YB Mujahid Dituntut Mohon Maaf Dalam Tempoh Seminggu


oleh: Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
1 Oktober 2019

Saya membaca kenyataan YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa yang meminta saya memohon maaf secara terbuka kerana kononnya saya membuat dakwaan tidak betul dalam isu penjualan ekuiti Tabung Haji (TH) bernilai RM2.6 bilion.

Ingin ditegaskan kenyataan saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kelmarin tidakpun membuat apa-apa tuduhan ataupun dakwaan fitnah! Sebaliknya Pemuda UMNO mendesak YB Menteri untuk segera memberikan penjelasan mengenai berita penjualan ekuiti tersebut yang sudah dilaporkan meluas di muka hadapan Utusan Malaysia pada 30 September 2019 dan portal ekonomi terkemuka The Malaysian Reserve pada 27 September 2019.
https://themalaysianreserve.com/2019/09/27/tabung-haji-disposes-of-rm2-6b-equities-since-2q/)

Malah penjelasan serupa oleh Pemuda UMNO turut dituntut oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan di Facebook beliau, bahkan daripada Penganalisis Ekonomi Putra Business School Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob sebagaimana yang disiarkan di Muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 30 September 2019.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan saya, desakan menuntut
penjelasan segera daripada YB Menteri adalah penting bagi memastikan keyakinan para pendeposit tidak terjejas.

Justeru, saya menuntut YB Menteri Dr Mujahid yang seharusnya memohon maaf kepada saya secara terbuka dalam tempoh seminggu bermula hari ini dan menarik balik dakwaannya bahawa saya dengan sengaja mahu meruntuhkan institusi TH dengan mengibaratkan saya umpama, “marahkan nyamuk, satu kelambu dibakar”.

Sebagai Menteri seharusnya YB Dr Mujahid menerima gesaan dengan hati terbuka dan berjiwa besar bukannya melatah dengan membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan melulu.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget