Senarai Kejahatan dan Keganasan LTTE Kepada Umat Islam Sri Lanka


oleh: Nazman Che Iberahim

1. Tragedi pembunuhan besar besaran di Masjid Kattankudy - mengorbankan 147 orang Islam pada 3hb Ogos 1990. 30 orang Militia Tiger menyerbu masuk ke empat buah masjid di Kattankudy di saat lebih 300 orang Islam sedang solat Isya’.

2. Pembunuhan kejam di Palliyagodella - LTTE menyerang kampung muslim. 285 orang majoritinya wanita dan anak anak kecil telah dibunuh.

3. Tarikh 23hb Julai 1990 - pembunuhan oleh LTTE di Kg Veeracholai. Seramai lapan orang Islam mati dan mayatnya digantung di pokok.

4. Tarikh 30 Julai, LTTE telah menembak maut 14 muslim dalam bandar Akkaraipattu Batticaloa.

5. Tarikh 5hb Ogos di Mulliyankadu Ampara - LTTE membunuh 17 petani muslim yang sedang bersawah padi.

6. Seminggu berikutnya (12 Ogos) - Kampung Satham Hussain Eravur puak LTTE membunuh 121 orang Islam dan mencederakan 20 yang lain.

7. Keesokan harinya LTTE bergerak ke Kampung Awarantalawa Vavuniya membunuh sembilan orang Islam dan seorang bangsa Sinhalese. Manakala di Poonani, Batticaloa mereka membunuh pula tujuh orang kampung Islam.

8. Antara kemuncak kejahatan LTTE adalah pada Oktober 1990 di Jaffna, Kilinochchi, Mullaittivu dan Mannar iaitu utara pulau ini yang mana dalam masa 48 jam sahaja mereka menghalau 80,000 orang Islam dan mereka dibenarkan membawa bersama hanya 150 rupees ataupun RM3 sahaja! Anak anak menangis kelaparan, tiada makanan, haus dahaga, tiada susu, yang sakit tiada ubat, tiada baju, tiada apa apa yang boleh dibawa dek kerana kegilaan LTTE mahu menguasai empat daerah ini.

9. Pengeboman Pasar Ikan Bogamuyaya, Akkaraipattu - LTTE meletupkan pasar ini dan membunuh sembilan orang Islam dan mencederakan 32 yang lain. Ini berlaku pada 24hb Mac 1991.

10. Petani dibunuh saban bulan. Antaranya pada 19hb Mei 1991 yang mana lima muslim diserang dan dibunuh ketika pulang dari sawah di Kg Erakkaman.

11. Begitu juga kes yang berlaku sehari kemudian apabila sembilan orang Islam yang balik dari sawah dengan menaiki traktor, telah dibedil oleh LTTE di Malwatta.

12. Dunia hanya mengetahui tentang kejahatan Israel yang menyembelih orang Islam Palestin. Rupa rupanya di Pudur, Jaffna pada 6hb Julai 1991 puak LTTE telah menyembelih sembilan muslim. Seterusnya mereka mengheret lapan lagi muslim ke tebing Sungai Mahaweli dan menyembelih semuanya!

13. Memori pahit umat Islam Sri Lanka berterusan apabila pada 29hb April 1992 puak LTTE membunuh 69 orang Islam yang semuanya tiada kaitan bekerja sebagai polis, askar ataupun mana mana jabatan kerajaan di Sri Lanka. Mereka hanya rakyat biasa. Semuanya syahid termasuk 5 bayi!

14. Pada 16 Mac 1994, mereka menyerang 10 bot menangkap ikan di Kudiramalai hingga membunuh 17 nelayan.

15. Bulan Mei 1995 LTTE menyerang pula kampung nelayan di Kallarawa. Mereka heret isteri dan anak anak nelayan dan menembak mati semua 42 orang. Hal ini dilaporkan dalam akhbar Sundaytimes yang menyebut 12 wanita telah maut dan 8 anak anak kecil juga turut terbunuh.

16. Tahun 1996, awal tahun tanggal 31 Januari, mereka menyerang Colombo Central Bank dan membunuh 90 pekerja bank serta pelanggan bank. Mereka cederakan pula 1,400 orang awam dalam serangan yang sama. Ia dilaporkan meluas oleh media antarabangsa.

Ini hanyalah secebis kisah kisah yang sempat dicoretkan kembali daripada ribuan serangan dan keganasan LTTE terhadap rakyat awam Sri Lanka dan juga kezaliman mereka secara khusus kepada orang Islam sepanjang kewujudan mereka di atas muka bumi ini. Ribuan kes, ribuan serangan dan ratusan ribu jiwa mati. Ini yang dinamakan perjuangan oleh Ramasamy?


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget