NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK 165 Tanjung Piai: Gerakan mahu cuba nasib




Presiden Gerakan Dominic Lau mengesahkan partinya akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Lau membuat kenyataan itu pada mesyuarat jawatankuasa di ibu pejabat parti itu petang ini, lapor The Star.

Bagaimanapun, Lau belum menamakan calon yang akan dipertandingkan.

"Pihak jawatankuasa pusat memutuskan bahawa Timbalan Presiden Oh Tong Keong akan menjadi pengarah kempen dan pusat operasi akan diketuai oleh bekas Adun Skudai, Teo Kok Chee, yang juga merupakan pengerusi Gerakan Johor," katanya.

Lau sebelum ini berkata akar umbi parti mereka mengingatkan bahawa Gerakan masih lagi parti politik dan menggesa untuk meletakkan calon.

Kerusi tanjung Piai kosong selepas penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik dari Bersatu meninggal dunia pada 21 Sept lalu.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, Farid menewaskan Wee Jeck Senf dari MCA yang menyandang kerusi itu selama dua penggal, dengan majoriti tipis iaitu 524 undi. Farid memeroleh 21,255 sementara Wee mendapat 20,731 undi. Calon PAS yang turut bertanding ketika itu, Nordin Othman mendapat 2,962 undu.

Parlimen Tanjung Piai mempunyai 54,000 pengundi, yang terdiri daripada 57 peratus pengundi Melayu, 42 pengundi Cina dan satu peratus pengundi India.

Tanjung Piai akan menjadi PRK kesembilan yang diadakan sejak PRU tahun lalu. Hari pencalonan ditetapkan pada 2 Nov, sementara hari mengundi pada 16 Nov.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo