‘Terengganu Pay’ Mudahkan Pembayaran Bil


KUALA TERENGGANU, 7 Oktober- Kerajaan negeri bakal memperkenalkan satu lagi inovasi baharu iaitu ‘Terengganu Pay’ bertujuan memudahkan rakyat membuat pembayaran bil-bil kerajaan melalui satu transaksi sahaja.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata langkah itu selaras dengan konsep pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 untuk maksimumkan perkhidmatan sistem penyampaian yang responsif dan pantas melalui kerajaan digital bagi memenuhi kehendak rakyat.

“Inovasi berkaitan bakal terlaksana sebaik selesai beberapa urusan penting termasuk pemilihan beberapa bank atau selewat-lewatnya pertengahan tahun depan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian Penutup Karnival Inovasi ICT, di TD 1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, hari ini.



Ahmad Samsuri turut memberitahu, selain itu, ketua-ketua jabatan perlu memainkan peranan dalam menggalakan penjawat awam menyumbang idea bagi penciptaan inovasi-inovasi ICT baharu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan.

Katanya, penghasilan inovasi ICT yang cekap dan berkesan memerlukan sumber data yang baik dan tepat.

“Kekurangan maklumat yang tepat akan memberi kesan yang besar dalam usaha kerajaan mengatur pengurusan pentadbiran harian.

“Data-data yang diperolehi ini, diolah bagi menghasilkan program yang bersifat bijaksana dalam memudahkan pengururusan pentabiran seperti pengurusan agihan bantuan, pencegahan bencana, carian lokasi-lokasi latihan, bilangan fasiliti yang disediakan dan sebagainya,”katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menjalankan beberapa perubahan dalam usaha menambahbaik proses pengurusan agihan bantuan kepada rakyat supaya lebih telus.

“Rentetan daripada itu, pelbagai program bantuan telah berjaya dilaksanakan seperti permohonan lesen motosikal percuma, bantuan subsidi air dan bantuan dana perayaan,”katanya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/10/terengganu-pay-mudahkan-pembayaran-bil.html
.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget