Analisa PRK Tanjung Piai sehingga 7 Nov 2019.


oleh: Tok Batin Menyumpit

Mungkin ramai yang datang ke Tanjung Piai adalah orang luar. Lebih ramai lagi yang hanya membaca dari berita-berita wasap sedangkan Pekan Nenas dan Kukup pun belum lagi sampai.

Biar saya berikan fakta Matematik logic sahaja untuk tuan puan menilai siapa yang akan menang pada PRK kali ini.

Fakta PRK

1. Daripada pengundi seramai 53,534 orang. PH hanya menang dengan majoriti 524 undi pada PRU-14..

2. Pengundi berbangsa cina adalah mewakili 42% dari pengundi keseluruhan.

3. Ramai yang tak kira dan tak tahu. Kebetulan saya bermain dengan data dan statistics. Pengundi cina yang mengundi BN pada PRU14 adalah 13% sahaja.

4. BN hanya perlukan peningkatan 5% sahaja sokongan orang cina pada PRK kali ini untuk menang. Sebenarnya cukup dengan 2% PH dah terang-terang kalah.

5. Kajian yang telah dibuat, 83% respondent dari 1000 pengundi akan mengundi parti yang sama yang mereka undi pada PRU yang lepas.

6. Secara puratanya undi orang melayu terhadap calon BN pada PRU yang lepas adalah 69%. Dengan masalah harga sawit, isu nelayan yang tak selesai juga faktor penolakan PH. Berapa peratus anda fikir undi melayu meningkat. Itu saya tak ambil kira lagi undi melayu yang memilih PAS dan menukar kepada calon BN pada PRK kali ini. Mereka juga ada 2,936 orang. Sebahagian dari mereka akan mengundi BERJASA. Jumlahnya pun kalau ada kurang dari 500.

7.Parti Gerakan cuba mengacau undi cina. Saya jangkakan mereka tak dapat menarik minat pengundi. Undi mereka hanya sekitar 200 undi. Parti gerakan kurang berpengaruh di Tanjung Piai.

Kesimpulan

Secara realistiknya. Saya jangkakan Calon BN akan menang dengan mejoriti 4000 undi. Ini sekiranya peratus keluar mengundi adalah 75%.

Bagaimana dapat 4000,

-Tambahan 5% undi cina kepada calon BN.

-Tambahan 5% undi melayu dari golongan anak muda. Anak muda yang berumur 21-29 tahun yang layak mengundi adalah 7956 orang. Anak muda sudah mula berubah.

-1500 dari 2900 undi PAS akan memilih calon BN dengan kesan penyatuan UMMAH.

Satu laluan yang sangat sukar bagi PH untuk menang di Tanjung Piai. Saya tidak terkejut jika ramai pengundi luar balik mengundi. Mungkin majoriti akan meningkat ke 10K.

Apa pun kita tunggu dan lihat.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget