NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Soal Jawab Isu Solat Subuh Lewat 8 Minit di Selangor



S1: Kenapa tiba-tiba waktu solat subuh di Selangor dilewatkan?

J1: Ia berdasarkan penemuan dari kajian oleh Jakim, yang diketuai oleh Universiti Malaya dan dianggotai oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan yg lain. Kajian ini mendapati bahawa waktu bermulanya fajar sadiq, iaitu waktu bermulanya subuh, berlaku pada sudut matahari berada di kedudukan 18⁰ di bawah ufuk. Ia berbeza dengan waktu yg digunapakai sebelum ini iaitu pada sudut matahari 20⁰. Jadi ia perlu dilewatkan.

S2: Kenapa lewat 8 minit?

J2: Sudut matahari pada fajar sadiq diubah dari 20⁰ ke 18⁰. 20⁰-18⁰ = 2⁰. 1⁰ mewakili 4 minit. Oleh kerana beza 2⁰, perbezaan waktu ialah 8 minit.

S3: Kenapa Selangor sahaja yang ubah?

J3: Ia akan dilakukan oleh negeri lain bila tiba masanya. Sedikit latar belakang:
Hasil kajian telah dibentangkan di Jawatankuasa Penyelidikan Fatwa Jakim. Laporan kajian ini diterima sebulat suara oleh jawatankuasa tersebut. Peringkat seterusnya, laporan akhir kajian ini dibentangkan di Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam (MKI) pada 20.11.2019 lalu. Laporan kajian yg dibentangkan di peringkat MKI dipersembahmaklumkan kepada DYMM Sultan atau Raja negeri masing-masing. Justeru, pihak negeri dengan kuasa undang-undang yg ada berhak mengumumkan keputusan berkenaan di peringkat negeri masing-masing. Selangor telah membuat pemakluman lebih awal dari negeri lain iaitu pada hari ini 28.11.2019 dan mengumumkan tarikh kuatkuasa pada keesokannya iaitu pada 29.11.2019

S4. Adakah solat subuh selama ini yg awal 8 minit dari waktu baru tidak sah?

J4: Tidak timbul soalan itu kerana solat subuh selama ini berdasarkan kpd ijtihad dan ilmu yang sah dan dilegalized secara rasmi melalui jabatan Mufti negeri. Waktu solat walaupun hadnya adalah sabit secara qatie, penentuan dan perinciannya adalah zanni dan tertakluk kepada ijtihad semasa berdasarkan penyelidikan/ istiqra'. Adalah tersangat sukar dan agak mustahil mewujudkan taqwim solat yg betul-betul mengikut waktu yang sangat tepat hingga ke arka saat pada setiap lokasi. Waktu dalam taqwim pun sudah dimasukkan tempoh ihtiyat/ berwaspada. Lagipun jika solat berjamaah subuh di masjid atau surau, persoalan ini tidak timbul kerana biasanya ada tempoh menunggu yg agak senggang iaitu dari 10-15 minit selepas azan dilaungkan, barulah solat subuh didirikan.

S5: Selangor telah umumkan waktu subuh 8 minit lebih lewat, jadi bagaimana dengan negeri-negeri lain, terutamanya KL, Putrajaya, N9 dll yg bersempadan Selangor?

J5: Setiap penduduk negeri perlu patuh kepada arahan Ulul Amri negeri masing-masing. Ulul Amri negeri ialah DYMM Sultan atau Raja bagi negeri beraja dan TYT Yang Dipertua Negeri bagi negeri tidak beraja . Jika WP KL, Labuan dan Putrajaya, hendaklah mengikut YDPA. Selagi tiada arahan baharu dikeluarkan, waktu sedia ada adalah sah diikuti kerana urusan agama ditentukan oleh pihak Ulul Amri, rakyat hanya ikut dan taat setia.

S6: Adakah ia melibatkan waktu solat lain dan waktu syuruk?

J6: Tidak. Waktu lain tidak terlibat kerana keputusan ini khusus melibatkan solat subuh sahaja. Cuma bagi waktu imsak, ia juga dilewatkan iaitu 10 minit sebelum bermula subuh. Waktu syuruk iaitu waktu berakhirnya subuh/ terbit matahari kekal sebagaimana yg ada dalam taqwim solat.

Semoga bermanfaat

DSM
28.11.2019

PH Tiada Lagi Kompetensi Untuk Kekal Memerintah



Roslan SMS

Lewat malam tadi terbit satu lagi hasil kajian yang mengukur prestasi kerajaan PH yang 18 bulan usianya itu.

Tidak ada yang baik. Malah sekali lagi kerajaan yang menang atas janji-janji palsu dan fitnah ini boleh dianggap kerajaan 1 penggal kerana gagal dipelbagai peringkat.

Portal berita TMI melaporkan kajian terkini yang dilakuan oleh EMIR RESEARCH. Kajian mereka berjudul: The Pulse From the Ground: Voices & Expectations of the Rakyat on Current Socio-economic Issues. Bermakna mengukur denyut nadi dan suara pengharapan rakyat terhadap isu-isu sosio ekonomi semasa.

Adakah negara sedang menuju ke arah masadepan yang menjanjikan?

50% tidak pasti
24% tidak setuju
26% setuju

Adakah kerajaan PH berdaya maju?

46% tidak pasti
30% tidak setuju
24% setuju

Adakah ekonomi negara pada kedudukan yang teguh?

44% tidak pasti
30% tidak setuju
26% setuju

Seramai 1992 responden telah ditemui dari tempoh 5 September hingga 10 Oktober.

Ternyata PH terus ditolak rakyat. Tiada lagi pengharapan diletakkan atas kemampuan mereka. Rakyat telah hilang keyakinan. PRK Tg Piai adalah satu mesej yang sangat jelas.

Ia bukan soal beri pengajaran atau peluang. Rakyat kini menunggu kerajaan ini segera bertukar atau beralih tangan.

PH tiada lagi kompetensi.

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1047279438944725&id=100009880363600

3 sebab utama penaburan abu mendiang Chin Peng di Malaysia perlu diambil serius



Ada 3 sebab utama penaburan abu mendiang Chin Peng di Malaysia perlu diambil serius. Ia tidak semudah, sesimplistik dan sebengap "Abu mayat pun mau takut ka?".

1. Mekarnya ideologi PKM di Malaysia. Boleh dianggap subversif juga. Adakah hanya ideologi DAESH dan LTTE saja yang dianggap berbahaya kepada negara?

2. Kedaulatan dan ketinggian Perlembagaan Negara. Perjuangan PKM memang berlainan kutub secara total dengan asas-asas terbinanya sebuah negara bernama Malaysia. Selain ganas dan kejam, atas dasar inilah juga PKM diharamkan di Malaysia. Adakah dengan merestui abu mendiang ditebarkan di Malaysia bermakna kita juga merestui apa yang telah dilakukan PKM dan mengangkat PKM sebagai pejuang negara?

3. Chin Peng atau nama asalnya Ong Boon Hua bukan warganegara Tanah Melayu apatah lagi Malaysia. Atas dasar apa nak dibawa abu mendiang ke sini?

Saya nak ulas poin saya yang ketiga.

Kalau kita baca bahan-bahan bacaan atas talian, kita akan disuap dengan maklumat yang Chin Peng dilahirkan pada tahun 1924 di Sitiawan, Perak.

Tapi tahukah anda, pada tahun 2008 dan 2009, Chin Peng pernah cuba failkan saman dan permohonan di mahkamah untuk balik ke Malaysia atas alasan dia adalah warganegara?

Apa jadi pada saman dan permohonan ini?

Kedua-duanya ditolak, sama ada di peringkat Mahkamah Rayuan mahupun Mahkamah Persekutuan atas justifikasi Chin Peng tidak mempunyai rekod mahupun sijil kelahirannya di Tanah Melayu.

6 orang hakim, Low Hop Bing, Abdul Malik Ishak, Sulaiman Daud (Mahkamah Rayuan) dan Hashim Yusof, Agustine Paul, Ghazali Mohd Yusof (Mahkamah Persekutuan) telah mendengar dan menolak permohonan ini atas dasar Chin Peng tidak dapat mengemukakan sebarang bukti dia lahir di sini walaupun dikatakan mempunyai sijil lahir.

Peguam mendiang menggunakan hujah Perjanjian Hatyaii 1989 sebagai hujah yang mendiang telah diampunkan dan diberikan taraf warganegara.

Ok jom kita telusuri apa yang telah berlaku Hatyaii;

"The peace negotiators needed statistics on our guerilla strength and we produced these quickly. There were 1,188 CPM members on our list. Of these, 694 were Thai-born and 494 claimed origins in Peninsular Malaysia. The latter grouping included some 15 came from Singapore but saw little chance of ever being allowed back to their homeland. Of those claiming roots south of the border, 402 were ethnic Chinese and 77 were Malays".

Petikan buku "alias Chin Peng: My Side of History" m/s 491

Daripada 1,188 ahli PKM ini, hanya 431 yang mempersetujui syarat-syarat yang dibentangkan dan memohon untuk "pulang" dan menjadi warganegara. Hanya 338 yang lulus.

Ok perhatikan berapa yang mohon tu ya.

431 orang memohon kan?

Daripada 431 orang yang memohon tu, Chin Peng LANGSUNG TIDAK MEMOHON UNTUK MENJADI WARGA, MEMPERSETUJUI SYARAT-SYARAT YANG DILETAKKAN DAN TIDAK MAHU PULANG!

Noktah.

Perjanjian Damai Hatyaii 1989, Chin Peng masih kekal untuk berfahaman PKM, tidak mahu menggugurkan ideologi perjuangan PKM, malah tidak mahu memperakui Malaysia negara merdeka dan bertaat setia pada YDPA dan Perlembagaan Negara.

Celah mana Chin Peng ni warga?

Ok, kita cuba balik ke tahun-tahun sebelum merdeka.

Di bawah Perlembagaan Negara, Jadual Kedua, Perkara 1.1a, kesemua penduduk Persekutuan Tanah Melayu yang lahir sebelum Merdeka, perlu memohon untuk menjadi warganegara.

Chin Peng TAK PERNAH MEMOHON UNTUK MENJADI WARGA.

Malah, ketika Merdeka, Chin Peng telah melarikan diri ke beberapa negara (YA CHIN PENG SELEPAS MERDEKA TAK PERNAH BERADA DI MALAYSIA) dan mengawal gerakan pengganas PKM dari jauh.

Jadi dengan semua yang dibentangkan di sini, bagitahu saya bagaimana;

1. Seorang pengganas radikal.
2. Bukan seorang warganegara.
3. Membawa ideologi yang langsung tidak kena dengan asas-asas negara.
4. Membunuh dengan kejam rakyat biasa yang tidak mahu bersekongkol dengan PKM.

boleh dianggap perkara kecil?

Boleh dikeluarkan kenyataan seperti "Oh abunya saja yang dibawa balik".

Atas dasar apa ia OK?

Memalukan. Apa saja yang menjadi 'embodiment' kepada Malaysia adalah ibarat sampah dengan perbuatan ini.

C&P FB Mohamad Jamalee

Pejuang UEC rakus, nak untung tanpa ubah dasar: Kok Seong




Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 2 Rabiulakhir 1441H, Jumaat – Tiada gunanya kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jika dasarnya tidak selari dan mengikut sistem pendidikan negara, kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, pejuang UEC akan terus mendesak sijil peperiksaan berkenaan diiktiraf tanpa sebarang syarat, bahkan mahu dikekalkan seperti sedia ada.

Beliau berkata, pengiktirafan terhadap UEC akan memberi isyarat tidak baik kepada sistem pendidikan negara kerana menerima dasar pendidikan luar yang bertentangan dengan kurikulum kebangsaan disebabkan daripada tekanan politik.

"Kita tidak mahu politik dicampur-adukkan dengan bidang semulia pendidikan. Jadi kita harap sangat UEC tidak diiktiraf kerana berada di luar sistem kita. Mereka pernah diberi kesempatan untuk masuk dalam sistem kita tetapi enggan.

"Jadi, apabila mereka mahu terus berada di luar sistem pendidikan negara, maka tak perlulah mohon atau desak dengan gunakan tekanan politik, janji manifesto supaya ia diiktiraf. Apabila diiktiraf pastinya ia tidak baik untuk sistem pendidikan negara," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Prof Kok Seong berkata, rata-rata kaum Cina sama ada daripada MCA, DAP atau Gerakan sememangnya akan sehati sejiwa dalam perjuangan mengiktiraf sijil berkenaan.

"Semua kaum Cina memang mahu UEC diiktiraf, dan sebolehnya mereka mahukan ia diiktiraf tanpa syarat sehingga ada yang membuat permintaan melampau.

"Mahu UEC diiktiraf tanpa perlu diubah dasarnya, tetapi diberi kuota ke IPTA dan bekerja di sektor awam. Mereka ini hanya mahukan keuntungan sepanjang jalan. Betapa rakusnya permintaan pejuang-pejuang UEC ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan berkenaan terletak kepada Kabinet sama ada untuk UEC diiktiraf atau kekal menolaknya seperti yang diharapkan banyak pihak.

"Saya kira semua orang berpandangan bahawa keputusannya 50-50. Mungkin ia diiktiraf atau mungkin tidak. Kabinet sekarang terdiri daripada barisan yang bercampur-campur.

"Jadi ada pihak yang menjangkakan Kabinet akan mengiktiraf, tetapi kita berharap supaya ianya ditolak," katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata, laporan lengkap Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) berhubung pengiktirafan sijil itu dijangka diserah kepada kementeriannya, selewat-lewatnya hujung tahun ini sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk keputusan akhir.

"Laporan akan disusun bersama lampiran termasuk transkrip setiap temubual yang telah dilakukan. Setakat ini, pasukan itu telah berjaya menyiapkan 38 sesi transkrip daripada 48 sesi rakaman yang ada," kata Maszlee.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/11/29/pejuang-uec-rakus-nak-untung-tanpa-ubah-dasar-kok-seong-2/

Subuh di Wilayah Persekutuan turut tambah lapan minit




BANGI, 2 Rabiulakhir 1441H, Jumaat – Selepas Selangor, hari ini Wilayah Persekutuan juga mengumumkan perubahan waktu solat Subuh ditambah lapan minit berbanding takwim sedia ada.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pihaknya mengambil prihatin isu tambahan lapan minit sebagai permulaan masuk waktu Subuh dari waktu sedia ada dalam taqwim di Selangor.

Katanya, hal ini kerana darjah ditukarkan dari 20 darjah kepada 18 darjah menjadikan setiap darjah dikira empat minit, justeru, dua darjah menjadikan lapan minit.

"Pada dasarnya, keputusan ini dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 pada 20-21 November 2019 Masihi bersamaan 23-24 Rabiul Awwal 1441 Hijrah.

"Ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah memperkenankannya untuk dilaksanakan di Wilayah Persekutuan setelah disyorkan oleh Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan memaklumkan masuk waktu Subuh bagi seluruh negeri Selangor ditambah lapan minit berbanding takwim sedia ada.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, keputusan perubahan itu hanya untuk solat Subuh bagaimanapun, bagi waktu Imsak ia akan dilewatkan iaitu 10 minit sebelum Subuh bermula.

Bagi waktu Syuruk iaitu waktu berakhirnya Subuh dan terbit matahari pula kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam taqwim solat.

Justeru, Dr Zulkifli berkata, bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hendaklah menta'khirkan atau menambah lapan minit azan Subuh berbanding taqwim solat Wilayah Persekutuan yang sedia ada.

Katanya, perubahan itu bermula esok iaitu 30 November 2019 bersamaan 3 Rabiul Akhir 1441 Hijrah.

"Kami akan bahaskan secara khusus berhubung hukum solat Subuh yang telah dilakukan sebelum ini berdasarkan kepada taqwim sedia ada dalam masa yang terdekat.

"Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita taufik dan hidayah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya. Amin," katanya.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/11/29/subuh-di-wilayah-persekutuan-turut-tambah-lapan-minit/

Presiden Filipina Perintahkan Tangkap Semua Orang yang Isap Vape



Suara.com - Kebijakan baru dikeluarkan Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengenai larangan penggunaan dan impor rokok elektrik atau yang sering disebut vape.

Disadur dari laman ABS-CBN News, Kamis (21/11/2019), dalam konferensi pers Selasa lalu, Duterte memerintahkan aparat kepolisian untuk menangkap siapapun yang menggunakan rokok elektrik di depan umum.

"Saya akan mencekal pengguna dan pengimpor rokok elektrik," ungkap Duterte.

"Anda tahu kenapa? karena itu beracun, dan pemerintah memiliki kekuatan untuk mengeluarkan berbagai cara demi melindungi kesehatan masyarakat dan kepentingan publik," sambungnya.

Maka dari itu, Duterte meminta pengguna atau pengimpor rokok elektrik untuk menghentikan kebiasaan mereka kalau ingin tetap aman.

"Lebih baik hentikan. Saya akan memerintahkan penangkapan kalau kalian melakukannya dalam ruangan," kata Duterte.

Lebih lanjut, ia juga mengatakan, "Saya sekarang memerintahkan penegak hukum untuk menangkap siapa pun yang menggunakan vape di depan umum. Itu sama halnya dengan merokok."

Di lain pihak, kebijakan baru negara Filipina tersebut tak lepas dari kejadian yang menimpa seorang remaja, pengguna vape.

Departemen Kesehatan Filipina (DOH) mengonfirmasi jika perempuan berusia 16 tahun tersebut mendapat perawatan intensif setelah menderita electronic cigarette or vaping-associated lung injury (EVALI) atau cedera paru-paru.

Remaja itu dirawat di rumah sakit sejak 21 Oktober lalu setelah mengeluh sesak napas tiba-tiba. Ia diketahui telah menggunakan vape selama enam bulan.

Menurut catatan DOH, ada sekitar 1 juta orang Filipina yang menggunakan rokok elektrik.

Sebelumnya DOH telah memperingatkan warga Filipina, jika rokok elektrik bukan merupakan terapi pengganti nikotin yang dapat menyebuhkan penyakit paru-paru.

Sementara itu, di Amerika Serikat, hingga 14 November ada sekitar 42 orang meninggal dan 2.172 sakit karena menghisap rokok elektronik. Lebih dari tiga perempat dari jumlah tersebut terkontaminasi zat tetrahydrocannabinol (THC) dan zat psikoaktif ganja dengan atau tanpa produk nikotin.

Meratap petaka daripada langit sejarah!



Oleh: Dr Riduan Mohamad

Seperti babi hutan yang terlepas didalam perkebunan sayur yang segar dan malar, mereka akan terus melanggar batas-batas kesabaran ummat. Seperti " kaduk naik junjung" mereka tak peduli, merasa membusung dada dan tersanjung dengan mandraguna kuasa maka cucu cicit Min Yuen ini akan terus mendobrak kesantunan dan kesabaran ummat. Sebelum ini cuba mewajahkan MPAJA sebagai pejuang kemerdekaan, bendera berbintang lima, keinginan mengubah sejarah komunisme dan perang Pasifik dan yang terkini keizinan membawa balik abu mayat Ong Boon Hwa alias Chin Peng ke negara ini.

Siapa tokoh kontroversi ini ?perlukan berdebat panjang akan jasa tokoh Marxist ini kepada negara kita. Bangsa yang tak mempedulikan sejarah ialah bangsa yang hilang kemuliaan dan akan terus ditimpa kehinaaan, sebab itulah bangsa Tamadun tua akan terus memelihara sejarah mereka dalam bingkai kemuliaan. Chin Peng mendapat reputasi yang baik sebagai wira komunis apabila berjaya mengorganisasikan Malayan People Anti Japanese Army didalam hutan Malaya dalam era penjajahan Jepun.

Pembantaian Sook Ching diawal penjajahan Jepun telah mengorbankan 70 699 orang komuniti Cina di Malaya dan Singapura. Kesakitan etnik Cina ini berjaya dimanfaatkan oleh PKM untuk menubuhkan proksi mereka, MPAJA. British membekalkan senjata kepada Chin Peng dan MPAJA melalui Force 136 sehinggalah selesai perletakan senjata Jepun akibat tragedi Nagasaki dan Hiroshima. Saya ulang!, perletakan senjata Jepun di Malaya bukan kerana kalah bertempur dengan MPAJA dan Bintang Tiga tetapi akibat pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.

Chin Peng dan komrade MPAJA keluar daripada hutan seolah mereka pejuang yang berjaya mengalahkan Jepun di Malaya, penguasaan MPAJA selama 14 hari keatas Malaya memberikan kesan mendalam kepada hubungan etnik Melayu dan China. Beliau juga mendapat anugerah daripada kerajaan British akibat penglibatan Bintang Tiga ini didalam hutan Malaya.

Chin Peng meraih kedudukan paling tinggi dalam organisasi Parti Komunis Malaya apabila terbongkarnya siapa Lai Teck, Setiausaha Agong PKM pasca pendudukan Jepun. Lai Teck adalah agent British yang "ditanam" didalam PKM, manakala ada pandangan kedua mengatakan beliau juga adalah agen Jepun.

Suasana ketidaktentuan dalam PKM, ditambah karisma dan kegeniusan Chin Peng maka beliau menduduki hirarki paling tinggi PKM. Parti Komunis Malaya dengan majoriti etnik Cina ini melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 1948 sehingga British memperkenalkan Ordinan Darurat 1948. Chin Peng mendapat arahan khusus daripada Comintern ( communist International) untuk mmelancarkan peperangan di Malaya bagi menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Bermulalah saat getir tanahair ini, dengan pembantaian, pembunuhan terhadap rakyat dan anggota keselamatan. Belasan ribu menggeletak hilang nyawa, serta usaha PKM merosakkan ekonomi negara ini dengan gerakan sabotaj. Kerajaan British berusaha menawarkan tangan perdamaian kepada PKM pada tahun 1955 melalui Rundingan Baling namun gagal kerana keegoan Chin Peng dan delegasi PKM. Mereka mahu bergerak secara sah dinegara ini,namun ditolak oleh kerajaan maka mereka terus mengangkat senjata memerangi pasukan keselamatan.

Berakhir darurat pada tahun 1960, Chin Peng dan komrade bintang tiga terus berada dihutan tebal Malaya, serangan gerila tetap mereka lancarkan untuk merosakkan negara ini. Pembunuhan kepada pegawai-pegawai kanan polis, merosakkan tugu negara, infiltrasi dalam organisasi umum seperti PBCUM dan lain-lain. 1989 adalah tahun mereka sepenuhnya meletakkan senjata namun ideologi komunis tidak pernah pada. Taktikalnya berubah namun racunnya tetap berbisa, bukan kepalang kesakitan yang dialami oleh para anggota keselamatan negara ini dalam tempoh lebih separuh abad ( 1948-1989).

Maestro komunisme ini telah meninggal dunia pada jam 6.20 pagi 16 September 2013 di sebuah hospital di Bangkok. Thailand adalah negara beliau bermukim akibat tak dibenarkan pulang ke Malaysia. Kematian Chin Peng diratapi oleh penyokongnya di negara ini. Malah ramai yang menuntut abu mayat Chin Peng alias Ong Boon Hwa dibawa balik ke Malaysia sebagai penghormatan, namun kerajaan BN akur dengan sensitiviti majoriti rakyat negara ini.

DAP antara yang bersungguh mahukan abu mayat petualang ini dibawa pulang ke Malaysia, mungkin kerana untuk merengkuh undi kaum Tiong Hua. Antara sosok penting DAP yang lantang menuntut abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok dan Dr P Ramasamy. Buku tulisan Chin Peng yang terkenal juga dalam diam tersebar dikalangan rakyat negara ini, " My side Of History", lagi menambah kekaguman kepada perjuangan Chin Peng dan komrad PKM.

Hari ini adalah sangat mengejutkan malah mendukacitakan ramai rakyat negara ini apabila muncul laporan bahawa abu mayat Chin Peng telah dibawa pulang ke Malaysia serta ditabur di laut berdekatan Lumut dan Sitiawan Perak dan di hutan sekitar Banjaran Titiwangsa disertai upacara peringatan Chin Peng pada 16 September yang lalu.

Kerajaan PH yang didominasi oleh DAP diminta bertangungjawab dalam isu ini, kalian sangat angkuh dan bebal sekali. Isu ini bagi penulis terkait juga dengan isu serahan gran tanah di Perak untuk kampong baru atau MinYuen yang diusahakan oleh Sir Harold Bridg pada tahun 1950, usaha memisahkan PKM dan tentera rakyat atau Min Yuen. Jika saya bekas anggota keselamatan negara, pastilah saya akan menggalang demonstrasi skala besar membantah kebebalan kerajaan PH terkait isu-isu reinkarnasi komunisme dinegara ini. Jangan kita menjadi insan yang buta akan sejarah kezaliman komunis!

( Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI )

Selangor catat jumlah tertinggi laporan pencemaran



KUALA LUMPUR: Selangor mencatat jumlah tertinggi laporan pencemaran sebanyak 2,749 dengan pecahan 2,379 untuk udara, air (216), buangan terjadual (22), bunyi (57), tanah (27), tumpahan minyak (6) dan 43 lain-lain.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissah Munirah berkata, angka itu diperolehi daripada jumlah 9,681 laporan direkod Jabatan Alam Sekitar dari Januari sehingga Oktober lepas.

“Dalam tempoh yang sama, JAS telah berjaya melaksanakan 11, 710 pemeriksaan, peningkatan 63 peratus dari tahun lepas, 1,593 arahan lapangan, peningkatan 33 peratus dari tahun lepas dan 3,413 notis arahan, peningkatan 70 peratus dari tahun lepas.

“(Manakala) 3.465 kompaun, peningkatan 51 peratus dari tahun lepas, 238 tindakan makamah, peningkatan 37 peratus dari tahun lepas dan 254 perintah larangan, peningkatan 4,133 peratus dari tahun lepas,” katanya.

Isnaraissah menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (PH - Tasek Gelugor) yang mahu tahu statistik terkini berkaitan laporan pencemaran alam sekitar yang berlaku mengikut negeri.

Dalam pada itu katanya, kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengendalian Bencana Industri yang menggariskan peranan dan tanggungjawab agensi-agensi dalam mengendalikan bencana industri.

“Tatacara pengendalian bencana dalam SOP ini boleh digunapakai menghadapi apa-apa insiden atau bencana kimia yang berlaku.

“Di samping menggunapakai SOP tersebut, pihak Jabatan Alam Sekitar juga melaksanakan langkah kesedaran bersama masyarakat bagi meningkatkan tahap pemahaman penduduk tempatan berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku insiden pencemaran atau bencana kimia,” jelasnya

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/selangor-catat-jumlah-tertinggi-laporan-pencemaran-223806

Pemindahan Besar-Besaran KSU Kementerian?


oleh: Dr. Kamarul

Berita panas hari ini adalah laporan The Malaysian Insight yang memetik beberapa sumber sebagai berkata bahawa pemindahan besar-besaran beberapa orang Ketua Setiausaha Kementerian akan dibuat menjelang Disember bagi mengatasi masalah sabotaj dan daulah terpendam (deep state) perkhidmatan awam.

Lapan kementerian yang didakwa terlibat ialah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Disebabkan jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sememangnya sudah kosong sekarang, maka yang didakwa bakal terlibat oleh sumber-sumber The Malaysian Insight ialah:
(1) Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang Ketua Setiausahanya ialah Dato' Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus.
(2) Kementerian Sumber Manusia yang Ketua Setiausahanya ialah Dato' Amir Bin Omar.
(3) Kementerian Pendidikan yang Ketua Setiausahanya ialah Dato' Dr. Mohd Gazali Bin Abas.
(4) Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang Ketua Setiausahanya ialah Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad.
(5) Kementerian Kerja Raya yang Ketua Setiausahanya ialah Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Bin Syed Ikhsan.
(6) Kementerian Pembangunan Usahawan yang Ketua Setiausahanya ialah Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi.

Dua ayat yang dikira penting dalam laporan ini adalah:
(1) Pertukaran ini adalah dibuat atas permintaan Menteri: “As such, a few ministers have asked that their secretary-general or those in senior posts be transferred out.”
(2) Mungkin akan ada lebih banyak lagi pertukaran: “There may be more, as there are demands for the dismissal of some officials.”

Ini adalah satu perkembangan yang agak mengejutkan jika laporan ini benar.

Dakwaan sabotaj oleh pegawai tinggi kerajaan adalah perkara yang serius.

Semoga tidak akan ada mana-mana pihak yang teraniaya dalam perkara ini.

LAPORAN BERKENAAN:
1. “More changes in civil service as Pakatan takes on ‘deep state’”, boleh dibaca di sini: https://www.themalaysianinsight.com/s/200773
2. “Lebih ramai pegawai kanan akan dipindahkan untuk atasi daulah terpendam”, boleh dibaca di sini: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/200778

Komunis: Luka Lama Berdarah Kembali


LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) minta pihak keselamatan negara segera mematahkan cubaan untuk menyebar semula agenda komunis di Malaysia. Terdapat pihak sengaja mengangkat pemimpin komunis sebagai pejuang kemerdekaan, mengubah sejarah, membawa balik abu Chin Peng dan menghina Jalur Gemilang. PAS percaya anasir ini akan terus membuat pelbagai lagi tindakan bagi memastikan agenda Komunisme menjadi dominan di Malaysia.

Komunis melakukan pemberontakan bersenjata di Malaysia sehingga mengorbankan ribuan nyawa termasuk perajurit negara. Luka lama akan berdarah kembali. Komunis bukan hanya mahu menyebarkan ideologi sahaja tetapi mahu merampas kedaulatan dan kepimpinan negara. Jangan gugat keharmonian rakyat pelbagai kaum dengan ancaman komunisme. Tidak keterlaluan jika dikatakan agenda ini didalangi oleh satu rangkaian antarabangsa yang lebih besar.

PAS berharap agar rakyat Malaysia bersatu padu dan berhati-hati dengan ancaman komunisme. Rakyat juga diminta untuk tidak mengambil tindakan balas di luar batas undang-undang. Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mematahkan agenda bahaya komunisme di negara ini.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

30 Rabi’ul Awwal 1441 | 27 November 2019

Siapa luluskan bawa balik abu Chin Peng?


BANGI, 29 Rabiulawal 1441H, Selasa – "Kenapa kerajaan PH terdesak sangat mahu abu Chin Peng dibawa pulang secara senyap-senyap?," soal bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang berang dengan tindakan itu, tertanya-tanya pihak mana di dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang meluluskan supaya abu pemimpin komunis dibawa ke Malaysia.

"Adakah langkah ini boleh memulihkan ekonomi negara yang semakin merosot? Siapakah dalam kerajaan PH yang meluluskan?

"Kerajaan PH buat tugu wira askar Jepun tahun lalu, ramai dah marah. Tahun ini, korang sengaja buat lagi? Untuk apa?," katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kerajaan sepatutnya bertanggungjawab menjaga keamanan dan keharmonian negara.

"Keputusan kerajaan BN dahulu tidak membenarkan abu Chin Peng untuk dibawa balik tentu ada sebabnya.

"Kita tahu ramai Rakyat Malaysia yang sangat ambil berat serta marah dengan isu ini. Sebab itu, kita tidak membenarkan pada masa itu.

"Memandangkan sentimen perkauman pasca PRU14 sudah tinggi, kenapa kerajaan PH masih tegas untuk membakar lagi keadaan dengan mengambil langkah-langkah yang kontroversial?," katanya.

Pada 2014, Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (KPM), Chin Peng dibawa balik ke negara ini.

Beliau berkata, sewaktu zaman komunis, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah menyebabkan ramai polis atau tentera yang gugur.

Beliau juga tidak mahu ada pemujaan berlaku jika abu mayat Chin Peng ditempatkan di biara tertentu di negara ini.

Bagaimanapun, hari ini, rakyat digemparkan dengan laporan berita bahawa abu mayat Chin Peng sudah pun dibawa pulang ke Perak pada 16 September lalu selepas enam tahun kematiannya.

Penyelaras kumpulan yang menguruskan abu mayat berkenaan, Chan Kan Fook, 81, berkata, mereka membawa pulang abu mayat Chin Peng dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu.

Kan Fook berkata, sebahagian abu mayat Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak serta sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/11/26/siapa-luluskan-bawa-balik-abu-chin-peng/

Amaran Kepada PH : Jangan Budayakan Arak Dalam Masyarakat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan mutakhir pemimpin politik dari kalangan Pakatan Harapan berhubungan dengan isu arak.

Rakyat Malaysia satu masa dulu dikejutkan dengan cadangan untuk mengadakan ‘Oktoberfest’ yang secara jelas bertentangan dengan agama, akhlak dan moral serta budaya ketimuran. Begitu juga tular di media sosial pemimpin PH dengan bangga memegang gelas dan botol arak, kononnya atas dasar hak asasi manusia.

Insiden terbaru, kenyataan bahawa tiada larangan minum arak di tempat terbuka, telah menimbulkan polemik kerana ia bertentangan dengan norma tatasusila yang diamalkan di Malaysia. Kenyataan ini juga dianggap biadap dan seperti sengaja memercikkan api kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Islam tidak pernah menghalang bukan Islam untuk mengamalkan agama dan budaya mereka. Sekali pun bukan Islam dibenarkan meminum arak, tapi bukanlah secara terbuka di tempat awam.

Cukuplah berita tentang kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk kerap terpampang di dada akhbar. Terlalu banyak kes seperti pergaduhan, keganasan rumah tangga, malah jenayah akibat pengaruh alkohol, yang tidak perlu disebutkan terperinci di sini. Berita-berita ini sepatutnya diambil iktibar dan menginsafkan kita sebagai warganegara yang prihatin.

Jika dilihat di negara lain yang majoritinya bukan Muslim, meminum arak di tempat awam adalah dilarang. Antara negara-negara tersebut ialah Kanada, Chile, Finland, Lithuania, Mexico, Norway, Poland, Russia dan Slovakia.

PAS konsisten mencegah keterbukaan dalam apa juga aktiviti yang melibatkan arak sepertimana Islam mengharamkannya. Rasulullah SAW bersada:

“Jauhilah oleh kamu semua akan arak kerana sesungguhnya ia adalah kunci segala kejahatan”. (Riwayat Baihaqi)

Rakyat Malaysia tidak boleh sekali berkompromi dengan segala aktiviti yang boleh merosakkan masyarakat, apatah lagi boleh mengakibatkan kerosakan akal atau kehilangan nyawa.

PAS memberi peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan tidak sekali-kali membudayakan arak dan sepatutnya mengetatkan undang-undang berkenaan arak sama ada penjualan, pembelian serta semua aktiviti melibatkan minuman keras ini.

Sayangi negara, jauhi arak.

‘Islam Memimpin Perpaduan’
‘Muafakat Nasional, Membina Malaysia Sejahtera’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
26 November 2019 | 29 Rabiul Awwal 1441

Hotel patuh Syariah jayakan hospitaliti Islamik


KUALA TERENGGANU: Sektor perhotelan merupakan antara komponen penting dalam industri pelancongan dan berfungsi menyediakan kemudahan penginapan dan perkhidmatan kepada pelancong.

Lazimnya, pelancong muslim lebih memilih hotel yang menyediakan makanan halal berbanding yang lain.

Tidak kira pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara, mereka sedar bahawa mencari sesuatu yang halal itu adalah satu kewajipan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menjelaskan perkara tersebut dalam ucaptama beliau di International Conference On Islamic Civilazatin dan Technology Management 2019 (ICTM 2019) di Dewan Camelia, Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu, 23 November lalu.

“Salah satu produk pelancongan Islam yang berpotensi untuk diketengahkan ialah hotel patuh syariah. Konsep pengurusan bagi hotel patuh syariah adalah bercirikan islamik dan semakin berkembang di Malaysia.

“Patuh syariah dalam pelancongan Islam bermaksud menyediakan produk dan perkhidmatan hospitaliti selaras dengan prinsip-prinsip syariah.

“Faktor asas dalam mengendalikan hotel patuh syariah adalah penyediaan makanan yang halal dan perkhidmatan hospitaliti mesra muslim,” terang beliau.

Katanya, dalam melaksanakan ciri-ciri patuh syariah itu, pengetahuan terhadap prinsip patuh syariah adalah penting untuk difahami agar tidak bertentangan dengan syariat.

Tambah beliau, masih terdapat beberapa perkara yang harus diperbaiki dalam memastikan industri perhotelan Islam di Malaysia menjadi pilihan utama para pelancong.

Terengganu perlu berusaha untuk mempelopori konsep hotel patuh syariah dan seterusnya bersaing dengan perkhidmatan perhotelan yang disediakan oleh negara-negara Barat. – HARAKAHDAILY 26/11/2019

Ketetapan Amerika Syarikat Terhadap Palestin : Permulaan Ke Arah Penaklukan Tebing Barat


oleh: YB Ustaz Muhammad Khalil

Beberapa hari lepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo mengumumkan bahawa Amerika Syarikat mengubah polisinya berkaitan status pendudukan serta penempatan haram Zionist Israel di Tebing Barat, Palestin dengan menyatakan bahawa ia tidak menyalahi undang – undang antarabangsa. Pengumuman tersebut mengejutkan banyak pihak serta menimbulkan kemarahan majoriti dunia dan umat Islam apatah lagi rakyat Palestin yang sememangnya mengecam tindakan tersebut.

Mike Pompeo menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak lagi akan menggunapakai polisi Jabatan Negara Amerika Syarikat tahun 1978 yang menyatakan bahawa pendudukan serta penempatan haram Zionist Israel di Tebing Barat adalah tidak konsisten dengan undang – undang antarabangsa. Tindakan Zionist Israel juga jelas bertentangan dengan Artikel 49, Konvensyen Geneva ke Empat yang menyatakan bahawa pihak penjajah tidak boleh memindahkan penduduk awamnya atau mendiami wilayah yang diduduki atau dijajah.

Malah ia juga bertentangan dengan Resolusi 2334 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu 2016 yang dengan jelas menyatakan bahawa pendudukan serta penempatan haram Zionist Israel di Palestin sejak 1967 termasuk Timur Baitulmuqaddis adalah menyalahi undang – undang antarabangsa dan tidak sah. Dengan Amerika Syarikat mengubah polisi tersebut, ia seperi membenarkan pencerobohan Zionist Israel di Tebing Barat, merobohkan rumah penduduk Palestin, merampas tanah dan menghalau warga Palestin serta membina penempatan haram untuk warga Zionist Israel.

Tindakan Amerika Syarikat yang dipercayai didalangi Zionist Israel adalah dirasakan untuk membalas tindakan Jordan yang mengambil kembali wilayah Al Baqoura dan Al Ghumar daripada Zionist Israel baru – baru ini setelah menyerahkannya kepada Zionist Israel pada tahun 1994 ketika menandatangani perjanjian damai akibat berlakunya pertelagahan sempadan. Tindakan Jordan mengambil kembali kedua – dua wilayah tersebut adalah kerana sentimen anti Israel yang semakin meningkat dikalangan rakyat Jordan, begitu juga ketegangan yang semakin meruncing diantara Jordan dan Zionist Israel.

Sejurus dengan pendirian terbaru Amerika Syarikat ini, Benjamin Netanyahu dengan segera mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa ia adalah satu tindakan tepat yang membetulkan kesilapan polisi Amerika Syarikat yang lalu. Keadaan menjadi bertambah parah buat rakyat Palestin di Tebing Barat kerana selepas pengumuman tersebut, kenderaan berat milik Zionist Israel yang dikawal tentera mula memasuki Tebing Barat dan merobohkan rumah rakyat Palestin. Rakyat Palestin yang sememangnya mengharungi kehidupan sukar bertambah sengsara lagi hidup mereka.

Tindakan berani Amerika Syarikat itu juga adalah dipercayai akibat daripada proses normalisasi beberapa negara Asia Barat yang mengadakan hubungan langsung dengan Zionist Israel di mana ia berjaya mengekang negara – negara tersebut daripada mengutuk mahupun menyekat tindakan Zionist Israel terhadap Palestin dan rakyatnya. Hubungan normalisasi tersebut seolah – olah memberi lesen mahupun berbuat tidak nampak perlakuan keji dan kekejaman Zionist Israel terhadap Palestin dan rakyatnya.

Tindakan tersebut adalah lanjutan daripada beberapa tindakan dan polisi Amerika Syarikat era Donald Trump yang dilihat memihak kepada Zionist Israel seperti pengumuman Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, pemindahan Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmuqaddis dan pemotongan peruntukan UNWRA untuk pelarian Palestin. Donald Trump yang semenangnya penyokong kuat Benjamin Netanyahu disamping Jared Kushner, Penasihat Rumah Putih yang juga menantunya adalah arkitek pelan damai Asia Barat yang ternyata memihak kepada Zionist Israel serta menindas Palestin dan rakyatnya.

Penaklukan Israel Ke atas Tebing Barat

Tebing Barat asalnya adalah sebahagian daripada wilayah Jordan sebelum ditawan Zionist Israel pada 1967 ketika Perang Arab Israel. Semenjak penaklukan tersebut, Zionist Israel terus membina penempatan untuk penduduk haram Yahudi di Tebing Barat dan mula menghalau keluar penduduk Palestin, meroboh mahupun merampas kediaman mereka. Rakyat Palestin bangkit menentang Zionist Israel, menyaksikan banyak berlaku pertumpahan darah yang mengorbankan puluhan ribu nyawa rakyat Palestin termasuk jutaan yang meninggalkan tanah air mereka.

Namun pada tahun 1993, Palestine Liberation Organization ( PLO ) dan Kerajaan penjajah Zionist Israel menandatangani perjanjian Oslo Accord 1 di Washington D.C., Amerika Syarikat. PLO di wakili Pengerusinya Yasser Arafat dan Zionist Israel oleh Perdana Menterinya Yitzhak Rabin menandatangani perjanjian tersebut dengan disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Bill Clinton dan Andrei Kozyrev, Menteri Luar Russia. Perjanjian damai tersebut meredakan seketika pertempuran diantara rakyat Palestin dan Zionist Israel.

Perjanjian Oslo Accord 1 adalah perjanjian pengunduran tentera Zionist Israel yang berada di wilayah Tebing Barat dan Semenajung Gaza serta penyerahan kuasa pemerintahan kedua –kedua wilayah tersebut kepada Palestine National Authority ( PNA ). PNA adalah satu entiti kuasa pemerintahan yang ditunjangi oleh PLO yang bertujuan menyediakan Palestin untuk menyelia pentadbiran kedua –dua wilayah tersebut. Syarat – syarat perjanjian tersebut adalah untuk dilaksanakan secara berperingkat selama lima tahun.

Perjanjian Oslo Accord II pula menyusul pada 28hb September 1995 yang ditandatangani di Taba, Mesir. Perjanjian tersebut adalah lanjutan daripada penjanjian Oslo Accord 1 yang mengesahkan penyerahan kuasa pentadbiran Semenanjung Gaza dan Tebing Barat kepada PNA serta pengunduran tentera Zionist Israel daripada kedua –dua wilayah tersebut. Perjanjian yang ditakrifkan sebagai kemenangan kepada rakyat Palestin oleh Barat hanyalah muslihat kerana jelas sehingga ke hari ini, keluasan kedua –dua wilayah tersebut semakin mengecil dan Zionist Israel tetap kekal berkuasa.

Yang nyata, Zionist Israel tidak pernah melepaskan kekuasaan keatas kedua –dua wilayah tersebut malah semakin menguatkan cengkaman mereka menekan rakyat Palestin. Kuasa autonomi yang dijanjikan keatas PNA sebenarnya hanya untuk mengaburi mata Dunia Islam kerana ternyata PNA hanya diberi kuasa terhad untuk mentadbir kedua –dua wilayah tersebut. Yang paling mengecewakan, didalam kedua –dua perjanjian tersebut tidak pernah menyebut tentang penubuhan negara berdaulat Palestin seperti yang digembar – gemburkan oleh media barat ketika itu.

Sehingga ke hari ini, Palestin dan rakyatnya ditipu hidup – hidup oleh Zionist Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat. Pengumuman Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo nyata hanya melengkapkan cita – cita Zionist Israel untuk menjajah mahupun menakluk sepenuhnya Tebing Barat. Tindakan tersebut juga seolah – olah amaran kepada mana – mana negara Asia Barat agar tidak menyebelahi Palestin.

Mana – mana negara yang meyebelahi Palestin bakal menerima nasib yang buruk seperti Iraq, Libya mahupun Iran yang dikenakan pelbagai sekatan ekonomi ataupun digulingkan pemimpin negara yang menyokong Palestin seperti Almarhum Muhammad Morsi, mantan Presiden Mesir. Yang jelas, lebih banyak negara menyokong Palestin, lebih kuat cengakaman Zionist Israel keatas Palestin. Sebenarnya, ini adalah petanda awal penaklukan sepenuhnya Tebing Barat oleh Zionist Israel.

Sikap Dunia Terhadap Perubahan Polisi Amerika Syarikat.

Pengumuman Amerika Syarikat membangkitkan kemarahan dunia dan mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Negara utama Kesatuan Eropah seperti Perancis, Jerman, Britain, Belgium dan Poland mengutuk tindakan tersebut sambil menegaskan bahawa pendudukan Zionist Israel keatas Tebing Barat dan pembinaan penempatan untuk penduduk haram Yahudi adalah tidak sah dan melanggar undang – undang antarabangsa.

Kesatuan Eropah yang asalnya ingin mengeluarkan kenyataan bersama mewakili kesemua 28 negara dibawah kesatuan tersebut untuk mengecam tindakan Amerika Syarikat diancam Hungary untuk menggunakan veto bagi menghalang tindakan tersebut. Namun majoriti negara Eropah mengecam tindakan Amerika Syarikat mengubah polisi terhadap Tebing Barat. PBB turut mengecam tindakan Amerika Syarikat mengubah polisi mereka terhadap Tebing Barat sambil menegaskan penempatan haram Yahudi di wilayah tersebut dan penguasaan mereka adalah menyalahi undang – undang antarabangsa.

Namun yang paling mengecewakan adalah sikap negara – negara Asia Barat, Liga Arab dan OIC. Hampir boleh dikatakan langsung tiada kecaman mahupun bantahan terhadap perubahan polisi Amerika Syarikat tersebut melainkan hanya beberapa negara yang berani menyuarakan bantahan. Negara – negara Asia Barat yang menormalisasikan hubungan dengan Israel langsung tidak bersuara. Apakah ini tanda persaudaraan Islam sudah terkubur, Islam hanya tinggal nama di Asia Barat atau kuasa dan wang sudah menjadi agama baru di Asia Barat ? Nyata sekali Dunia Islam teramat lemah dan hampir terkubur ditelan zaman.

Justeru adalah sangat wajar Kerajaan Malaysia melalui Parlimen mengemukakan usul supaya mengutuk tindakan Amerika Syarikat tersebut yang dilihat sebagai kejam, zalim serta tidak memperdulikan undang – undang antarabangsa. Tekanan juga wajar diberikan ke atas OIC dan Liga Arab agar memainkan peranan aktif membantu Palestin dan rakyatnya agar tidak lagi dibuli serta ditindas oleh Zionist Israel serta kuasa – kuasa besar dunia. Dunia Islam harus memainkan peranan penting untuk membela Palestin dan rakyatnya, bukan hanya berpeluk tubuh dan membiarkan Palestin diratah.

Sama – sama kita mendoakan agar Palestin dan rakyatnya dilindungi Allah SWT. Semoga Dunia Islam kembali sedar dan bersatu menentang penjajahan zalim dan kejam oleh Zionist Israel ke atas Palestin dan rakyatnya serta mendoakan agar sampai masa dan ketikanya Zionist Israel berjaya dihalau keluar dari bumi Palestin insyaallah.

YB Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat ADUN Batu Burok.

Al-Hilal jaguh kelab Asia



Al-Hilal mendakap gelaran Kejohanan Liga Juara-Juara Asia (AFC) buat julung kalinya selepas jaringan Salem Al Dawsari dan Bafetimbi Gomis membenam Urawa Red Diamonds 2-0 untuk mengesahkan kemenangan dengan agregat 3-0.

Gol Andre Carrillo dalam babak kedua pertemuan pertama memberikan kelebihan buat kelab Arab Saudi itu membawa bekalan menjelang pertemuan di Stadium Saitama, malam tadi, sementara Diamonds pula memburu gelaran ketiga.

Biarpun menguasai separuh masa pertama, Urawa gagal memecah kebuntuan perlawanan untuk Al-Hilal membalas dendam kekecewaan dalam perlawanan akhir edisi 2017.

Kualiti yang dimiliki Al-Hilal akhirnya membawa hasil dalam separuh masa kedua -- Al Dawsari dan Gomis meledak jaringan pada lewat permainan (minit ke-74 dan 90) -- untuk mereka meraih gelaran pertama selepas tiga percubaan final.

Al Dawsari, yang dibuang padang dalam pertemuan 2017, dua kali hampir meletakkan Al-Hilal di hadapan pada awal permainan, tetapi Urawa pantas menguasai perlawanan -- usaha Takahiro Sekine sempat dipatahkan sebelum percubaan Takuya Aoki tersasar.

Shusaku Nishikawa, yang kembali menjaga gawang selepas digantung dalam pertemuan pertama manakala kesilapan penggantinya, Haruki Fukushima, membenarkan jaringan Carrillo, hampir memberikan Al-Hilal gol pembukaan ketika menepis sepakan penjuru tetapi bola singgah di kaki Jang Hyun-soo, namun dia dapat mematahkan sentuhan penyudah pertahanan tersebut.

Nishikawa sekali lagi bertindak cemerlang dengan menafikan percubaan Gomis, tetapi akhirnya sukar untuk berbuat apa-apa bagi menghalang jaringan Al Dawsari.

Giovinco mencipta gerakan gol itu apabila pantas melakukan hantaran kepada Al Dawsari, yang tidak membuat sebarang kesilapan dengan penyudah yang tenang.

Dengan gelaran sulung semakin menghampiri, Al-Hilal menambah satu lagi jaringan dalam masa pemberhentian apabila Gomis memuktamadkan kejayaan mereka dengan bergaya.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-sukan/al-hilal-jaguh-kelab-asia-223578

Pertemuan sulit Azmin, Mahathir salahkan PKR


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berterima kasih kepada pemimpin utama parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang tidak akan membuat undi tidak percaya terhadapnya di Dewan Rakyat.

Namun, Perdana Menteri menegaskan mereka bebas untuk membuat usul undi tidak percaya atau usul undi percaya kepada dirinya kerana ia amalan demokrasi negara.

“Terima kasihlah. Kalau nak buat (undi tidak percaya), buatlah sebab kita negara bebas. Kita negara yang mengamalkan demokrasi.

“Kita boleh buat undi tidak percaya, bahkan boleh juga buat undi menyokong saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Terdahulu di Parlimen hari ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rancangan untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tidak pernah dibangkitkan kepemimpinan PH, walaupun wujud khabar angin mengenainya.

Spekulasi yang Ahli Parlimen PH akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir tersebar kononnya Perdana Menteri perlu dipersalahkan atas kekalahan mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lalu.

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan PAS akan menyokong beliau kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal Parlimen ini.

“Dulu dia tak sokong saya masa dalam UMNO. Mungkin kerana kedudukan saya sekarang, dia sokong.

“Tak apalah. Terima kasih. Sampaikan salam saya kepada beliau,” katanya sambil tersenyum.

Dr Mahathir juga menyifatkan rakyat masih mahukan beliau menjadi Perdana Menteri di sebalik kekalahan PH di Tanjung Piai.

“Mereka (PH) boleh memecat saya. Tetapi selagi tiada orang yang datang dan tumbuk hidung saya, saya fikir bukan saya, tetapi suka saya,” katanya.

Mengulas pertemuan Ahli Parlimen pembangkang dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Isnin lalu, Perdana Menteri berkata beliau menyifatkan ia mempunyai kaitan dengan krisis berlaku dalam PKR.

“Saya belum bertemu dia (Mohamed Azmin) lagi. Saya tak tahu kenapa ada mesyuarat. Tetapi ini salah PKR. Mereka patut selidik perkara ini,” katanya.

Pen'China'an Malaysia



oleh: Prof Zainur Rashid Zainuddin

Saya mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan yang berlaku di Tanah Air kini dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian.

Ini bukan isu BN atau isu PH, bukan isu Najib atau isu Tun M tetapi ini adalah isu keselamatan negara dan isu masa depan umat.

Saya tidak membicarakan tajuk ini atas alasan membenci rakyat Malaysia berbangsa Cina sebagai musuh, selagi mempunyai semangat patriotik dan menghormati kontrak sosial yang digunakan sejak lebih 60 tahun yang lalu.

Tanah Melayu pernah disebut sebagai sebahagian daripada wilayah Tanah Besar China dalam silibus pendidikan rendah negara China (1938).

Saya 'concern' dengan masa depan negara dengan berlakunya kedatangan puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi.

Tangkapan di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka dan banyak lagi adalah sebahagian daripada buktinya. Ia adalah satu 'open-secret'.

JPN pada 2015 juga mengakui telah mendaftarkan lebih 17,000 kes wanita China yang berkahwin dengan rakyat tempatan.

Ini tidak termasuk dengan kes penjualan kad pengenalan dan.passport kepada warga China.

Ini tidak termasuk ribuan pekerja China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China yang menelan belanja ratusan billion RM.

Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain.

Saya bermohon agar para YB Menteri dari PH dan para MP pembangkang dari kalangan umat Islam untuk mengkaji isu ini dan memperjuangkannya di peringkat parlimen.

Ini bukan isu PH atau isu BN tetapi isu keselamatan negara, isu masa depan umat Islam dan bumiputera sebagai rakyat majoriti di negara tercinta.

Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara Islam yang adil, maju dan makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu Muslim yang berwibawa sebagai tunjang kepimpinan negara.


Sumber: https://www.facebook.com/155707591143880/posts/2710527682328512/

Kerajaan Digesa Segera Tangani Kemasukan Daging Import Tidak Patuh Syarat, Diragui Halal



Insiden berulang ketibaan daging yang tidak mematuhi syarat import seperti yang dinyatakan dalam permit dan diragui status halalnya adalah amat dikesali serta menunjukkan ketidakcekapan kementerian dan agensi berkenaan dalam menanganinya.

Empat hari lalu, sekali lagi sejumlah sepuluh kontena daging kerbau bernilai RM3.5 juta dari India telah dirampas di Pelabuhan Pulau Pinang kerana tidak mematuhi syarat import dan penggunaan logo halal yang berbeza serta tidak diiktiraf oleh JAKIM.

Sedangkan, dua minggu lepas, sejumlah 1,443 karton daging kerbau bernilai RM1.5 juta juga sudah dirampas di Pelabuhan Kuantan kerana kesalahan yang sama.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tadi terutamanya menerusi Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia sepatutnya bertindak pantas dan tegas membatalkan permohonan dan kelulusan permit import syarikat yang berkenaan.

Kementerian Pengangkutan pula menerusi Lembaga Pelabuhan berkenaan mesti menambah baik prosedur dan aktiviti kawal selia di semua pelabuhan serta meningkatkan integriti pegawai-pegawai mereka supaya tiada kebocoran berlaku.

Hal ini perlu ditangani segera dan secara menyeluruh kerana ia bukan sahaja soal kesahalan prosedur atau teknikal, bahkan lebih besar daripada itu melibatkan masalah status halal dan haram makanan berkenaan sehingga boleh menjejaskan jiwa dan keperibadian manusia.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus


Sila kongsikan maklum balas anda mengenai isu ini di pautan berikut :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2907748829235128&id=569086473101387

PASTI Yang Subur Mengharum Dihati .


Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Minggu ini bertebaran audio visual majlis-majlis ihtifal PASTI diseluruh negara, senyum tawa ibubapa meraikan kejayaan anak-anak, juga para pendidik hiba dalam guratan wajah ceria akan melepaskan anak-anak didik tahun enam ke Sekolah rendah. Nama PASTI meniti daripada bibir ke bibir masyarakat apatah lagi ramai pemimpin UMNO dengan jelas menyeru ahli-ahli mereka menghantar anak-anak ke prasekolah paling berpengaruh dinegara ini. Era taawun siyasi ini melebarkan lagi jangkauan dan pengaruh PASTI , bahkan anak-anak bukan Islam juga turut dihantar mencicip ilmu 3M di institusi pendidikan yang dibidankan oleh Dewan Pemuda PAS ini.

PAS sebagai sebuah harakatul ummah yang merespon perkembangan semasa pendidikan tidak sunyi daripada menghadapi cabaran. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) cuba dijenamakan dengan baik, terutama dengan persaingan dengan institusi pendidikan pra sekolah yang lain serta cabaran daripada regim penguasa. Ustaz Abu Bakar Chik, sebagai ketua Dewan Pemuda PAS Pusat memberikan penumpuan besar terhadap perkembangan PASTI kerana reputasi PASTI akan juga mengheret nama baik atau buruk Dewan Pemuda.

Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengadakan pelbagai usaha untuk mengenengahkan PASTI kepada masyarakat terutama ahli-ahli PAS. Pada 23 September 1989 Dewan Pemuda mengeluarkan arahan supaya kempen digerakkan ke seluruh negara. Pada 14 Januari 1990, PASTI menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo PASTI dan pertandingan ini dimenangi oleh Raja Abdul Aziz Raja Azlan dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Logo rasmi PASTI tersebut mula digunapakai secara rasmi semenjak 21 Julai 1991. Bagi mengukuhkan lagi organisasi PASTI, mulai 16 Januari 1993, semua PASTI diarahkan supaya berdaftar dengan PASTI Pusat bagi mengelakkan tekanan kerajaan yang mahu prasekolah didaftarkan dengan kerajaan, dan Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengesahkan struktur baru organisasi penyelarasan PASTI semua peringkat pada 26 Januari 1994. Menjelang bulan September 1999 Ketua Pengarah PASTI Pusat telah mengarahkan setiap Dewan Pemuda PAS Kawasan menubuhkan PASTI baru di kawasan masing-masing.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah mengadakan bengkel penyelarasan PASTI di peringkat pusat pada 10 Disember 1989 diikuti oleh penyelarasan secara rasmi mulai 14 Januari 1991. Kemudian, satu Konvensyen Pendidikan Prasekolah telah diadakan di Kota Bharu pada 15-16 November 1991untuk membentuk landasan pergerakan PASTI, diikuti oleh Bengkel Kurikulum dan Latihan Perguruan PASTI di Terengganu pada 9 September 1992 serta Bengkel Kurikulum dan Pembinaan Modul PASTI di Selangor pada 25-27 Oktober 1992. Selain penysunan kurikulum dan pengurusan pada Januari 1994, PASTI telah merancang untuk mewujudkan penyelarasan organisasi dan pentadbiran, kurikulum, latihan, buku teks, hari persekolahan, pakaian seragam dan keperluan elaun guru dan sebagainya. Pada 12 Ogos 1995, pihak pengurusan PASTI telah mengadakan satu taklimat khas penggunaan buku PASTI kepada semua pengurus-pngurus untuk penyelarasan semula buku teks PASTI.

PASTI semakin berkembang dengan baik terutama di negeri Kelantan, Selangor, Terengganu dan Kedah. Ia juga berkait rapat dengan kesungguhan petugas PASTI yang merupakan kelompok kelas menengah Melayu, keluaran uuniversiti dalam dan luar negara. Selangor kini menjadi negeri mempunyai paling banyak bilangan PASTI, ini kerana tahap pendidikan ibu bapa yang lebih baik (Selangor negeri maju) mereka memilih anak-anak untuk mendapat pendidikan Islam dan PASTI disinonimkan dengan pendidikan Islam untuk anak-anak. Di Kelantan pula, PASTI berkembang dengan pesat kerana PAS mempunyai cawangan yang banyak di Kelantan dan cawangan pula memainkan peranan untuk memajukan PASTI di negeri tersebut.

Kejayaan PASTI diterima oleh masyarakat Melayu juga berkaitan dengan komitmen para guru yang gigih mengajar walaupun dengan elaun yang relatif kecil. Usaha untuk memperkasakan bidang keguruan juga dilihat sebagai strategi penting untuk terus meningkatkan perkhidmatan PASTI kepada masyarakat. Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan pihak PASTI untuk mewujudkan sebuah badan khas perguruan PASTI yang akhirnya telah mencetuskan pula kepada Majlis Guru PASTI pada 17 Julai 1994.

Pihak PASTI juga telah memberikan latihan keguruan kepada guru-guru PASTI bagi memperkayakan ilmu dan membina kemahiran mengajar, antara kursus yang diselaraskan oleh PASTI pusat ialah kursus asas perguruan PASTI, kursus persijilan perguruan PASTI dan kursus perguruan Dalam Perkhidmatan PASTI telah diadakan. Guru-guru PASTI menerima latihan dalaman menerusi sektor latihan iaitu peringkat sijil, bengkel, seminar dan latihan luaran seperti mengikuti Diploma Pendidikan awal kanak-kanak anjuran Universiti Utara Malaysia.

Pada 30 November sehingga 1 Disember 1996, Majlis Konvokesyen Guru PASTI telah diadakan kali pertama di Markas Tarbiah PAS Taman Melewar Kuala Lumpur. Manakala mulai tahun 2000, Kursus Guru Pakar PASTI mula diperkenalkan bagi terus memantapkan elemen keguruan dalam pendidikan PASTI.
PASTI juga menggalakkan penyertaan ibu bapa dan penjaga dalam merancakkan lagi program pengoperasian pendidikan prasekolah di mana setiap PASTI telah digalakkan untuk ditubuhkan Jamaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) mulai tahun 2002.

PASTI juga telah menyatukan masyarakat yang pelbagai latar belakang sosio-politik, sosio-ekonomi, anak-anak penyokong UMNO juga belajar di PASTI termasuk lain-lain kaum bukan Melayu seperti kaum India, Cina, Kadazan dan Siam. Kewujudan PASTI menjadi nukleus kepada kesedaran dan sokongan terhadap PAS dan terus mendapat sokongan masyarakat. PASTI terus berkembang walaupun mendapat halangan yang kuat daripada Akta Pendidikan 1995 (Akta 550), ini dibuktikan dengan jumlah bilangan kelas PASTI di seluruh negara terus meningkat. Contohnya pada tahun 1994 kewujudan PASTI sebanyak 744 cawangan, meningkat kepada 855 cawangan pada tahun 1996 dan sehingga tahun 2004 pelajar PASTI di seluruh negara ialah seramai 55,480 orang.

PASTI telah dikenalpasti sebagai sebuah institusi pendidikan prasekolah yang telah mengangkat nama PAS sebagai sebuah parti politik yang berjaya menyediakan khidmat pendidikan kepada masyarakat. PASTI menyediakan murid-murid kepada SRITI, sekaligus akan memeriahkan nanti SMITI . Masyarakat percayakan PAS sebagai agen utama pendidikan Islam dinegara ini. Kini seramai 134,663 pelajar PASTI diseluruh negara pada tahun 2019, manakala guru PASTI seramai 8633 orang yang berkhidmat dengan 2379 buah PASTI diseluruh tanah watan ini. Harakatul ummah ini membuka ruang pendemokrasian yang luas untuk masyarakat mempelajari ilmu agama, 3M daripada Sabah sehinggalah Perlis. Alfatihah buat pendiri -pendiri PASTI yang telah pulang kerahmatullah.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI )

Parlimen: Khairuddin cabar Anwar bawa usul undi tak percaya kepada Tun M....?


SURUH ANWAR IBRAHIM BAWA USUL UNDI TAK PERCAYA PADA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEKIRANYA DIA MEMPUNYAI CUKUP SOKONGAN AHLI-AHLI PARLIMEN DI DEWAN RAKYAT!! TUNGGU APA LAGI?!

Anwar ibrahim dan para penyokongnya tak usah ‘mimpi di siang hari!!’ Tolonglah jangan ‘angan-angan mat jenin!!’ Zaman ‘angan-angan mat jenin’ sudah berlalu!!

Sekiranya anwar ibrahim mempunyai cukup sokongan dari ahli-ahli parlimen yang menyokong dia untuk ambil alih jawatan perdana menteri; saya cabar dia samada terus bawa ‘kenyataan-kenyataan sumpah berkanun’ mengadap ke bawah DYMM Agung ataupun bawa usul undi tidak percaya pada tun dr mahathir mohamad dalam dewan rakyat!! Tunggu apa lagi!!

Ahli parlimen ‘otak udang’ macam abdullah sani boleh bawa usul tersebut dalam parlimen!! Jangan tunda lagi seandainya mereka mempunyai cukup sokongan!!

Inilah taktik lapuk kumpulan anwar ibrahim yang cuba memperbodohkan keseluruhan rakyat untuk laksana ‘perang psikologi’ kononnya anwar ibrahim mempunyai cukup sokongan bagi mengambil-alih teraju kepimpinan nombor satu negara!!

Anwar ibrahim tidak layak jadi perdana menteri!! Ini bukan lagi soal politik tetapi ini adalah soal aqidah agama!! Jangan persendakan soal agama dalam politik!!

Saya hanya mahu melihat setakat mana kalangan ‘otak udang’ ini hendak berangan-angan serta mahu bertindak!!

Kalangan parasit inilah yang mengganggu gugat kestabilan politik negara!! Tanpa mereka sedari tindakan mereka membuatkan para pelabur asing takut untuk datang melabur di malaysia kerana ‘puak bodoh’ ini hanya pentingkan jawatan dari bekerja kuat kearah bangunkan semula negara!!

Hari-hari mereka hanya bercakap mengenai mahu jawatan perdana menteri secara kadar segera!! Jawatan amat penting kepada puak bangang ini!! Kerja tak mahu tetapi jawatan mereka suka berebut!!

Faktor inilah juga yang membuatkan rakyat hilang keyakinan pada kerajaan PH yang seringkali nampak berbalah sesama sendiri!!

Ahli-ahli parlimen PH yang ‘dungu’ macam abdullah sani serta beberapa lagi boleh kutuk perdana menteri PH itu sendiri secara terbuka!!

Presiden pkr yang pakar ‘baling batu sorok tangan’ pula hanya memerhati gelagat para ‘jenderal’ nya mengutuk tun dr mahathir mohamad tanpa mengambil sebarang tindakan disiplin pada golongan ‘bodoh’ ini!!

Sekali lagi saya ingin ingatkan anwar ibrahim cukup-cukuplah!! Jangan terlalu melampau!!

Ingat!! Saya tidak takut pada manusia sesama manusia!! Saya hanya takut pada Allah swt!! Sesungguhnya, sekali lagi saya sudah bersedia untuk memerangai kalangan parasit dan puak munafik ini dalam PH!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
21 November 2019

Sidang Media Presiden PAS - Rombakan Kabinet Menteri

Tun M tengoklah mana boleh ‘kerat’


MARANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan seorang pemimpin yang lebih tahu siapa di kalangan anggota Kabinet yang perlu ditukar mahupun dikekalkan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Tun Dr Mahathir seorang yang berpengalaman lama dalam pentadbiran negara sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga Tun Razak.

Justeru, kata beliau, terpulang kepada Perdana Menteri itu sendiri bagi membuat perubahan yang sesuai dan mereka layak menganggotai Kabinetnya.

“Itu terpulang kepada PM. Dia lebih tahu, dalam pengalaman dia. Dia lihat sendirilah kabinet dia. Dia lama jadi Perdana Menteri, dia (dapat) saksikan mana anggota Kabinet yang boleh menjalankan tugas, yang tak mampu menjalankan tugas, yang lemah, yang kuat dan terpulang kepada beliaulah untuk tentukan siapa.

“Sekarang ini, Tun sudah buat kenyataan, dia kata perlu (tukar) dan memang kita melihatnya, perlulah. Itu terpulang kepada Perdana Menteri untuk buat perubahan, kerana dia yang mengepalai. Dia kena cari anak buah yang sesuai dengan dia untuk menjalankan tugas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, hari ini.

Katanya, PAS menyokong hasrat Perdana Menteri itu tetapi tidak boleh menentukan kerana terpulang kepada Tun Dr Mahathir sendiri.

Beliau turut membuat anologi dalam masalah kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu dengan seorang doktor merawat penyakit.

“Saya tidak boleh menentukan senarai (anggota) Kabinet, itu terpulang kepada Perdana Menteri. Dia yang tahu mana yang layak dan yang tak layak.

“Dia macam penyakit, kalau kita tahu penyakit dan tak ubat sekarang. Jadi berjangkitlah. Kalau perlu pembedahan kena buat pembedahan. Kalau perlu rawatan, kena buat rawatan.

“Nampak kenyataan Perdana Menteri itu perlukan pembedahan. Dia seorang doktor dan dia tahulah, nak bedah dekat mana. Dia pula seorang ahli politik paling lama, sejak zaman Tunku (Abdul Rahman), zaman Tun Razak. Jadi, dia boleh tengoklah mana yang boleh ‘kerat’, mana yang kena ‘bedah’, mana yang kena ‘jahit’,” jelasnya.

Namun, kata Ahli Parlimen Marang itu, beliau yakin Tun Dr Mahathir mampu menyelamatkan keadaan dalam menghadapi situasi tersebut.

“Kalau lihat kepada ‘gempa’ yang berlaku itu dan kalau tengok pada merintihnya itu sakit besar. (ketawa) Penyakit besar. Tapi boleh diselamatkan, insya-Allah. Saya percaya Perdana Menteri boleh menyelamatkan keadaan,” ujarnya

Sumber: https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/22/tun-m-tengoklah-mana-boleh-kerat/

MP PAS saran wakaf solusi pembangunan Kg Baru


KUALA LUMPUR: Isu pembangunan Kampung Baru mendapat perhatian ramai pihak sehingga dibangkitkan oleh pembangkang dalam Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan bagi Kementerian Wilayah dan Bandar, baru-baru ini.

Beberapa cadangan dan pandangan telah dilontarkan bagi menarik pihak kerajaan mengkaji untuk diambil tindakan bersepadu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam ucapannya telah mencetuskan idea wakaf sebagai solusi bagi membangunkan Kampung Baru.

Menurut beliau, wakaf mampu dijadikan langkah terbaik dalam berhadapan dengan saingan pelabur-pelabur luar sehingga mengakibatkan tiada peluang bagi orang tempatan kerana terbatas dari sudut kemampuan dana.

“Berdasarkan data di Kampung Baru, kita ada 101 hektar, Datuk Keramat 87 hektar, Segambut 293 hektar, Sungai Pencala 320 hektar.

“Ini semua adalah kawasan yang bersaing dengan pelabur-pelabur luar yang membangunkan projek-projek besar, bangunan-bangunan tinggi yang bernilai jutaan hingga timbulah isu kita akan menjual rumah pada orang luar sebagai rumah kedua mereka.

“Maka persaingan seumpama ini akan menenggelamkan jerung akan makan bilis kerana bilis tidak mampu bersaing dengan jerung.Maka wakaf adalah penyelesaian yang baik,” tegas beliau.

Dr Khairuddin berkata, mereka bergantung kepada tauke yang besar dan biasanya bukan daripada Melayu Islam dan mungkin warga asing daripada dana luar dan sebagainya.

Justeru, jelasnya wakaf satu penyelesaian dalam jangka masa panjang.

Sumber: https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/22/mp-pas-saran-wakaf-solusi-pembangunan-kg-baru/

Piagam Muafakat Umno Dan PAS Termeterai



Oleh

Tun Abdul Hamid Mohamad

Kemuncak perpaduan orang Melayu adalah dalam tahun 1946. Pada masa itu orang Melayu bersatu padu menentang Malayan Union. Selepas itu orang Melayu bersatu menentang ancaman pengganas Komunis; orang Melayu juga bersatu mempejuangkan kemerdekaan dan orang Melayu bersatu semasa menghadapi peristiwa 13 Mei.

Pada masa yang sama, dalam politik kepartian, orang Melayu mula berpecah, berpacah dan berpecah.

Sebaik sahaja perjuangan menentang Malayan Union berjaya dan UMNO ditubuh, UMNO berpecah apabila Dato’ Onn Jaafar meletak jawatan dan menubuh Independent Malaya Party dan kemudiannya Parti Negara. Nasib baik kedua-dua parti tidak kekal lama.

Dalam tahun 1951, setelah kalah kepada Tunku Abdul Rahman Putra dalam pemilihan Presiden UMNO, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan pula menubuhkan Pas yang memberi kesan perpecahan kapada orang Melayu yang terbesar dalam sejarah, hingga sekarang.

Dalam tahun 1963,
UMNO berpecah lagi apabila Abdul Aziz Ishak menubuh National Convention Party yang mati tidak berkubur.

Dalam tahun 1988, UMNO berpecah lagi apabila Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46. Walau bagaimana pun, ia dibubarkan lapan tahun kemudian, setelah ia, anihnya, berjaya menyerahkan pemerintahan negeri Kelantan kepada Pas yang kekal hingga sekarang.

Dalam tahun 1999, UMNO berpecah lagi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim disingkir dan menubuhkan PKR.

Dalam tahun 2016, tiba pula giliran Tun Dr Mahathir untuk menubuhkan parti baru, Bersatu. Bersatu bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah dan berjaya menjatuhkan pemerintahan BN yang di terajui UMNO itu.

Mengenai Pas pula, dalam tahun 1977 Pas berpecah dengan penubuhan Berjasa oleh Dato’ Mohd. Nasir dan Hamim oleh Dato’ Mohd. Asri dalam tahun 1983. Baik bagi PAS, manakala Berjasa bertahan satu penggal, Hamim langsung tidak mendapat sambutan. Anihnya, Dato’ Asri mati sebagai seorang ahli UMNO.

Dalam tahun 2015, Pas berpecah lagi apabila kumpulan Mat Sabu menubuh Amanah.

Ini belum mengambil kira parti-parti kecil seperti KITA dan Ikatan dan parti baru, PUTRA.

Sementara itu, UMNO yang telah reput dari dalam kerana pemimpin-pemimpinnya menghadapi persepsi rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang teruk, masih terlalu angkuh dengan kekuatannya. (Saya menggunakan perkataan “persepsi” sebab mahkamah belum mesabitkan pertuduhan terhadap mereka). Pas juga angkuh dengan kekuatannya. Kedua-duanya terus menentang satu sama lain dalam PRU 14 menyebabkan PH menang dengan bantuan undi bukan Melayu di hamper 30 kawasan Parlimen.

Maka, pada malam 9 Mei, 2018, UMNO terduduk dengan kekalahan pertama dalam tempoh enam dekad. Mulanya Pas teruja dengan kejayaannnya. Tetapi, tidak lama kemudian ia baru sedar mengenai kerugian sebenar. Maka barulah kedua-duanya mula berfikir untuk mencari jalan menjalinkan kerjasama. Alhamdulillah, selepas tiga pilihan raya kecil, kesan positifnys telah mula dapat dilihat.

Dalam tempoh tidak sampai setahun PH memerintah, kita lihat hak dan kepentingan orang Melayu dihakis; agama Islam dan Rasul Allah s.a.w. dihina; angkatan tentera diperlekehkan; tuntutan-tuntutan orang bukan Melayu, semakin melampau; Raja-Raja, bendera negara dan lagu kebangsaan dihina; pelaksanaan undang-undang berat sebelah; keadaan ekonomi semakin teruk; ketenteraman negara semakin terancam; buhungan antara kaum semakin tegang; pegawai-pegawai awam dan institusi-institusi Islam dalam kegelisahan; kelakuan dan kata-kata yang biadab bertambah; bantahan demi bantahan dibuat mengenai apa sahaja yang berkaitan atau yang mereka kaitkan dengan orang Melayu dan agama Islam; dan satu demi satu bantuan yang memanfaatkan orang Melayu ditarik balik.

Mempertahankan hak orang Melayu dikatakan rasis sedangkan mereka yang mahukan hak orang Melayu, tidak rasis. Menyebut perkataan “Melayu” dan “Islam” pun dituduh rasis sedangkan mereka yang mengutuk orang Melayu dan menghina agama Islam tidak rasis. Perbandingan agama ditentang atas alasan menggugat ketenteraman negara sedangkan menghina Islam dan Rasul Allah s.a.w. adalah kebebasan bersuara. Ha-hal agama Islam yang terpakai kepada orang Islam sahaja pun mereka masuk campur dan mahu kita mengikut kehendak mereka.

Perkara 152 menjamin “tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.”

Kerajaan BN bukan hanya sekadar tidak melarang dan menghalang. Malah, kerajaan membina sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Itu pun mereka tidak puas hati lagi. Orang Cina mahu mewujudkan sistem pelajaran yang berasingan daripada sistem pendidikan kebangsaan.

Tunjukkan kepada saya sebuah negara di dunia ini yang membenarkan rakyatnya berbuat demikian, apatah lagi membina sekolah-sekolah vernacular. Di Singapura pun tidak ada sekolah Cina pada hal Singapura diperintah oleh orang Cina.

Kerajaan PH nampak seolah-olah tidak indah, malah mengalah dan mengalah. Perdana Menteri nampak seolah-olah sudah tidak dapat mengawal menteri-menterinya sendiri. DAP telah berjaya meletakkan orang-orangnya di tempat-tempat yang strategic dalam kerajaan Persekutuan dan bertindak seolah-olah di luar kawalan Perdana Menteri.

DAP juga telah berjaya menguasai atau mempengaruhi kerajaan-kerajaan negeri, kerajaan-kerjaan tempatan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan dengan menempatkan orang-orangnya.

Menteri-menteri Melayu nampak seperti boneka DAP, tidak cerdik, tiada berpendirian dan senentiasa bersedia mempertahankan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan oleh rakan-rakan bukan Islam mereka, termasuk dalam hal-hal agama Islam.

Maka, demi kepentingan Melayu, Islam dan negara, kerajaan PH perlu ditumbangkan. Menjatuhkan DS Najib adalah satu perkara.

Menyerahkan kuasa politik orang Melayu kepada orang bukan Melayu adalah harga yang terlalu mahal untuk dibayar untuk menjatuhkan DS Najib. Lagi pula, DS Najib telah jatuh, mengapa kita harus terus membayar harganya? Yang untung ialah orang bukan Melayu.

Pada masa yang sama, saya tidak nampak bahawa parti-parti Melayu dalam PH akan meninggalkan PH atau berpisah dengan DAP. Maka orang Melayu tidak ada pilihan lain melainkan menjatuhkan PH dalam PRU 15. Untuk itu, pertama sekali orang Melayu perlu bersatu. UMNO dan Pas adalah dua buah parti Melayu yang terbesar. Kedua-duanya perlu bekerjama dalam pilihanraya yang akan datang. Paling kurang, keduan-duanya hendaklah mengelak daripada pertandingan tiga penjuru dengan PH khususnya di Pantai Barat Semenanjung.

Apabila saya mula bercakap mengenai kerjasama UMNO dan Pas dalam tahun 2014, seorang bekas Menteri BN berkata ia terlalu idealistic. Selepas BN kalah dalam PRU 14, beliau melompat masuk Bersatu. Hari ini, sesuatu yang terlalu idealistic itu telah menjadi kenyataan.

Siapa pernah terbayang bahawa UMNO dan Pas boleh bekerjasama seperti yang telah berlaku dalam tiga pilihanraya kecil Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau? Siapa pernah terbayang bahawa UMNO dan Pas boleh bersetuju menandatangani satu piagam kerjasama antara keduanya? Ia telah berlaku pada 14 September 2019. Kehendak Allah siapa tahu?

Yang menariknya, ada orang kampung yang berkata mereka tidak pernah merasa kehidupan mereka lebih bahagia daripada sekarang. Sekarag mereka sepakat, tidak berpuak-puak lagi. Kenduri dan kematian dihadiri bersama oleh orang UMNO dan Pas. Tidak seperti dahulu.

Memanglah setelah terhantuk baru mengadah. Tetapi, tidak ada gunanya menangisi apa yang sudah berlalu. Syukurlah, orang Melayu telah sedar semula dan sanggup mengenepikan perbezaan yang diada-adakan, mencari titik persamaan dan membina kerjasama untuk mendapat balik pemerintahan kerajaan pusat daripada PH.

Saya menghadiri HPU 914 di PWTC pada 14 September 2019. Saya nampak kedua-dua pihak, UMNO dan Pas, memang bersunggu-sungguh dan ikhlas untuk melupakan permusuhan di masa dahulu dan bekerjasama demi agama, bangsa dan negara. Itu satu perubahan yang sangat ketara dan baik bagi bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.

Sekarang, mari kita lihat isi kandungan piagam ini.

“Maka dengan ini UMNO dan Pas menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

MENJUNJUNG DAN MEMPERTAHANKAN keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputra serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;

MEMPERKUKUHKAN Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama kaum dan budaya demi kepentingan negara;

MEMPERKASAKAN agenda Islam, Melayu dan Bumiputra serta tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

MEMBENTUK KERJASAMA dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kesestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara;

MENGIKHTIARKAN secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan .”

Saya merasa bertuah kerana walaupun dalam keadaaan uzur dan kesakitan, saya dapat juga menghadiri sebahagian besar daripada perhimpunan itu. (Saya terpaksa meninggalkan majlis itu sebelum piagam itu ditandatangani disebabkan kebas di bahagian bawah badan saya yang tidak tertahan kerana duduk di atas kerusi roda lebih daripada tiga jam.)

Biar apa pun, saya dapat melihat bahawa kedua-dua belah pihak memang ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam usaha perpaduan itu. Kita lihat dalam U-tube begaimana hadirin tidak dapat menahan sebak dan air mata. Mereka termasuklah Presiden Pas, DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang tidak dapat memulakan bacaan piagam itu apabila tiba gilirannya untuk berbuat demikian.

Secara peribadi, saya merasakan hari itu adalah suatu hari yang sangat penting dalam hidup saya. Orang yang mendaftarkan saya untuk masuk ke sekolah Inggeris ialah guru darjah saya, yang kebetulan, pada masa itu (1954) adalah Setiausaha Agung Pas yang pertama. Tindakannya itu telah membuka jalan kepada saya untuk belajar undang-undang dan seterusnya menjadi Ketua Hakim Negara.

Semasa dalam Tingkaran 4, bersama-sama abang ipar saya, kami menubuh cawangan Pas yang kedua di Pulau Pinang. Semasa di universiti, saya menulis satu rencana mengenai penyatuan semula UMNO dan Pas dan memberitahu guru saya itu. Beliau menyokong usaha saya itu. Malangnya beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu, dan rencana itu terbengkalai.

Dalam tahun 1981, semasa saya menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan di bawan bawah Kerajaan BN, saya menyediakan Rang Undang-Undang (RUU) Acara Jenayah Syariah dan RUU Acara Mal untuk diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan dan digunakan di Mahkamah Syariah di Kelantan. Oleh sebab ketua pembangkang daripada Pas adalah kenalan saya semasa beliau berkhidmat dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, beliau datang ke pejabat saya dan meminta penjelasan daripada saya mengenainya.

Setelah saya menerangkan kepada beliau, beliau memberi jaminan kepada saya bahawa pembangkang (Pas) akan menyokongnya.

Kedua-dua undang-undang itu diluluskan dengan sebulat suara. Memandang kebelakang, saya percaya itu adalah muafakat yang pertama, tanpa diketahui oleh UMNO. Ini berlaku 35 tahun sebelum UMNO bersetuju menyokong pindaan kepada Akta 355, yang saya juga terlibat.

Setelah saya bersara dan melihat kedudukan orang Melayu/Islam semakin teruk, pada 22 04 2014, saya menulis satu rencana bertajuk “Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu”. Rencana itu ditulis di Bilik Cempaka, Wad 28, Hospital Kuala Lumpur. Ia disiarkan oleh Utusan Malaysia dan menjadi viral.

Perlu diingati, pada masa itu Pas berada dalam Pakatan Rakyat.

Semenjak itu, banyaklah ucapan dan rencana saya mengenai perlunya UMNO dan Pas bekerjasama demi untuk mempertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada pembangkang yang didominasi oleh DAP. Antaranya adalah ucapan Tokoh Maal Hijrah 2015. Kesemuanya boleh didapati dalam laman-laman web saya dan buku saya “Buat Kerja”.

Akibatnya, saya telah dikecam sebagai rasis, bigot dan macam-macam lagi oleh DAP, MCA, Gerakan, NGO-NGO dan individu-individu bukan Melayu dengan kata-kata yang amat biadab yang disiarkan oleh Malaysiakini dan lain-lain. Semua itu saya rakamkan dalam rencana saya bertajuk “Jawapan Saya Kepada Pengkritik-pengkritik Saya” yang boleh didapati dalam laman-laman web saya itu.

Maka, pada 14 September 2019, paling kurang, saya boleh senyum. Dan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemput saya dan menyewa ambulans untuk membawa saya ke PWTC.

Kembali kepada Piagam Muafakat Nasional. Saya tidak perlu mengulasnya. Apa yang dinyatakan adalah jelas.

Kita mesti ingat bahawa piagam ini adalah garis panduan bagi kerjasama antara UMNO dan Pas dan juga parti-parti lain yang sudi menyertainaya kelak. Kerjasama itu hendaklah dilaksanakan dalam lingkungan dan untuk tujuan garis panduan itu. Wujudnya piagam itu tidak bererti kerjasama akan berjaya. Yang menentukan kejayaan atau kegagalannya, ialah apa yang dilakukan oleh parti-parti yang menyertainya.

Saya percaya jika kerjasama itu dilaksanakan dengan baik, ia akan memberi tamparan hebat kepada PH, terutama sekali kepada Bersatu, Amanah dan PKR. Saya percaya akan berlaku tsunami patah balik (reverse tsunami) kepada muafakat perpaduan umah. Saya juga percaya majoriti pengundi-pengundi 18 hingga 21 tahun yang sebilangan besarnya adalah Melayu, tidak akan menyokong PH. Tindakan PH menurunkan umur kelayakan mengundi berdasarkan undian golongan muda dalam PRU 14, mungkin akan memakan diri.

Pas boleh dikatakan menandatangani piagam ini dengan kedudukan yang bersih dan kuat. Penyokong Pas akan mengikut arahan ketuanya. Pengundi-pengundi yang bukan ahli atau penyokong Pas tidak mempunyai sebab untuk tidak puas hati dengan adanya pemimpin-pemimpin tertentu sehingga mereka tidak mahu memberi undi mereka kepada muafakat itu.

Tetapi, kita tidak boleh berkata demikian mengenai UMNO. Banyak orang yang bersetuju menyokong muafakat itu, tetapi keberatan berbuat demikian kerana adanya pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka tidak sukai, di dalamnya. Mereka merasakan bahawa dengan adanya pemimpin-pemimpin itu, UMNO tidak berubah. UMNO masih dikuasai oleh pemimpin-pemimpin lama yang dikaitkan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan sedang menghadapi berbuluh-puluh pertuduhan. Mereka tidak mahu pemimpin-pemimpin itu berkuasa semula.

Ini pemimpin-pemimpin UMNO perlu peka dan berani membuat perubahan.

Hanya dengan menandatangani piagam ini tidak akan menjamin kemenangan dalam PRU 15. Rakyat mahukan pemimpin-pemimpin dan kerajaan yang bersih.

Maka, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin-pemimpin dalam muafakat ini untuk membersihkan diri, membersihkan hati dan membersihkan parti, masing-masing. Hanya dengan itu, barulah kepercayaan rakyat akan dapat diperolehi semula.

16 09 2019

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid
© all rights reserved
made with by templateszoo