NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN tawan Tg Piai




BANGI, 19 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Barisan Nasional (BN) merampas semula Parlimen Tanjung Piai apabila calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berjaya mengumpul majoriti 15,086 undi.

Pegawai Pengurus Suruhan Pilihan Raya (SPR), Zulkifly Mohd Tahir Jeck Seng, 55, mengumumkan Jeck Seng memperoleh 25,466 undi,mengalahkan calon kerajaan, Gerakan, Berjasa dan dua calon Bebas dalam PRK Tanjung Piai, hari ini

Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini, 66, memperoleh 10,380 undi, calon Gerakan, Wendy Subramaniam pula menerima 1,707 undi, manakala calon Berjasa, Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz memperoleh 850 undi.

Sementara itu, dua lagi calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar, masing-masing memperoleh 380 dan 32 undi.

Pengundian PRK Tanjung Piai membabitkan 52,471 pengundi berdaftar membabitkan 27 pusat mengundi dan 125 saluran dengan proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi dan berakhir 5.30 petang.

PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon PH dari Bersatu, Karmaine Sardini; calon BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan calon Gerakan, Wendy Subramaniam.

Turut bertanding Presiden Berjasa, Dr Badrulhisham Abdul Aziz dan dua calon bebas, Dr Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu, calon PH dari Bersatu, Allahyarham Datuk Md Farid Md Rafik memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru. PRK Tanjung Piai adalah pilihan raya kecil kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14, Mei tahun lalu.
( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo