NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

9 kanak-kanak Afghanistan jadi korban letupan periuk api



KABUL, 6 Rabiulawal 1441H, Ahad – Sembilan kanak-kanak Afghanistan – yang juga mangsa terbaharu dalam jumlah korban awam yang semakin meningkat akibat konflik – maut apabila periuk api meletup ketika menuju ke sekolah semalam, kata polis.

Kejadian itu berlaku di wilayah timur laut Takhar semalam, iaitu pada hari persekolahan di Afghanistan.

Jurucakap polis wilayah, Khalil Asir berkata, kawasan bekenaan di bawah kawalan militan Taliban dan sejak pasukan keselamatan melancarkan serangan, kumpulan pengganas terbabit menanam banyak periuk api.

"Malangnya, hari ini, salah satu daripada periuk api terbabit meletup dan mengorbankan sembilan kanak-kanak sekolah rendah," katanya.

Kanak-kanak, berusia sembilan hingga 12 tahun, termasuk empat daripadanya dipercayai anggota keluarga militan Taliban.

Sementara itu, jurucakap Taliban, yang berjuang untuk menghalau tentera asing dan menewaskan kerajaan disokong Amerika Syarikat (AS), tidak dapat dihubungi.

Korban membabitkan orang awam meningkat ketara tahun ini, meskipun ada usaha di pihak pemberontak Taliban dan AS untuk mencapai kesepakatan damai.

Untuk rekod seramai 4,313 orang awam cedera mahupun dibunuh antara Julai dan September – meningkat 42 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu – kata Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan sebelum ini. – Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo