Sah 500 Hari Pakatan Jual Lebih RM30 Bilion Aset Negara


Oleh: Abdul Muein Abadi

1. Data terkini membuktikan genap 500 hari Pakatan berkuasa, sebanyak lebih RM30 bilion aset negara telah dijual.

2. Data ini bermakna setiap hari Pakatan menjual aset negara sebanyak RM60 juta secara purata, bersamaan dengan RM2.5 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.

3. Ada pihak cuba bandingkan dengan rekod Datuk Seri Najib Razak dahulu melupuskan aset Khazanah sebanyak RM45.3 bilion dalam tempoh 9 tahun, sedangkan Pakatan baru berkuasa 500 hari tetapi sudah menjual lebih RM30 bilion aset negara. Terlampau banyak dijual dalam masa yang terlalu singkat.

4. Paling membimbangkan tentulah hakikat bahawa penjualan aset-aset negara di bawah Pakatan ini tidak diganti dengan pembelian aset-aset strategik terkemuka – jauh berbeza dengan era BN di bawah Datuk Seri Najib Razak dahulu yang terbukti menyalurkan pula hasil pelupusan aset bagi menjana pelbagai pelaburan strategik yang lain.

5. Berikut ialah senarai lengkap aset negara yang telah sah dijual dalam tempoh 500 hari Pakatan berkuasa:

6. IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun iaitu Mitsui & Co Ltd dengan nilai RM8.41 bilion pada November 2018 (Rujuk: https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-divest-16-ihh-mitsui-rm842-billion).

7. Saham CIMB sebanyak RM364 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018 (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/tag/cimb/…).

8. Axiata Group melalui anak syarikatnya, Axiata Investments Limited telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity) Singapura dengan nilai sebesar RM1.65 bilion pada Februari 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/02/531236/axiata-jual-semua-kepentingan-dalam-m1).

9. Saham Bank Filipina BDO Unibank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019 (Rujuk: http://www.bhplus.com.my/bisnes/korporat/2019/02/531221/khazanah-jual-saham-bank-filipina-rm415-juta).

10. Penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019 (Rujuk: https://www.omv.com/en/news/190201_omv_and_sapura_energy_close_agreement?).

11. Kementerian Kewangan (MOF) menjual tanah dan bangunan Pejabat Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/28/takkan-seluar-dalam-pun-nak-jual-ku-li-bantah-keputusan-jual-aset-di-hk/).

12. Boustead telah menjual Hotel Royale Chulan kepada Singapura dengan nilai sebanyak RM197 juta pada Februari 2019 (Rujuk: http://www.astroawani.com/berita-bisnes/boustead-jual-hotel-royale-chulan-bukit-bintang-pada-rm197-juta-201284).

13. Saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dijual oleh Khazanah dengan nilai sebesar RM1.05 bilion pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/551718/harga-saham-tnb-menjunam-permodalan-pasaran-susut-rm25-bilion).

14. DRB-Hicom telah menjual sebanyak 48% daripada kepentingan MODENAS kepada Kawasaki Jepun dengan anggaran sekitar RM175 juta pada April 2019 (Rujuk: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/557577/drb-hicom-jual-11-peratus-kepentingan-dalam-modenas-kepada-kawasaki.

15. Axiata pula telah menjual portfolio usaha niaga digitalnya dengan nilai AS$140 juta (RM579 juta) kepada dana pelaburan berpangkalan di Singapura, Pegasus 7 Ventures Pte Ltd (Pegasus 7) pada April 2019 (Rujuk:https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/558801/anak-syarikat-axiata-jual-perniagaan-digital?fbclid=IwAR3lUWfLO_XB1pXmFpeMnwCG5HN6uwUH9ZA2sVZEEPVE_T9VAAIM2PVuqbc).

16. Sebahagian daripada Projek Bandar Malaysia telah dijual oleh Kementerian Kewangan kepada syarikat Malaysia-China pada nilai RM7.41 bilion pada April 2019 (Rujuk: https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-signs-framework-agreement-reinstate-revival-bandar-malaysia).

17. FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga sekitar RM100 juta pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.nst.com.my/business/2019/07/503547/fgv-sells-unit-china-grand-industrial-rm100m?).

18. Hartanah DUO pula telah dijual kepada Singapura dengan nilai RM4.73 bilion melalui M+S Pte Ltd yang memiliki pegangan Khazanah pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/30/khazanah-unit-to-divest-office-and-retail-space-for-rm473bil?.

19. Kepentingan saham Khazanah dalam syarikat elektrik Desaru Investments (Cayman Isl.) Lte (DIL) Arab Saudi telah dijual kepada Malakoff dengan nilai RM289 juta pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.thesundaily.my/…/malakoff-pays-us-70m-for-desar…).

20. Saham Khazanah dalam CIMB juga telah dijual dengan cara pajakan kepentingan 3.45% Bank CIMB sebanyak RM2 bilion pada Julai 2019 (Rujuk: https://www.thesundaily.my/business/malakoff-pays-us-70m-for-desaru-investments-FN1096896).

21. Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) juga malangnya telah dijual oleh Khazanah kepada IHH yang kini menjadi milik asing iaitu Jepun dengan nilai RM1.02 bilion pada September 2019 (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/484209.

22. Khazanah jual semua 55% pegangan dalam lebuhraya tol Jakarta yang antara terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) dengan RM2.1 bilion pada September 2019 (Rujuk: https://www.nst.com.my/business/2019/09/522704/khazanah-sells-its-controlling-stake-one-indonesias-largest-toll-concessions).

23. Jumlah kesemua penjualan aset negara ini adalah sekitar RM35.789 bilion.

24. Kerajaan Pakatan menjual paling banyak aset negara kepada Jepun iaitu sebanyak RM9.605 bilion (RM8.41 bilion IHH, RM1.02 bilion PCMC, dan RM175 juta Modenas).

25. Kerajaan Pakatan menjual aset negara kedua paling banyak kepada China iaitu sebanyak RM9.11 bilion (RM1.6 bilion Pejabat Konsulat di Hong Kong, RM7.41 projek Bandar Malaysia, dan RM100 juta FGV China Oils Ltd (FGVCO).

26. Kerajaan Pakatan menjual aset negara ketiga paling banyak kepada Singapura iaitu sebanyak RM7.156 bilion (RM1.65 bilion M1, RM4.73 bilion DUO, RM579 juta aset digital Axiata, dan RM197 juta Hotel Royale Chulan).

27. Akibatnya, saiz aset negara mengecil tanpa pelaburan strategik yang baru demi memberi wang kepada kerajaan Pakatan seperti mana didedahkan Khazanah sendiri: ia merancang untuk “menyediakan lebih banyak wang tunai kepada kerajaan dengan mengecilkan pegangannya” dalam aset ‘komersial’ dan mengurangkan ‘kehadiran luar pesisir’ (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/14/lebih-tunai-kurang-kawalan-keutamaan-baru-khazanah/).

28. Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Khazanah Nasional menjual asetnya untuk membantu kerajaan membayar hutang yang dilakukan pentadbiran terdahulu (Rujuk: ‘Dr M: Khazanah jual aset untuk bayar balik hutang dibuat Najib’ https://www.malaysiakini.com/news/492707).

29. Namun begitu, hutang terus negara meningkat naik sebanyak RM124 bilion yakni daripada RM686 bilion pada akhir 2017 (era BN) kepada RM810 bilion sekarang (Rujuk Bank Negara Malaysia  http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp dan juga Bon Samurai https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/604595/tun-m-mahu-terbitan-bon-samurai-kedua-diteruskan?).

30. Begitu juga dengan nisbah hutang kerajaan meningkat daripada 48.7% pada suku pertama 2018 (era BN) kepada 52.7% pada September 2019.

31. Prinsipal hutang 1MDB juga tidak berkurang.

32. Maka, apa rasional sebenar penjualan besar-besaran aset negara ini kerana prinsipal hutang 1MDB dan hutang negara langsung tidak berkurang sebaliknya bertambah?

33. Berdasarkan jumlah jualan aset negara kepada tiga negara iaitu Jepun, China, dan Singapura, terdapat dimensi ekonomi politik yang boleh digunapakai.

34. Tulisan sarjana Michael Mastanduno dalam karya Foreign Policy terbitan Oxford University Press pada tahun 2016 dalam Bab ‘Economic Statecraft’ boleh memberi petunjuk.

35. Beliau memberi definisi ‘economic statecraft’ sebagai ‘the use of economic tools and relationships to achieve foreign policy objectives’ (halaman 222).

36. Terdapat dua jenis ‘economic statecraft’ ini: negatif (seperti ancaman atau sekatan ekonomi) dan positif (insentif atau ganjaran).

37. Apabila dihubungkan dengan objektif Pakatan yang cuba untuk merundingkan kembali kos projek ECRL dan mendapatkan Jho Low (dengan China), cuba untuk mendapatkan Bon Samurai (dengan Jepun), dan mendapatkan kembali dana 1MDB dan rundingan projek seperti HSR (dengan Singapura), maka penjualan aset negara besar-besaran kepada ketiga-tiga negara asing itu boleh dilihat sebagai ‘ganjaran’ demi mencapai objektif-objektif tersebut.

38. Bacalah amaran Tan Sri Khalid Ibrahim ini – bekas Menteri Besar Selangor yang juga tokoh korporat bekas CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB), bekas CEO Kumpulan Guthrie Berhad, Penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), dan juga Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC):

“Tindakan kerajaan menjual aset negara merugikan Malaysia dalam dua perkara. Kita kalah dua benda, harta itu sudah tidak ada lagi, dan hutang pula kita terpaksa cari duit lain untuk tambah lagi”.

39. Kerajaan Pakatan wajib menghentikan serta-merta dasar menjual aset-aset negara kepada kuasa asing secara besar-besaran. Ingatlah pepatah Melayu berikut:

‘Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti’

‘Ingat antara belum kena, hemat antara belum habis’

‘Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya’.

*Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sumber: https://www.facebook.com/muein.abadi/posts/10214660549656923
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget