NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RON97 naik 7 sen


KUALA LUMPUR, 12 Safar 1441H, Jumaat – Harga runcit petrol RON97 naik tujuh sen kepada RM2.67 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 18 Oktober.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing sepatutnya RM2.37 dan RM2.27, seliter.

"Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.30 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit bagi produk diesel yang berada pada paras RM2.34 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk tersebut, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 12 Okt hingga 18 Okt ini adalah berjumlah RM112.64 juta.- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo