim (PAN Perlis)
b) Mohd. Hisyamuddin Ghazali (PAN Kelantan)
c) Normah Yusof (PAN Pahang)
d) YB Muhamad Said Jonit (ADUN PAN Mahkota)

Hebat sungguh Menteri Pertanian ini menjadikan NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai kenderaan politik PAN melalui lantikan politik yang dibuat olehnya dapat menguasai secara majoriti pertubuhan peladang tersebut.
Inilah satu bentuk kronisme halal atas jenama Malaysia Baru.
Mereka berkampung untuk berkempen di PRK Tanjung Piai juga menggunakan wang NAFAS untuk menanggung kos penginapan.
Wah hebat sungguh PAN ini.

7. Apa penjelasan Menteri Pertanian atas pendedahan ini.?
Hanya Timbalannya yang datang menjawab bagi pihaknya. Terkial-kial Timbalan Menteri, Sim Tze Tzin menjawab isu ini ketika diasak teruk oleh Pembangkang pada penghujung penggulungannya. Dia berkata isu tender ini masih dalam proses yang belum selesai.
Itu sahaja penjelasan yang mampu diberikan tanpa dia menafikan akan kewujudan surat Menteri kepada Perdana Menteri.

Bak kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mencelah perbahasan YB Ayer Hitam tengah hari tadi, "kenyataan pendedahan ini menyebabkan NAFAS tidak bernafas."

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget