Presiden PAS, Tun Mahathir sepentas di Kongres Maruah Melayu


KOTA BHARU 2 Okt. - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir pada Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan Stadium Malawati Sabtu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kehadiran Abdul Hadi pada kongres tersebut membuktikan bahawa parti itu berjiwa besar untuk mengukuhkan penyatuan ummah di negara ini.

"PAS telah menerima jemputan daripada pihak penganjur untuk menghadiri Kongres Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober 2019.

"Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat mengambil ketetapan bersetuju untuk Presiden PAS menghadiri Kongres tersebut sebagai tanda jiwa besar PAS bagi mengukuhkan perpaduan ummah dan nasional dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari in.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan untuk hadir pada kongres tersebut dan memberikan amanatnya kepada umat Melayu.

Kongres tersebut merupakan anjuran bersama Universiti Malaya; Universiti Tekonlogi Mara (UiTM); Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres itu Dr. Zainal Kling dilaporkan berkata, dalam kongres sehari itu, lima bidang utama yang bakal diberi fokus oleh universiti-universiti tersebut adalah persoalan politik, ekonomi, pendidikan serta kebudayaan dan agama. - UTUSAN ONLINE
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget