NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis dibuat secara gopoh?


oleh: Dato' Dr Khairuddin Takiri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang membentangkan RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 untuk bacaan kali kedua hari ini sendiri dilihat tidak begitu memahami dan menguasai RUU tersebut dan pindaan-pindaan baharu yang dicadangkan.

Ditambah pula, masa yang diperuntukkan bagi membahaskan RUU ini hanya sehari sahaja.

Amat wajarlah, ahli-ahli Parlimen terutamanya daripada pembangkang membantah pembentangan dan perbahasan RUU ini. Sehingga berakhir sesi pagi tadi RUU belum dapat dibahas kerana menerima bantahan ahli parlimen pembangkang. Akan bersambung semula jam 2.30 nanti.

Kita bimbang, kegelojohan Kerajaan yang diterajui PH ini bukannya memulihkan integriti polis; sebaliknya meranapkan lagi institusi kepolisan di negara ini.

Sepatutnya RUU ini dibawa dahulu ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2801241283219217&id=569086473101387


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo