Royalti vs Wang Ehsan: MB Kelantan Jawab Guan Eng



oleh: Nazman Che Iberahim
”Kerajaan Pusat Telah Bayar Royalti Kelantan” - Guan Eng

Pakat duk pening belaka bila Guan Eng kata bayar dah royalti petroleum Kelantan, apa cerita sebenarnya Guan Eng?

Berikut adalah jawapan rasmi daripada YAB Dato’ Menteri Besar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pagi ini;

“Kenyataan itu kenyataan yang tidak benar dan mengelirukan rakyat. Yang dituntut oleh Kerajaan Negeri ialah ROYALTI MINYAK ataupun GAS. Yang diberi atau yang disalurkan ialah WANG EHSAN. Apa yang disebut bahawa dia telah mendahului tahun ini pada bulan September(7 September). Mungkin di situ (maksud Lim Guang Eng).



Maknanya, maksud YB Menteri Kewangan yang mendahului pada 7 September itu (ialah) wang ehsan. BUKAN ROYALTI MINYAK. Beza terlampau jauh. Ehsan, nak beri pun tak apa, tak beri pun tak apa. Royalti, hak kita. Kewajipan hendaklah dibayar kepada kerajaan Kelantan.

Cuba rujuk balik kepada KAMUS DEWAN. Antara makna royalti dengan makna wang ehsan. Kita memang telah menerima wang ehsan pada bulan September, saya maklumkan kepada Ahli Dewan dan kepada rakyat yang saya hormati, pada 17hb September, sebanyak RM 15, 749, 561.50. Itu ialah dalam tajuk Penyaluran Wang Ehsan Kepada Negeri Kelantan Bagi Tahun 2019.”

YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan

15 Oktober 2019
Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal Yang Kedua Dewan Negeri Kelantan Keempatbelas

Sebarkan, Viral & Share Share Share


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget