SPR umum tarikh PRK Tanjung Piai hari ini


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Johor hari ini.

SPR akan mengumumkan tarikh itu pada sidang akhbar tengah hari ini di Menara SPR, Putrajaya.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik dari Pakatan Harapan-Bersatu pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Dr Md Farid yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, seorang anestesiologi dari segi profesion, membantu PH merampas kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai memperolehi 21,255 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (Pas) dengan majoriti 524 undi. Wee memperolehi 20,731 undi manakala Nordin, 2,962 undi. - Bernama
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget