NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu Anjur Karnival Inovasi ICT


KUALA TERENGGANU, 2 Oktober - Orang ramai diseru agar hadir beramai-ramai ke Karnival Inovasi (KIICT) kerana ia penting untuk membangun minda  generasi muda khususnya belia dan pelajar sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, program tersebut  ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu.

"Program tersebut merupakan flatform  terbaik bagi memberi pendedahan dan kesedaran tentang perkembangan teknologi ICT semasa serta memberi peluang  kepada pengunjung untuk mengikuti taklimat  dan bengkel ICT yang ditawarkan secara percuma oleh pemiliknya.

 "Antaranya ialah MCMC,MDEC,MAMPU< PDRM, Marii, SMEcorp, MIDF, Softbravo, Tarbiyyah Kreatif, Magic dan TD1303," ujarnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat  berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Iman, pada hari ini.

Turut hadir sama ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Menurutnya, Sebanyak 22 agensi pempamer daripada  jabatan dan agensi kerajaan dan swasta serta sekolah2 di seluruh negeri Terengganu turut mengambil bahagian untuk mempamerkan hasil produk inovasi ICT.

Karnival tersebut berlangsung selama tiga hari bermula pada 6 sehingga 8 Oktober 2019 bertempat di Terengganu Digital Hub (TD1303).

Oleh itu, kata beliau, terdapat pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya, pertandingan Esport seperti PUBG dan Mobile Legend, pertandingan Bayblade, Demonstrasi Robotik dan Percetakan 3D, Science Challenge, Cabaran Stem, Robot Tracer, Pengalaman Virtual Reality dan Portable Dome Show.

"Penganjuran kali ini mensasarkan jumlah pengunjung melebihi 10 ribu orang dari pelbagai lapisan umur," tambah beliau.

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 8 Oktober 2019.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/10/terengganu-anjur-karnival-inovasi-ict.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo