Rakyat Terengganu Bakal Nikmati Perkhidmatan 5G



KUALA TERENGGANU, 2 Oktober – Rakyat Terengganu bakal menikmati perkhidmatan rangkaian teknologi selular generasi ke lima (5G) pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Tekonlogi Maklumat, Ariffin Deraman berkata, kemudahan infrastruktur bagi menyediakan kemudahan tersebut akan disiapkan dalam masa setahun.

"(Daerah) Kemaman menjadi salah satu sasaran (daripada) enam negeri yang dipilih tapi sebenarnya 5G untuk masa hadapan kita akan pergi seluruh negeri Terengganu.

"Kita tumpu Kemaman kerana kawasan tersebut kerana banyak terlibat dengan Industri minyak dan gas (Oil And Gas)," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, pada hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia

(MCMC) akan membina infrastruktur yang dijangkakan pada tahun hadapan akan siap.

"Teknologi semakin berkembang dan untuk persediaan 5G kita sedang meningkat infra dari segi menara dan kabel diseluruh ngeri .

"Kita akan bina menara yang agak banyak pada tahun hadapan dan dijangka ada fasa satu, dua dan tiga . Apabila kemudahan infra mencukupi barulah kita boleh bincang masalah 5G di seluruh negeri Terengganu," kata beliau mengulas kenyataan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) berkait isu 5G kelmarin.

Oleh itu katanya, walaupun kos bagi membina infrastruktur untuk komunikasi agak tinggi tetapi negeri Teregganu mesti membinanya untuk kemudahan rakyat.

"Tahun ini kita ada empat menara yang sedang dalam proses. Insya allah kita cuba siapkan dan selepas daripada ini hak MCMC (SKMM) dan kerjasama pihak telekom yang ada.

"Kita cek semula tempat. Mereka tak boleh elak sebenarnya 5G ini. Maksudnya negara yang nak kemajuan dari 3G, 4G ia akan pergi ke 5G," tambahnya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/10/rakyat-terengganu-bakal-nikmati.html
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget