Bahaya Hasutan Lim Guan Eng


oleh: TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
8 Rabiul Awwal 1441 | 5 November 2019

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar ucapan Lim Guan Eng yang berbaur hasutan di Konvensyen Tahunan DAP Johor di Muar pada 3 November lalu. Hasutan ini kali yang ketiga selepas bulan Mac dan Oktober lalu. Lim Guan Eng menghasut orang bukan Islam dengan melemparkan fitnah jahat terhadap PAS dan UMNO. Ucapan keterlaluan tersebut boleh mengheret negara ke kancah perpecahan yang lebih besar.

Dalam ucapannya pada 3 November lalu, Lim Guan Eng mendakwa sekiranya UMNO dan PAS berkuasa, maka hak-hak asasi masyarakat bukan Islam akan dihapuskan. Malah, Lim Guan Eng juga mengatakan UMNO dan PAS tidak akan membenarkan mereka berkumpul bagi menunaikan amalan ibadat mereka. Hasutan ini keterlaluan dan ia telah diulang-ulang beberapa kali.

Laporan polis mesti dibuat supaya Lim Guan Eng boleh disiasat atas tiga ucapan berbaur hasutan yang telah diucapkan sebelum ini. Atau, adakah Lim Guan Eng kebal dengan tindakan undang-undang sehingga boleh berlagak samseng?

Sekian, terima kasih.

*TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN ialah Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget